Mudahnya Buat Pizza Guna Roti Sandwich, Cuma Perlu 4 Bahan, Sedap!

Share

Setiap pagi mengambil sarapan yang berat seperti nasi goreng, bihun goreng, mi dan sebagainya adakalanya membosankan. Sesekali apa kata mama cuba sediakan sarapan ringkas buat anak-anak. Tempoh PKP yang disambung lagi pastinya membuatkan mama mulai buntu untuk memikirkan idea dan menu untuk memasak.

Roti Pizza yang ringkas dan paling mudah disediakan ini boleh mama cuba untuk anak-anak di rumah. Dalam masa yang pantas, sarapan hebat dengan keju meleleh ini tersedia buat keluarga. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Syazlieyn Kamaluddin ini. Terbaik!

Simple breakfast tapi mesti ramai yang suka.

Bahan-bahan:
Roti
Telur
Cheese
Sosej – tak perlu rebus

Tambahan:
Sos dan mayonis

Guna kuali biasa ja, letak minyak sikit agak-agak tak melekat.

Guna majerin pun boleh. Goreng macam biasa.

Siap!

Published by
SRM