Resipi muffin puding roti dan sos mangga sangat mudah disediakan dan sesuai untuk dihidang pada si manja mommies yang dah berusia 8 bulan ke atas. Jom ikuti resipi yang dikongsi ini.
Cara penyediaan:
🧀 Potong roti dalam bentuk dadu, ketepikan.
🧀 Satukan telur, unsalted butter yang dicairkan, susu dan 1 sdk serbuk mangga Izzly. Kacau sebati.
🧀 Masukkan roti ke dalam adunan telur dan kacau sebati. Biarkan sekejap hingga roti meresap adunan telur.
🧀 Masukkan adunan dalam bekas yang sesuai untuk di bakar.
🧀 Taburkan serbuk mangga dan cheese atas puding roti.
🧀 Bakar pada suhu 160°c selama 5 minit (KakMas bakar dalam air fryer).
🧀 Sejukkan puding roti dan tuang sos mangga.
Ads
SOS MANGGA:
Campurkan 1 sudu serbuk mangga Izzly dengan sedikit air panas. Kacau sebati. Tuangkan atas puding roti.
Ads
– boleh tambahkan isi buah mangga yang dipotong dadu dalam adunan.
– boleh gantikan dengan puri mangga sebagai sos.
– sesuai untuk bayi 8 bulan dan ke atas.
Kredit: Mas Ayu Ibrahim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nasi daging utara sememangnya cukup dikenali keenakkan rasanya. Tak perlu merebus daging sampai empuk, apa kata kita cuba resipi Nasi Daging Utara Viral dengan hanya menggunakan kurma dalam tin sahaja.
Tak perlu ambil masa yang lama, sebaliknya hanya campurkan sahaja kesemua bahan dan biarkan hingga nasi masak. Jom cuba resipi perkongsian Cik Sara ini.
Tengok dekat tiktok ada yang buat nasi daging guna kurma adabi. Hari ni try buat. Sedap.
Bahan-bahan:
2 cawan beras
2 1/4 air -ikut sukatan masing-masing
1 tin kurma daging
Penumis tiga sekawan
3 ulas bawang merah -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
Daun pandan
Sedikit garam dan perasa -jika perlu
Basuh beras bersih dan toskan airnya.
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan dulu bawang merah, 3 sekawan, daun pandan.
Lepas tu masuk kurma daging. Kacau sampai sebati.
Kacau seketika dan masukkan sekali dengan beras yang sudah dibasuh ke dalam periuk nasi.
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sambal sardin selalu jadi penyelamat di kala kita kesibukan atau terlalu buntu dengan menu. Jemu dengan lauk pauk bersantan, sardin selalu jadi pembangkit selera.
Biasanya kita hanya masukkan cili kering yang dikisar, resipi perkongsian Linda Mohd ini paling sesuai untuk yang suka makan pedas. Bukan cili kisar tapi digantikan dengan cili padi. Wow, padu!
Hari nie nak share resipi sambal sardin. Ek eleh, sambal sardin pun nak bagi resipi ke?
Ala..biar lah nak share jugak, sebab nie first time masak guna cili api, biasa guna cili air, eh cili giling. Okay dekat gambar resipi nya.
Guna sardine nie, entah lah, guna apps untuk beli dia bagi yang nie, biasa yang sos tomato saja. Ini dengan cili.
Biasa botan sedap, tapi tak kisah guna sardine apa..janji sardine, bukan tuna.
Kalau perempuan melayu terakhir, dia guna lesung tumbuk-tumbuk. Saya bukan perempuan melayu terakhir, sebab masih ramai perempuan melayu dekat malaysia, so i pakai manual chopper. Katang bahu baq hang.
Bahan : bawang merah, bawang putih, cili api , cili merah besar.
Goreng sardine dulu, jangan lupa pakai helmet. Letupan nya tak boleh bawak bincang, macam letupan kemarahan bila bergaduh laki bini lah.
Lepas tu goreng kentang bagi layu di pusaran.
Tumis bahan chopper tadi bagi garing, takde air lesung, ada air chopper je.
Jangan garing sangat nanti tukar nama jadi sambal garing sardine or sambal hangus sardine. Time ni perasakan terus dengan garam gula and pak aji kalau pakai. Cukup rasa tak cukup rasa pon bole pakai.
Sudah siap boleh dihidangkan, makan nasi panas-panas.
Boleh perah limau nipis, untuk rasa lebih padu beb.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menikmati roti bakar dengan mentega dan kaya tanpa teknik yang betul, sajian roti jadi tak umphh. Roti bertambah kebabom rasanya bila disatukan dengan tiga bahan padu iaitu mentega dan kaya yang sedap.
Resipi tiga bahan ala-ala roti bakar Old Town ini nampak cukup padu. Paling penting, sapuan mentega perlu tebal dan harus dipotong ketika masih keras. Barulah rasa roti bakar lebih nikmat. Jom cuba resipi mudah yang dikongsikan oleh Muhammad Zakwan ini.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.