Dah bosan dengan aiskrim coklat, apa kata kita cuba hasilkan aiskrim vanila pula untuk anak-anak di rumah. Rupanya hendak menghasilkan aiskrim vanila ini lebih sedap hanya dengan menambahkan sedikit susu pekat. Patutlah sedap!
Jom cuba resipi tiga bahan yang dikongsikan oleh Pn Norija Jaja. Memang ringkas!
Alhamdulillah. Malam semalam anak dara ajak buat aiskrim. So ada la aktiviti dengan anak malam tadi selepas dia buat kerja sekolah. Kasi dia happy-happy sikit kan.
Saya guna 3 bahan sahaja, mudah dan sedap dimakan. Seperti kita makan aiskrim Sundae McD tu. Jom tengok resepi.
AISKRIM VANILLA HOMEMADE
1 mug Non dairy whipping cream (pakai yang dairy pun boleh tapi saya pakai yang Non dairy sebab dah manis.
1/2 cawan susu pekat (ikut selera masing-masing)
Esen vanilla (saya pakai yang creamy vanilla)
Mix whip cream sampai kembang.
Kemudian masukkan susu pekat dan esen vanilla. Mix lagi sekejap. Siap!
Masuk dalam Tupperware dan simpan dalam peti. Saya buat malam so esok pagi dah boleh makan.
Jika nak perisa yang korang suka boleh tambah je dalam bancuhan tadi.
Nak makan hias la dengan hiasan yang korang suka. Sedia dinikmati!
Menarik: Betul Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi, Jom Baca Untuk Ketahui
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)