Mudahnya Buat Kek Planta Rainbow Ni, Wangi, Gebu & Terlajak Moist!

Share

Kek menjadi sajian utama sebagai manisan di pagi raya. Tidak lengkap raya tanpa sebiji kek yang dibakar malam raya. Kek Planta Rainbow ini antara kek wajib dicuba kerana cara hendak membuatnya cukup lah mudah. Malah resipi Chef Azmin Zain yang dikongsikan semula oleh Haliza Jeran ini sangat mudah hendak di sediakan.

Paling menarik resipinya dihasilkan tanpa menggunakan bahan penaik. Nak tahu macam mana ia dihasilkan? Jom cuba!


Assalamualaikum. Salah satu Kek Raya PKP, Kek Planta Rainbow. Walau tanpa bahan penaik kek tetap gebu moist lagi. TQ chef Azmin Zain atas resepinya.

Planta Rainbow Cake

Bahan-bahan:
250 gram planta
200 gram gula
250 gram Ros flour
4 biji telur A
1 tsb vanilla
70 gram/ml susu cair

Mix gula dan planta hingga gebu ringan. Masuk telur 1 persatu hingga habis. Masuk Esen vanilla.

Masuk tepung selang seli dengan susu cair hingga habis. Bahagian adunan ikut warna kegemaran masing-masing.

Saya guna Loyang size 7 bakar suhu 150 C. Guna api atas bawah. Bakar 45 minit.

Siap.

Resipi wajib cuba: Puding Laici Kristal Dua Layer Nikmatnya Makan Sejuk Sejuk!

Published by
Siti Ramlah Mahmud