Muffin Larva Coklat Cadbury. Tak Perlu Mixer, Kacau Je Semua!

Share

Habis idea nak hidangkan apa lagi untuk ahli keluarga, apa kata kali ini anda cuba buat Muffin Larva Coklat. Cara buatnya pun senang. Tak perlu guna mixer, cuma gaul bagi sebati je sebelum dibakar.

Boleh ajak anak-anak buat sekali dan pastinya mereka teruja. Resepi yang dikongsikan oleh Zahiri Mansor ini boleh buat anda seisi keluarga puas hati!

Bahan-bahannya:

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula perang
1 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
250 gram butter yang dicairkan
2 cawan susu full cream
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
coklat chip

ARTIKEL RESIPI MENARIK [Kukus Boleh, Bakar Pun Boleh, Puding Roti Kukus Dengan Sos Kastard Paling Mudah & Sedap!]

Cara membuatnya:

Pertama sekali pukul telur dengan gula dulu. Kemudian masukkan esen vanila dan butter yang sudah dicairkan. Kacau lagi sehingga sebati semuanya. Kacau sehingga sebati

Langkah seterusnya adalah masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking soda dan baking powder ke dalam acuan tadi. Kacau bahan-bahan sekali lagi. Kemudian, masukkan susu full cream dan teruskan kacau bahan tersebut. Boleh letak Cadburry

Peringkat akhir, bahan-bahan yang sudah digaul sebati itu masukkan ke dalam cup kertas. Cadbury itu tambahan saja. Tak letak pun boleh. Untuk topping tabur choc chips, barulah marvelous rasa coklat yang padu!

***Masukkan muffin dalam cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 – 30 minit atau sehingga masak. (tengok pada oven masing-masing)

Inilah hasilnya… rasa coklat Cadbury dengan kombinasi coklat chips memang buatkan anda tak menyesal untuk mencubanya. Memang sedap!

RESIPI WAJIB CUBA [Nasi Air Pantai Timur Terbaik! Sekali Makan Tak Cukup Semangkuk]

Sumber: Zahiri Mansor

Published by
Wan Amalia Mohd Daud