Nak sediakan makanan untuk si kecil mestilah kena kreatif supaya mama dapat pikat selera anak. Sama seperti ibu ini yang berkongsi menu Muffin Cake Pasta yang sangat mudah disediakan dan yang paling penting memang superb sedap!
Jom ikuti perkongsian resipi ini.
Muffin cake pasta untuk ajis hari ni. 😍
Mama tengah fikir-fikir nak masak apa untuk ajis, tengok peti ais ada cheddar, maka jadilah menu ajis.
Kukus tak ada kita guna manual je, simple sangat, ajis pun suka makan.
RESEPI MUFFIN CAKE PASTA ♥️
Ads
BAHAN-BAHAN:
Pasta – 1/3 cawan
Telur – 2 biji
Tepung gandum – 1/3 cawan
Cheese Cheddar – 1@2 sudu besar
Ads
CARA PENYEDIAAN
Pasta direbus dahulu. Telur, tepung, pasta, cheese di gaul sekali sampai sebati. Masukkan dalam bekas untuk dikukus. Kukus selama 5-10 minit. Siap!
Dapat 4 bekas comel.
Ads
Ajis umur 8 bulan lebih, ada sebatang gigi, pandai kunyah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jika membeli sebekas koktail buah, berebut-rebut anak makan. Memang tak pernah cukup bila dikongsi bersama. Apa kata kali ini kita sediakan sendiri di rumah dan mewahkan koktail dengan buah-buahan.
Tak perlu berebut, buat sekali banyak seperti resipi yang dikongsikan oleh Pn Zuraida ini. Baru puas anak makan.
Jom buat koktail buah.
Untuk kuah koktail:
1 liter susu full cream
1 tin susu sejat
3/4 tin susu pekat (ikut sendiri nak lebih @ kurang)
1/2 cawan non dairy Whipping (nak pakai brand apa pun boleh)
Secubit garam
Buah (ikut suka hati nk pakai buah apa)
Buah naga
Buah mempelam
Buah kiwi
Buah plum
Buah blueberry
Buah anggur merah
Buah anggur hijau
Buah anggur hitam
Buah mata kucing
Buah delima
Buah strawberi
Menyediakan makanan berpantang tidaklah sesukar mana. Hanya perlu memilih makanan yang segar dan tinggi khasiatnya serta serasi dengan tubuh kita.
Namun berbanding menyediakannya sendiri, air tangan suami pastinya terasa cukup sedap dan amat bermakna. Resipi berpantang yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa ini memang cukup sedap.
Lagi sedap bila mana suami yang menyediakannya dengan ikhlas hati untuk isteri tersayang. Jom lihat resipi istimewa yang dikongsikannya. Sedap!
Day 2
Day 4
Assalamualaikum. Alhamdulillah dah 20 hari saya berpantang. Ini adalah menu saya dalam 20 hari ni. Saya bersalin normal tanpa jahit. Baby 3.4kg. Dan anak ke 5.
Semua menu ni dimasak oleh suami dan sesuai dengan badan saya dan saya dah amalkan dari anak-anak yang lepas lagi. Mohon jangan berdebat ye.
Day 8
Day 12
Day 16
Kalau rasa sesuai dengan badan anda, bolehlah jadikan ikutan. Kalau rasa tak sesuai tak perlu ikut. Jaga pemakanan yang sihat bukan saja dalam pantang malah berterusan sampai bila-bila dan sebab itu saya amalkan Suku Suku Separuh dalam pemakanan harian saya.
Day 18
Day 19
Alhamdulillah badan saya cepat sihat, bertenaga dan boleh BF bayi dengan tiada masalah dan berat pun turun.
Gambar last sekali saya buat senarai sebelum bersalin hari tu. Senang nak sediakan barang dan suami nak masak.
Susah hati bila memikirkan berat badan anak tak naik-naik, lebih merisaukan bila berat anak dah sampai garisan kuning dalam buku kesihatan. Pening betul kan? Mama boleh cuba cara ibu ini lakukan untuk anaknya, mana tahu menjadi!
Anak susah nak naik berat?
Cuba bagi kentang sebagai finger food. Saranan ni dari Doktor KK sebab masa check up berat anak saya dah nak masuk line kuning. Sekarang syukur dah naik.
Saya share resipi potato smiley yang simple:
1. Steamkan 2 biji kentang size sederhana. Potong kecil-kecil steamkan selama 20 minit, saya guna baby food processor isauchi terus empuk lembut. Kalau gajet lain pastikan kentang betul-betul empuk.
2. 2sudu besar tepung gandum
3. 1sudu besar tepung jagung
4. 1sudu besar cream cheese. Saya pakai brand SCS.
4. Sedikit mixed herb/italian herb (optional)
Cara penyediaan:
Gaul semua, uli sampai boleh bentukkan atau tak melekat kat tangan. Kalau melekat tambah tepung gandum lagi.
Then bentukkan smiley tu guna sudu dan straw. Last sekali goreng. Adunan atas ni saya dapat 1 bekas tu. Lebih frozen kan nanti boleh goreng lagi.
Taraaa.. Anak makan dalam sungai 😂 Lepas makan dia berendam sungai. Nak berat anak naik kena rajin masak kena rajin suap anak makan. 😉 << ni doc yang cakap hahaha
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.