Wow ini paling mudah! Hanya dengan tiga bahan sahaja, muffin sudah tersedia untuk sajian anak-anak di petang hari. Hanya gunakan tepung naik sendiri, mayonis dan juga susu segar, muffin tersedia untuk anak-anak.
Bukan itu sahaja, malah tidak perlu guna mixer atau dikacau terlalu lama. Wajib cuba resipi mudah dan ringkas, Pn Aliah Yahaya Alia ini.
Resepi ni selalunya bila anak- anak mintak dengan tetiba. Muffin 3 bahan. Boleh la try nanti.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri (self rising flour)
3 sudu besar Mayonis (apa-apa brand pun boleh asalkan mayonis yang putih ni)
1/2 cawan susu segar (Fresh milk ye )
Gaul tepung bersama mayonis rata.
Masukkan susu segar dan gaul asal sebati. Jangan lama sangat. Kejap je. Ingat, asal sebati. Stop! Jangan gaul lagi.
Jangan over mix. Nanti keras , teman tak jamin.
Scoop kan pakai scoop eskrem. Dapat dalam 6-7 cup je. Acuan tak ada. Belasah je apa yang ada. Kite buat dia.
Bakar 200°C /20 minit .
Siap. Rasa dia macam ala-ala scones pun ada. Tapi lembut. Tak manis sangat. Boleh je tukar flavour kalau korang nak.
Kami suka yang plain. Boleh je makan dengan nutella/jem. Macam-macam. Ikut suka.
Selamat mencuba!
Artikel berkaitan: Chocolate Heaven Muffin Tak Perlu Mixer, Hanya Gaul & Bakar, Coklat Chip Melimpah
Muffin Raya Gebu Gebas, Resipi Super Senang Anak Makan Berebut
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)