Jika anda penggemar puding, puding roti pelangi ini wajib anda cuba untuk hidangan sekeluarga. Mana tidaknya, cara hendak membuatnya cukup mudah malah menjimatkan masa.
Hanya blender sahaja kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Cukup mudah. Resipi Puding Pelangi yang dikongsikan oleh Zura Zul ini bukan hanya nampak cukup cantik kerana warnya yang pelbagai bahkan rasanya juga cukup enak. Mudah dan simple. Jom cuba!
Bahan A
20gm agar agar tali -dicuci
5 cawan air
3/4 cawan gula
Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar.
Masukkan gula dan kacau.
Bahan B:
4 keping roti gardenia -buang kulit tepi dan carik kecil
1 tin susu cair/susu segar
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung jagung
1 penutup botol esen vanilla (star brand)
Secubit garam
Pewarna ikut suka
1) Blender semua bahan di atas kecuali pewarna hingga hancur halus.
2) Tuang dalam periuk agar-agar tadi. Sentiasa di kacau rata hingga nampak sedikit likat. Tutup api.
3) Bahagikan adunan agar-agar kepada 3-4 bekas. Setiap bekas, adunan dalam 1/2 cawan. Warnakan ikut suka.
4) Loyang/acuan basahkan dulu dengan sedikit air. Kemudian ambil adunan berwarna tuang dalam loyang/acuan berselang seli warna hingga habis. Biarkan beku sedikit kemudian tuang baki adunan (kalau suam..panaskan sekejap atas api perlahan) tadi atas adunan berwarna perlahan-lahan kesemuanya. Sejukkan.
5) Boleh simpan dalam peti sejuk 2-3 jam. Keluarkan dan terbalikkan puding atas alas yang sesuai perlahan-lahan. Potong ikut suka..sedia untuk dimakan.
Cuba: Kering Idea Nak Masak Boleh Cuba Ayam Perap Mayo Ni Sedap Hingga Menjilat Jari!
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents