Betullah orang kata isteri ni sepanjang masa akan berfikir. Dari sekecil-kecil masalah sampailah masalah besar semuanya akan difikir serentak.

Kadang tu waktu tidur pun masih berfikir walaupun mata pejam. Suami kena faham situasi isteri dan jangan biarkan ada 5 tanda ini kerana ini tanda-tanda awal burnout.

Burnout ni bahaya kerana kita boleh hilang kewarasan diri, sentiasa fikir negatif walaupun depan mata penuh perkara positif dan hilang tujuan hidup!

Berikut perkongsian dari Mohd Fhais mengenai tanda isteri terlalu penat berfikir.

Mudah Serabut, Membebel Setiap Hari Tanda Isteri Terlalu Banyak Fikir

1 – Membebel Setiap Hari

Bila mulut tak boleh stop tu tanda otak tak stop berfikir. Sentiasa dalam mood ‘bekerja’, nak tukar ke mood ‘rehat’ memang kena tunggu mata tutup baru mulut boleh tutup. Tahu tak kesan penat otak bekerja ni 10 kali ganda lebih penat daripada buat kerja sebenar tau!

2 – Tak Boleh Sabar

IKLAN

Kalau boleh masa nampak ‘kekotoran & kesemakan’ di rumah tu terus nak bersihkan. Tak kira awal pagi atau dah larut malam. Sekali otak dah fikir nak mop lantai kena mop time tu juga, jika tidak hidup rasa tak tenteram. Ini tanda isteri dah hilang kawalan ‘otak masa’ sehingga tak mampu lagi nak kawal waktu bekerja.

3 – Mudah Serabut

Bila otak tak berehat, memang mudah la limbic ( otak emosi ) nak ambil alih decision making badan kita. Itu yang tak boleh nampak baju berlongok tak lipat jadi serabut kepala, nampak anak buat sepah jadi serabut, nampak bilik air kotor jadi serabut. Sampai tengok muka sendiri kat cermin pun serabut. Serabai sangat!

4 – Senang & Suka Bergaduh

Kortisol & adrenalin ni bahaya kalau berlebihan dalam badan. Asalnya dua hormon ni berfungsi untuk stabilkan tubuh kita masa stres atau dalam bahaya tapi bila ia berlebihan ia buat tubuh makin tak stabil pula. Tak pelik la orang yang dah penat melampau pun bila waktu gaduh jadi penuh bertenaga. Semua gara-gara dua hormon ni la.

IKLAN

5 – Lupa Diri

Terlalu leka uruskan keperluan anak, pasangan dan orang lain sehingga keperluan diri sendiri lupa. Bila di tanya,

” Bila kali terakhir buat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri ? ”

Jawapannya mesti TAK INGAT & TAK TAHU

IKLAN

Yela, Faham sangat kalau kita buat sesuatu untuk diri sendiri nanti mesti ada orang yang akan cakap kita selfish. Lebih lebih lagi isteri yang selalu jadi perhatian.

Sebab tak selfish la wanita selalu jadi mangsa!

Mudah Serabut, Membebel Setiap Hari Tanda Isteri Terlalu Banyak Fikir

Mungkin ini kenapa menurut statistik yang di keluarkan kkm tahun 2017 dari 4.2 juta rakyat malaysia yang di sahkan ‘sakit mental’ kebanyakkannya ialah golongan wanita.

Mari la para lelaki budiman di luar sana jom selalu ingatkan wanita kesayangan anda, baik isteri, ibu mahupun kenalan wanita supaya ingat diri dan utamakan keperluan diri dahulu sebelum yang lain.

Jika isteri ajak keluar rumah ikutkan sahaja ajakan tu. Bawa la mana-mana pun asalkan keluar rumah supaya boleh tenangkan jiwa mereka. Makin kerap keluar, makin tenang la jiwa isteri kesayangan anda.

Sumber: Mohd Fhais

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI