Ibu yang bekerja dari rumah sememangnya tidak mudah. Selain perlu fokus pada kerja, tanggungjawab pada anak-anak di rumah juga harus dibereskan terlebih dahulu. Anak pastinya akan ‘berbunyi’ jika perut kelaparan. Bukan anak saja, suami pun sama.
Jadi ada baiknya ibu bertindak bijak dengan menyediakan resipi paling pantas dan ringkas untuk seisi keluarga. Sarapan yang disediakan oleh Puan Noriza Awang Hamat ini memang superb. Hanya tiga langkah saja, Roti Cheese Meleleh sudah tersedia di atas meja. Jom cuba!
Morning, pagi ni Cikza breakfast dengan roti telur. Resepi cikza bagi sekali.
Ads
Bahan-bahan:
8 keping roti
4 keping chesdale
4 biji telur
1 biji bawang Holland
1 biji cili merah
Daun sup
Lada sulah, lada hitam dan serbuk secukup rasa.
Ads
Satukan semua bahan, panaskan kuali leper. Letakkan sedikit planta.
Ads
Celupkan roti ke dalam adunan telur tadi. Kemudian bolehlah goreng roti.
Yummy.
Letakkan chesdale di tengah roti semasa roti masih panas nak bagi chesdale tu cair. Kemudian potong roti ikut kepandaian masing-masing.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada hari-hari tertentu, sebagai isteri dan ibu pastinya kita dah tak ada idea untuk masak. Dari masak gulai, buat sup, goreng-goreng atau bakar semua menu tu rasa jemu juga kan? Kali ini apa kata cuba buat sambal bilis hancur.
Resepi olahan Ziela Mazlan ini sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Ada pula telur dadar memang ngam dan tak sedar bertambah nasi.
Berikut antara perkongsian resepinya:
Kalau tak bilis crispy encik suami akan request sambal bilis hancur ni untuk dia bawak bekal ke tempat kerja.
Sambal bilis hancur
Resepi:
Bahan-bahan
– Ikan bilis
– Cili padi merah+hijau
– bawang putih
– bawang merah
Cara-cara:
– Tumbuk kesemua bahan di atas.. (saya tak tumbuk, guna chopper je mudah)
– Panaskan minyak, goreng bahan-bahan yang dah di tumbuk atau dikisar tadi
– Masak dengan api sederhana, sampai kering air…perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa (optional, saya tak letak)
– Kacau lagi sampai sambal kering
– Siap…!! sedap di makan bersama dengan telur dadar
p/s: Kalau ada tomato lagi sedap, masuk sekali dalam mesin chooper tu…nanti rasanya lebih kurang sama macam sambal hitam. Done..!!!
Setiap hari menyediakan menu untuk anak kecil kita pastinya terasa buntu. Variasikan menu pilihan yang disediakan kali ini untuk anak-anak kita. Misi ibu pastinya untuk mengenyangkan anak sekaligus menaikkan berat badan si comel.
Apa kata cuba variasi resipi di bawah untuk selera berbeza anak kita. Olah dan jadikan lebih menarik supaya dapat menarik perhatian si kecil kita. Jom cuba.
BUBUR JAGUNG PULUT
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
100gm isi jagung manis
100gm isi jagung pulut
150ml santan
Air untuk mereneh secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Didihkan beras dan air. Reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau sentiasa.
2. Masukkan jagung manis dan jagung pulut lalu direneh lagi sehingga semuanya empuk dan sekata.
3. Seterusnya, tuangkan santan dan kacau sebati.
4. Tambahkan air jika perlu sebelum dihidangkan. Enak dimakan sejuk mahupun hangat.
Info: Rasa lemak santan dan manis jagung dapat memecah selera anak-anak untuk makan lebih daripada biasa. Bubur ini boleh menjadi puri apabila dikisar halus.
BUBUR AYAM BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
5 biji bebola ayam cendawan |dipotong kiub kecil
100gm brokoli |dipotong kecil
2 ulas bawang putih |dicincang
Air untuk mereneh secukupnya
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan beras dan air dan biarkan mendidih. Kacau sentiasa.
3. Masukkan bebola ayam cendawan dan brokoli. Reneh lagi dan kacau sekata.
Info: Untuk rasa yang lebih asli, gunakan isi ayam yang dipotong kecil untuk menggantikan bebola ayam cendawan.
BUBUR GANDUM SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
200gm gandum
1 biji bawang merah |dicincang halus
1 ulas bawang putih |dicincang halus
50gm lobak merah |dihiris memanjang
2 helai daun bawang |dihiris
1 sudu makan sos tiram
300ml air
Stok ayam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan gandum bersama lobak merah yang telah dihiris.
5. Setelah kesemuanya sebati, hidangkan bersama hirisan daun bawang.
Info: Pastikan sayuran dimasukkan pada saat akhir dan dimasak tidak terlalu lama agar khasiatnya terjaga.
Menu Anak 9 Hingga 12 Bulan
SUP AYAM DAN NASI PUTIH
BAHAN-BAHAN:
200gram isi ayam |potong dadu
Lobak merah |potong bulat
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga |rempah 3 serangkai
1 cawan air
1 mangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
1. Rebus lobak merah, kentang sehingga empuk dalam periuk. Tabur sedikit garam.
2. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, jintan putih, serbuk ketumbar.
3. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang kisar bersama rempah 3 serangkai. Biarkan hingga wangi.
4. Masukkan ayam ke dalam periuk rebusan lobak merah dan biarkan hingga ayam separuh masak.
5. Kemudian masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk dan biarkan mereneh dalam 20 minit dan angkat.
SECRET FRENCH BAGUETTE
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti french baguette
3 biji telur
4 biji bawang putih |di cincang halus
1 sudu makan mayones
Sedikit mentega
Sedikit daun sup dan bawang- dipotong halus
CARA MEMASAK:
1. Potong sedikit bahagian atas roti dan keluarkan isi roti sehingga menjadi seperti sebuah lubang.
2. Ratakan sekeliling roti dengan mentega. Bakar selama 20 minit hingga garing.
3. Sementara itu, pecahkan telur dan kacau. Masukkan bawang putih, hirisan daun sup serta daun bawang, mayones. Masukkan juga isi roti yang dikeluarkan tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam roti.
5. Akhir sekali, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup serta sedikit cheese untuk rasa yang lebih enak. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit, 180’ Celsius.
Info: Penambahan keju pada hidangan ini akan membangkitkan selera si kecil anda kepada makanan yang baru diperkenalkan. Keju kaya dengan kalsium dan baik untuk anak anda.
STIK KEJU
BAHAN-BAHAN:
Pastri segera
3 sudu keju parmesan
3 sudu keju cheddar
Sebiji telur-dipukul
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Sapukan mentega di sekeliling pastri segera.
2. Taburkan keju parmesan dan cheddar di atas pastri tadi.
3. Kemudian potong pastri dalam bentuk memanjang.
4. Pintal pastri yang dipotong tadi sehingga ke hujung.
5. Sapukan sedikit telur di atas pastri yang telah dipintal.
6. Taburkan juga lebihan keju.
7. Bakar di dalam ketuhar selama 10 hingga 15 minit sehingga kekuningan dan masak.
Info: Cheese stick ini sangat mudah untuk anda buat sendiri di rumah. Ia tidak memerlukan proses dan waktu yang lama. Sesuai untuk dijadikan snek anak anda.
LEMPENG MADU
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
250ml air
Sedikit minyak zaitun
Madu secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bancuh tepung gandum bersama air secukupnya.
2. Gaulkan hingga menjadi adunan yang cair namun sebati.
3. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, sendukkan adunan dan leperkan menjadi bulat.
4. Biarkan dimasak seketika kemudian terbalikkan. Biarkan masak.
5. Apabila masak angkat dan hidangkan bersama madu (jika perlu) di atasnya.
Info: Pastikan penggunaan api perlahan ketika memasak lempeng.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja choco jar pasti diantara kita yang sudah terbayangkan kerangupan bubble rice dalam coklat cair yang sedap. Terus rasa hendak cuba untuk anak-anak dan keluarga.
Tak perlu berlebih bahan, tiga bahan superb ini sudah cukup buat choco jar anda sedap. Jom cuba resipi perkongsian Mr Ali yang memang power.
Resepi Choco Jar super sedap Mr.Ali. Mudah sahaja. Tiga bahan saja.
Bahan-bahan:
500 gram bubble rice / mini cocoa crunch
500 gram chocolate ( boleh pakai dark atau milk chocolate, kalau nak senang pakai cadbury je)
70 gram minyak jagung ( digunakan untuk chocolate compound seperti brand Beryls & Van Houtten sahaja)
Sangai bubble rice atau cocoa crunch atas kuali. Sangai dalam 2-3 minit je. Nak bagicrunchy tahan lama even dah dimasukan dalam coklat nanti. Boleh pakai mana mana cereal yabg anda nak. Tapi better beli di kedai bakery je. Murah sangat. 1kg baru 10 ringgit (rujuk gambar). Dah sangai. Bagi dia sejuk dulu.
Cairkan coklat pakai kaedah double boil. Saya tahu ramai ada masalah sebab coklat akam berketul kalau pakai choc compound.
Jangan risau. Letak air panas mendidih dalam bekas besi. Terus letakan bekas kedua yang besar dari bekas dibawah yang berisi air panas. Biarkan seketika sampai coklat mencair sepenuhnya. Ini kalau nak buat kaedah manual la. Kalau nak cepat double boil atau microwave sahaja.
Kalau pakai callebaut suhu low panaskan ikot kesesuaian microwave. Biasanya 10 saat. Gaul dan masukan lagi dalam 10 saat. Tapi bergantung pada microwave masing masing. Asalkan coklat tak hangus pada permukaan. Cair dengan elok. Dah cair semuanya.
Kalau pakai CHOCOLATE COMPOUND SEPERTI BERYLS / VAN HOUTEN tambahkan minyak 70 gram minyak jagung atau canola oil atau pun minyak masak.
Dah sebatikan letak tepi bagi dia sejuk dalam 15 minit. Then letaklah bubbe rice or apa-apa cereal yang anda guna half bekas. Then lagi hald penuhkan dengan coklat. Gaulkan dan boleh terus makan!
Tapi bagi saya sedap pakai milk chocolate. Budak-budak mesti suka. Tapi jangan bagi makan selalu tau. Jarang-jarang takpe, sebab manis.
Jangan letak dalam chiller or peti. Letak suhu bilik je. Jangan letak direct cahaya matahari.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit resipi: Mr Ali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!