Habis idea nak hidangkan apa lagi untuk ahli keluarga, apa kata kali ini anda cuba buat Muffin Larva Coklat. Cara buatnya pun senang. Tak perlu guna mixer, cuma gaul bagi sebati je sebelum dibakar.
Boleh ajak anak-anak buat sekali dan pastinya mereka teruja. Resepi yang dikongsikan oleh Zahiri Mansor ini boleh buat anda seisi keluarga puas hati!
Bahan-bahannya:
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula perang
1 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
250 gram butter yang dicairkan
2 cawan susu full cream
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
coklat chip
Pertama sekali pukul telur dengan gula dulu. Kemudian masukkan esen vanila dan butter yang sudah dicairkan. Kacau lagi sehingga sebati semuanya. Kacau sehingga sebati
Langkah seterusnya adalah masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking soda dan baking powder ke dalam acuan tadi. Kacau bahan-bahan sekali lagi. Kemudian, masukkan susu full cream dan teruskan kacau bahan tersebut. Boleh letak Cadburry
Ads
Peringkat akhir, bahan-bahan yang sudah digaul sebati itu masukkan ke dalam cup kertas. Cadbury itu tambahan saja. Tak letak pun boleh. Untuk topping tabur choc chips, barulah marvelous rasa coklat yang padu!
Ads
***Masukkan muffin dalam cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 – 30 minit atau sehingga masak. (tengok pada oven masing-masing)
Inilah hasilnya… rasa coklat Cadbury dengan kombinasi coklat chips memang buatkan anda tak menyesal untuk mencubanya. Memang sedap!
Memang jika anak ada masalah fokus dan memori, telur antara menu wajib yang kita perlu bagi pada mereka. Yang ada alahan, memang dikecualikan, tapi kalau yang tak ada, jangan tinggalkan menu berasaskan telur, pastikan bagi setiap minggu. Pastikan, tau.
Telur ni sumber protein yang murah harganya jika nak dibandingkan dengan yang lain. Nutrisi memang terbaik. Tak mahu sebut tentang jenis telur biasa atau bebas hormon/antibiotik apa semua. Fokus kita tentang khasiat.
Kuning telur mengandungi Choline, yang berfungsi meredakan keradangan pada otak dan meningkatkan fungsinya. Ia membantu komunikasi antara sel-sel otak dan kekalkan memori anak, dalam apa saja yang dipelajari, dilihat, dibuat setiap hari.
Otak kita ni seperti centre, pusat segala aktiviti dan fungsi badan. Ia berperanan untuk bantu jantung berdegup dengan stabil, paru-paru berfungsi dengan baik supaya anak dapat bergerak aktif, bagus derianya dan daya berfikir sentiasa baik.
Sebab itu penting untuk kita jaga otak anak. Makanan yang mereka makan amat membantu kesihatan otak, mereka dapat fokus dalam proses belajar dengan baik, dapat ikuti dan dengar arahan dengan cemerlang.
Jaga bab makanan yang kita beri pada anak sebab ia mempengaruhi fungsi otak.
Paling penting, bila otak mereka dalam keadaan baik, behaviour juga akan tenang, tak mudah tantrum atau bertindak kasar, mudah mengamuk dan sebagainya.
Pernah baca kajian tentang kumpulan kanak-kanak yang diberikan junkfood, tinggi gula/pewarna makanan yang banyak merosakkan sel otak dan kumpulan yang diberikan makanan semulajadi sahaja? Apa hasilnya? Berbeza sangat behaviour kedua-dua kumpulan ini. Satu amat agresif dan sukar mengawal tingkahlaku, satu lagi lebih tenang dan mudah dikawal.
Itu belum sebut tentang kajian bagaimana makanan tinggi gula, MSG, pewarna tiruan, junkfood merosakkan sedikit demi sedikit sel-sel otak anak. Suka atau tak, ia kenyataan.
Vitamin B16, B12 dan folate yang ada dalam telur juga berperanan besar membantu otak anak sihat. Jika B12, ia siap bantu regulatekan paras gula dalam otak. Mood lebih stabil, aktiviti harian anak lebih smooth, Insya Allah.
Oh lupa nak sebut juga, Choline tadi juga dapat bantu otak anak hasilkan neurotransmitter untul bantu stabilkan mood mereka. It’s a type of food which makes kids happy.
Banyak kajian yang kaitkan tentang fungsi Choline ni terhadap memory and mental function. Concentrated sources of Choline paling mudah dapat dalam telur. Anak, mak, ayah, semua bagus makan.
Anak dah bosan makan telur separuh masak? Masya Allah banyak sangat idea masak telur yang kita boleh buat. Kalau search di internet, guna keyword EGG RECIPES IDEAS, cuba tengok semua gambar mengancam.
Possible tau untuk kita sediakan menu macam ni. Telur rebus, telur separuh masak, telur goreng dah bosan, cuba style lain. Kreativiti dan gabungan resipi dengan bahan-bahan sihat yang lain memang dapat bantu kita sediakan menu menarik yang anak tak bosan.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecoh penangan resipi telur ommelette viral, apa kata kali ini kita cuba buat sendiri rumah. Barulah tahu rasanya sedap atau tak kan?
Resipi perkongsian Pn Rosmaliza Omar ini mama kena cuba. Patutlah terlebih sedap, macam-macam ada. Jom cuba!
Dok viral THAI OMELETTE jadi kita try buat. Kena try baru tahu sedap atau tak.
Resepi THAI OMELETTE
Bahan-bahan:
3 biji telur A
7 ekor udang cuci bersih
Segenggam daun thai basil *
Daun bawang *
Cili padi Hijau *
Cili padi merah *
Bawang rose hiris (bawang lain tak mau)
Sos ikan brand Tiparos
Garam (jika perlu)
Serbuk perasa 2 jenis (makesure pakai yang ade brand
Gula perang, jangan gula putih
Hiris semua bahan bertanda *, masukkan dalam telur dan campur kesemua bahan lain.
Pukul hingga rata dan sebati.
Goreng menggunakan minyak baru. Wajib minyak baru setiap omelette.
Dah siap, dressingkan dengan taugeh.
PRIK NAM PLA buat sedap-sedap. Jangan letak sos ikan dan cili sahaja. Wajib buat sungguh-sungguh guna limau asli bukan limau botol.
Gula kelapa siam jangan guna gula putih. Last sekali dressing daun ketumbar & serbuk lada putih. Resepi asal Dania Niase Restaurant
Cara buat PRIK NAM PLA 1. Cincang bawang putih 5 ulas dan cili mengikut kepedasan masing2 2. Sos ikan (agak2 tenggelamkan bahan cincang) 3. Sedikit sos golden mountain 4. Perah asam limau 5. Gula thai/ gula somtam satu sudu, kacau-kacau. Siap!
Dilema mak-mak apabila anak susah nak makan sayur. Selain dari suruh dan paksa ada juga yang deko sayur untuk jadikannya menarik. Tapi hasilnya tidak seperti yang dijangkakan. Lagi renyah!
Satu lagi masalah ibu juga adalah anak mesti kata sayur tak sedap, pahit dan macam-macam lagi sehinggakan dah tak ada idea untuk tarik minat anak.
Berdasarkan perkongsian seorang ibu, Sharifah Zahidah idea untuk tarik anak makan sayur adalah dengan menggunakan FAKTOR DALAMAN. Tak perlu nak paksa anak, bagi ganjaran atau buat hiasan menarik pun.
Hasilnya, sayur cantik dia makan, tak cantik pun dia makan. Depan saya dia makan sayur, tanpa ada saya pun dia boleh makan sayur. Makan sayur adalah dari MOTIVASI dan PILIHAN dia sendiri, bukan dorongan dari faktor luaran kerana suruhan saya atau ganjaran apatah lagi paksaan.
Apa saya buat? Senang saja.
Tip 1
JANGAN PERNAH SURUH DIA MAKAN SAYUR, like, NEVER.
“Dah tu nak buat macam mana kalau bukan dengan suruh?”
Cara kami, kami BERPAKAT suami isteri.
Masa makan, kami plan siap-siap untuk BEREBUT-REBUT AMBIL SAYUR dalam mangkuk ke pinggan sendiri.
Sambil gedik-gedik kami merengek, “Ibu nak sayur banyak! Ibu nak banyak! Abi jangan ambil banyak sangat..!”
Dan suami pun akan sambung, “Ala, abi nak banyak! Abi suka makan sayur. Makan sayur ni abi jadi pandai, jadi kuat dengan izin ALLAH.. Abi suka makan sayur banyak-banyak.”
Dan saya sambung semula, “Samalah kita Abi. Ibu pun suka makan sayur banyak-banyak. Sedap kan sayur ni..?”
Dengan suara jelas dan lakonan yang jelas. KAMI TUNJUK ‘SUPER EXCITED’ BILA DAPAT MAKAN SAYUR.
Tapi, pandai-pandailah berebut dengan penuh solehah ya. Nanti salah trick, salah dialog, anak-anak tiru pula perangai berebut makanan yang tak solehah. Sayurnya tak makan, tiba-tiba perangai berebut makanan yang dia tiru nanti. Eh jangan! Be creative lah ya.
Tip 2
JUAL MAHAL DEPAN ANAK. Jangan gopoh nak cepat-cepat dia makan sayur. Baru buat sekali, dah nak terus suruh anak join sekaki makan sayur.
Anak-anak yang TERCENGANG tu, kita BIAR saja dia tengok kita makan sayur. Dia sedang TERKEJUT dan perspektif lama dia tentang sayur-tak-sedap itu kini ‘terancam’.
Dia mula keliru, betul ke sedap sangat sayur tu? Bukan sayur ni tak sedap ke? Dan dia sedang proses maklumat yang dia dengar dari kita tentang betapa ‘awesomenya’ makan sayur ke dalam otak dia sekarang – dan dia sedang CUBA UNTUK BERI RUANG KEPADA PERSPEKTIF BARU BAHAWA SAYUR ITU SEDAP sekarang ini.
Hari esok, masa makan, ULANG LAGI LAKONAN DAN PEREBUTAN yang sama.
Tip 3
Kami BUAT-BUAT SEDIH BILA SAYUR DAH HABIS. Mulanya, berebut-rebut sayur yang terakhir dalam mangkuk hidangan. Abi buat-buat ambil semua sayur mangkuk dan habiskan sayur tu, Ibu pulak bersuara sedih, “Alaaa…. sayur dah habis ke? Ibu nak sayur lagi.. Abi, Ibu nak sayur lagi. Kita share boleh? Esok abi beli lagi banyak sayur boleh? Tak cukup ni..”
Dan Abi pun kenalah buat-buat bagi sayur dalam pinggannya dan masukkan dalam pinggan saya sambil buat dialog-dialog best tentang sayur, antaranya, “Boleh ibu, Abi pun suka makan sayur ni, sama macam Ibu. Sayur ni sedap sangat kan, cepat aje habis..”
Pandai-pandailah reka. Spontan je semua ni.
Sepantas 2 hari dan 2 kali lakonan sahaja, Maryam yang tak suka makan sayur dan memerhati kami dari semalam, akhirnya bersuara,
“Kakak pun suka makan sayur ibu. Kakak pun naklah jugak!” (Tiba-tiba je?)
Ha, part ni mesti ramai ibu-ibu rasa seronok kan!
Jangan terus tunjuk excited bila anak mula minta sayur sebab kadang-kadang, bila dia makan, dia rasa tak sedap dia akan terus luahkan semula sayurnya, terus dia lagi susah nak makan sayur nanti.
Tip 4
Jadi caranya, bila anak dah mula TUNJUK MINAT PADA SAYUR, JANGAN TERUS BAGI. Tapi TANYA.
Tanya dia, “Betul ke Kakak suka makan sayur?” Dan masa ini dengar saja apa jua jawapannya dan kita MESTI JAWAB pada dia dengan MEMBERITAHU BAHAWA sayur ni akan jadi semakin sedap dan dia akan semakin suka bila dia makan setiap hari.
Anak-anak perlu diberi percaya BAHAWA suatu hari nanti, sayur ini akan JADI SEDAP kalau dia suka makannya setiap hari.
Kita kena bersedia anak-anak mungkin ‘akan kecewa’ dengan rasa sayur ni pada awalnya.
Jadi penting, untuk pastikan anak FAHAM bahawa nak suka makan sayur ni kena makan hari-hari.
Tip 5
Dan, kalau anak memang nak terus makan sayur, BAGI SEDIKIT DEMI SEDIKIT. Racikkan menjadi kecil. Jangan bagi setangkai-tangkai besar. Bagi yang halus, yang mudah untuk dia makan, yang rasanya nanti TIDAK terlalu ketara dalam mulutnya. Saiz sayur yang kita potong pun mainkan peranan penting ya.
Selepas anak mula makan sayur, TANYA lagi dia. Sedap tak sayur tu? Kalau sedap, puji dia dan bagitau dia betapa bagusnya dia makan sayur. Esok lusa kalau makan lagi, nanti macam-macam kepintaran dan kehebatan dia akan dapat.
Pandai-pandailah relate dengan aktiviti dia.
Kalau dia tak suka, ulang kata, kita dulu pun macam itu juga. Mula-mula tak suka. Bila lama-lama makan, akan jadi suka dan jadi semakin sedap. Hari-hari tak sah kalau tak makan sayur. ADMIT PERASAAN ANAK-ANAK yang TAK SUKA MAKAN SAYUR dan SETERUSNYA BANTU DIA UNTUK atasi perasaan tak suka itu dengan cara kita dorong dia lagi untuk makan next time.
Cuma gunakan teknik ‘TANYA FASA KEDUA’. Tanya apa pula kali ni?
Tanya macam ni, “Kakak nak hebat macam Ibu?” SAMBIL TUNJUK KE ARAH SAYUR YANG DICEDOKKAN DAN BERSEDIA NAK LANDING DALAM PINGGAN DIA.
Dia kata nak, kita bubuh. Dia kata tak nak, tanya lagi dalam bentuk soalan dan perumpamaan lain, tapi jangan paksa.
Cuba lagi. Dan berlakon lagi antara kita suami isteri dengan segala dialog memukau yang bakal masuk dalam minda dia tanpa dia sedari.
Percayalah, berjaya inshaALLAH.
Seawal 3 hari, ibu bapa yang ada hubungan RAPAT dengan anak-anak akan berjaya buat anak dia makan sayur. Sebab ibu bapa yang rapat dengan anak-anak LEBIH MUDAH MEMPENGARUHI anak-anak mereka melalui tindakan mereka. Dan untuk kes saya dan Maryam, dari seorang yang cukup susah makan sayur, Maryam berubah menjadi pencinta sayur seawal 2 hari SAHAJA.
Sekarang, alhamdullillah. Dia dah sampai tahap BOLEH RATAH sayur dah sekarang, dengan syarat, sayurnya mesti dipotong kecil.
Tapi, ada kalanya dia tetap tak suka sesetengah jenis sayur. Kalau dia kata tak suka, tak apa. Jangan paksa. Hakikatnya memang ada sayur yang kita sendiri tak suka dengan rasanya. Cuma, kita sikit demi sikit bantu dia BELAJAR terima dan suka semua rasa sayur. Kalau setahun praktis didik anak makan sayur cara ini, by the time dia umur 7 tahun ni, dia dah tak boleh ‘hidup’ tanpa makan sayur lagi dah. InshaALLAH.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!