Kerja ibu semakin mudah sebab boleh siapkan bubur bayi sepantas 5 minit sahaja. Yang penting ibu sudah siap-siap buat serbuk beras homemade dan tak ketinggalan kiub puri sayur-sayuran dan serbuk ayam.

Nak tahu macam mana? Jom tengok cara yang dikongsikan oleh Puan Badariah Baharin ini.

Semalam Mama buat serbuk beras untuk ‘Aqeelah. Dah alang-alang buat tu, terus je lah ambil video dan gambar.

Ni Mama kongsikan cara mudah untuk buat bubur nasi untuk baby.

Posted by Badariah Baharin on 6hb Oktober 2017

Kalau nak buat hari-hari, memang tak rajin kan? Haa ni kita buat terus serbuk beras tu untuk sebulan punya stok.

Bila nak masak, cuma perlu letak:

✔ 1 sudu besar serbuk beras

✔ 1 sudu kecil serbuk ayam

✔ 1 kiub puree sayur

✔ Air secukupnya

Panaskan je kesemua bahan kat atas ni dengan api perlahan. Dalam 5 minit dah siap!

Pastu selalunya sebelum suap ‘Aqeelah makan, Mama akan mix dengan satu sudu kecil VCO.

IKLAN

Nyum nyum!

Mudahnya Siapkan Bubur Bayi Sepantas 5 Minit. Yang Penting Ada Serbuk Beras Homemade Dan Kiub Puri Sayur!

Cara Buat Serbuk Beras:

Basuh beras bersih-bersih.

Sangai sehingga kering.

Kisar sehingga halus.

Tapis dan letak dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

Cara Buat Serbuk Ayam:

IKLAN

Rebus isi ayam.

Carik isi ayam kecil-kecil.

Sangai sehingga kering.

Kisar sehingga halus.

Tapis dan letak dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

Cara Buat Kiub Puri:

Steam sayur (carrot/brokoli/etc).

IKLAN

Kisar sehingga halus.

Masukkan dalam ice cube tray dan bekukan.

Bila dah beku, keluarkan dan masukkan ke dalam ziploc bag.

Cara Buat Bubur Nasi Ekspress:

Mudahnya Siapkan Bubur Bayi Sepantas 5 Minit. Yang Penting Ada Serbuk Beras Homemade Dan Kiub Puri Sayur!

Campur satu sudu besar serbuk beras, satu sudu kecil serbuk ayam, satu kiub puri sayur pilihan, dan sedikit air.

Masak atas api perlahan.

Dalam 5 minit dah siap!

INFO TAMBAHAN:

1. Untuk baby 6 bulan, start bagi puri buah/sayur dulu. Cuba satu jenis puri untuk 4 hari, kalau baby ok, baru tukar ke puri yang lain pulak.

2. Bila baby dah 8 bulan, boleh start bagi bubur nasi dah. Tapi buat cair-cair dulu. Kang terkejut plak perut baby.

Sumber: Facebook Badariah Baharin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI