Bila musim perayaan dan sibuk travel, ibu kena tahu panduan sediakan menu ringkas bayi supaya tidak rasa terbeban dan orang lain yang lihat pun tak akan komen macam-macam.

Kalau boleh elakkan daripada menyuapkan anak anda makanan yang tak sesuai untuk usianya disebabkan tak sempat masak atau tiada bahan-bahan.

Puan Herny Hafiz berkongsi panduan mudah dan ringkas menyediakan menu ringkas untuk bayi dalam memastikan dia tetap makan makanan berkhasiat yang dimasak sendiri oleh ibu.

Beri makanan kepada baby adalah salah satu topik membawang yang popular ketika balik kampung nanti. Jadi kita geng memasak kena lah tampil dengan gaya memasak mudah dan serve with style.

Kalau guna cara biasa masak di dapur akan membuka ruang untuk di bawang kerana nampak leceh.

Berikut beberapa tips untuk mommies semua memasak healthy food tanpa siapa-siapa pun perasan. Boleh masak dalam bilik saja. Boleh sedikan makanan sambil tidur. 

6 bulan : puree buah > pilih buah fresh tak perlu steam contohnya avocado, naga, pisang, betik.

7 bulan : bubur blend atau slow cook porridge
guna beberapa jenis bahan utama : CBB + beras baby (mixed porridge) + ubi-ubi + dry mixed herb + ghee

8 bulan : bubur cair (slow cook)
guna beberapa jenis bahan
CBB + beras baby (mixed porridge) + ubi + (ikan @ ayam) + dry mixed herb + ghee

9 bulan : bubur pekat (slow cook)
CBB + beras + ubi + (ikan @ ayam @ telur ) + celery @daun sup @ daun bawang @ mixed herb + ghee

Buah-buahan sesuai untuk travel

10 bulan : nasi lembik
nasi ayam @ nasi lemak @ nasi daging + telur rebus + timun

11 bulan
nasi berlauk (sesuai guna ELB )
nasi putih + ikan steam + ayam steam @ telur steam bersama sayuran.

12 bulan (sesuai guna ELB )
makanan dewasa

Slow cooker size 0.6 liter sesuai untuk travel

ELB = electric lunch box

Untuk snacking : beli biskut atau buah buahan

Beberapa menu complete meal menggunakan slow cooker 0.6 liter di bahagian komen.
Cara masak guna slow cooker. Sebelum tidur masukkan bahan-bahan kemudian biarkan sampai subuh. Boleh masak di dalam bilik tidur.

*ubi : sweet potato , kentang , carrot ( tahan lama)
* kebanyakan bahan mentah di atas tak perlu peti sejuk untuk simpan melainkan ikan dan ayam dan CBB

* Resipi CBB (chicken bone broth) simple
1 kg tulang ayam + 2 keping asam keping + 1 batang kayu manis + 5 ulas bawang putih + air sekadar tenggelam bahan. asak selama 6-8 jam. Dah siap sejukkan dan isikan dalam ziplock kecil supaya mudah disimpan dan menjimatkan ruang.
Resipi CBB ni bagus sebagai perasa , immune booster dan elak kembung.

* pilihan untuk ikan dan ayam boleh buat floss / serunding : caranya rebus ikan atau ayam. Ambil isi tumbuk.
Blend bawang merah , bawang putih, halia (tumiskan)
Kemudian masukkan isi ikan tadi kemudian masak hingga kering.

Sumber: Herny Hafiz via Geng Memasak Untuk Anak (GMUA)

Tinggalkan Komen