Muffin Coklat Sedap, Tanpa Guna Mixer. Satu Adunan Boleh Dapat 22 Biji!

Share

Anak-anak penggemar muffin coklat, apa kata ibu buat je sendiri guna resipi yang dikongsikan ini. Resipi yang sangat mudah, hanya kacau dengan tangan sahaja, hasilnya gebu elok.

Penyediaan bahannya juga sangat mudah dan tak perlu modal besar. Malah satu adunan tu anak boleh puas makan. Kalau beli sebiji RM1.20 atau RM2 bergantung pada saiz. Ni modal dalam RM20 pun boleh buat banyak kali.

Kalau nak buat jamuan pun, menu ni salah satu yang paling mudah untuk disediakan. Berikut antara resipi yang dikongsikan oleh Nurlyza’eiza Che Mat.

Muffin coklat

Bahan A
250g susu full cream
1 sdb cuka
Satukan kacau biarkan 15 minit (butter milk)

Bahan B
160g gula kastor
120g minyak masak
1 sdt esen vanila
1 sdb emolco coklat
2 biji telur

Bahan C
250g tepung gandum
50g serbuk koko
1 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikabonat
Sedikit garam

Bahan D
150g chop chip

Cara-cara:

Satukan bahan B,masukkan bahan A kacau sebati guna whisk sahaja..

Masukkan bahan C sedikit demi sedikit kacau sebati. Kemudian masukkan bahan D gaul rata.

Isikan adunan ke dalam muffin cup tabur chop chip. Bakar 25 minit suhu 150c

**Satu adunan blh dpt 22 pcs **

Kredit: Nurlyza’eiza Che Mat

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy