Menikmati sepotong kek Classic Victoria Sandwich terasa seakan tidak pernah mencukupi. Keenakkan rasanya ditambah dengan kelembutan kek dan topping serta krim membuatkan setiap suapan terasa cukup bermakna. Rupanya hendak menyediakan Kek Classic Victoria Sandwich ini tidaknya sesukar mana kerana ia cukup mudah disediakan.

Malah resipi yang dikongsikan oleh Fiza Omel menerusi tuan punya resipi, Chef Azmin Zain ini nampak cukup menyelerakan. Topping dan krim nampak cukup menarik. Nak buatnya pun cukup mudah. Jom beranikan diri untuk mencuba.

Mudahnya Buat Kek Classic Victoria Sandwich Ni, Paling Ringkas, Sedap & Lembut!


Classic Viktoria Sandwich. Terima kasih Chef Azmin Zain saya dah try. Resepi chef saya dah bagikan menjadi sukatan yang kecil.

Bahan-bahan:
250g buttercup
250g tepung gandum
250g gula halus manis 220g nak manis2 buah boleh kurangkan gula
5 biji telur
2 sudu besar susu full cream
1 sudu kecik baking powder
1 penutup esen vanilla

Ads

Mudahnya Buat Kek Classic Victoria Sandwich Ni, Paling Ringkas, Sedap & Lembut!

Pukul buttercup dengan gula hingga gebu. Masukkan telur sebiji-sebiji hingga habis. Masukan esen vanilla.

Masukkan tepung sikit demi sikit bersama susu full cream. Oleskan loyang saiz 7 dan lapikkan kertas minyak.

Ads

Mudahnya Buat Kek Classic Victoria Sandwich Ni, Paling Ringkas, Sedap & Lembut!

Bakar suhu 160 api atas bawah 30 minit bergantung pade oven masing-masing. Satu adunan ni buat 2 bekas loyang saiz 7.

Ads

Untuk cream
100g buttercup
50g gula aising
Putar butter dengan gula aising sehingga kembang

Mudahnya Buat Kek Classic Victoria Sandwich Ni, Paling Ringkas, Sedap & Lembut!

Topping ikut kehendak kita suka. Last sekali taburkan gula aising menggunakan tapis. Tabur nipis-nipis je ye.

Resipi wajib cuba: Biskut Raya Paling Mudah, Tak Perlu Bakar, Resipi Chocolate Eclairs Guna 4 Bahan Je!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI