Muffin van hounten horlicks biasanya ada dijual di kafe-kafe mewah. Bau muffin yang semerbak memang membangkitkan selera. Rasanya yang kaya dengan coklat dan sedikit perisa horlicks memang gabungan yang sangat menyelerakan.
Tahu tak sebenarnya bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat muffin ini sangat mudah! Jom cuba resipi yang dikongsi ini
Muffin Van Hounten Horlick
Bahan basah:
Ads
*Telur 2 bijik gred A atau B kocak-kocak macam nak dadar tu je…
*Butter cairkan sukat jadikan 1 cawan
*Sedikit emolco coklat
*Dutch lady coklat kotak 2 cawan, nak guna susu segar pun boleh
*Sedikit esen vanila
Bahan kering:
1 cawan 1/2 gula perang halus atau gula castor
Sedikit garam halus
1 cawan serbuk koko van hounten
5-6 sb horlick original
3 1/2cawan tepung naik sendiri
1sk soda bikarbonat
Coklat chips sebagai hiasan
Ads
Cara Penyediaan:
Satukan bahan kering kemudian satukan bahan basah. Masukkan bahan kering dalam bahan basah kacau guna senduk…siap dah masuk dalam cup panas kan oven. Tabur coklat chips dan bakar suhu 180 masa 20-25 minit. Siap boleh di hidang😂 senang sangat 😘😘🥰🥰
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah hampir dua minggu kita berpuasa. Kebanyakan para ibu berpusu-pusu mencari resipi kuih raya yang boleh dibuat. Kalau boleh biarlah yang tidak menggunakan terlalu banyak bahan dan mudah untuk dibuat. Antara kuih raya yang menjadi kegemaran ramai ketika Aidilfitri adalah cornflakes madu.
Nina Diana berkongsi resipikuih raya ini tetapi versinya berbeza sedikit dari yang biasa kita buat. Caranya mudah dan ibu boleh ajak anak-anak untuk membuatnya bersama.
Ikuti perkongsian resipi ini.
Honey Butter Cornflakes 🐝
Lain sikit dari cornflakes madu yg biasa tu. Anak2 lebih suka yang ini. Tak melekit, lebih rangup dan tak muak.
Herba dan rempah penambah perisa semula jadi untuk makanan bayi, mama boleh masukkan dalam masakan. Seperti yang kita ketahui, garam dan gula tidak disarankan untuk bayi di bawah 1 tahun.
Jadi bagaimana untuk menambahkan perisa dalam makanan anak? Idea ibu ini boleh anda gunakan. Puan Syida Dea Lurve’ A berkongsi 13 rempah dan herba yang digunakan dalam masakan anaknya.
Herba & Rempah Penambah Perisa Semula Jadi Untuk Makanan Bayi
Penambahan herba dan rempah menambah kesedapan masakan. Anak jarang sembelit. Mula gunakan dalam masakan anak semasa anak berusia 8 bulan.
Pati kurma digunakan untuk menambahkan rasa manis apabila anak berusia setahun ke atas. Manakala setelah anak 2 tahun barulah boleh diberikan garam.
Mama Boleh Masukkan Dalam Masakan
Berikut ialah jenis-jenis rempah dan herba yang digunakan ibu ini dan kegunaannya.
Oregano ini sedap letak dalam aglio olio. Sesuai juga dimasukkan dalam egg muffin, carbonara, murtabak telur, fritters, daging perap. Semua sedap tapi jangan banyak.
Kalau nak bakar ayam, kentang, nak bagi warna merah-merah ala ayam goreng mamak, boleh gaul dengan parika ini. Rasa tak pedas langsung. Sedap pun sedap. Kalau anak sudah ‘lulus’ dengan capsicum baru boleh guna paprika.
Sesuai untuk membuat sos bolognese. Tabur mix herbs ini. Rasa dan baunya sangat sedap. Menyedapkan sup dalam pasta, dalam baked potato, masak lemak pun sedap. Wangi sahaja.
Sedap dan ada sikit rasa masin. Boleh menambah rasa dalam masakan. Kalau nak buat masak goreng-goreng kunyit, gaul lauk dengan bahan ini dan kunyit. Menyedapkan masakan dan bau yang menyelerakan. Boleh juga dimasukkan dalam masakan yang memerlukan bawang putih.
Tabur lepas pasta sudah siap ‘as garnish’. Boleh tabur atas telur, atas kentang putar, atas kuah-kuah pasta. Sedap dan wangi. Kalau jumpa yang segar lagi sedap tapi kalau tiada, yang ini pun sudah cukup baik.
Sesuai diletakkan dalam perapan atau apa-apa jenis masakan seperti sup, goreng-goreng sayur. Rasa sedap dan berangin.
Serbuk lada hitam ini bertindak sebagai immune booster. Kisar kering halus biji-biji ini. Setiap kali hendak digunakan, ambil hujung sudu masukkan. Letak dalam sup, marinate, goreng gorengan pun sedap. Letak sedikit sahaja, kalau terlalu banyak akan rasa pedas, anak tak suka.
Sesuai untuk masakan pastri. Rasanya semula jadi manis tapi tidaklah terlalu manis seperti gula. Boleh gaul dengan epal kemudian bakar, buat pie, tabur cinnamon dan tambah madu pun sedap. Boleh masukkan dalam pancake, muffin, tabur atas french toast, atau pastri. Sedap. Sweet and savoury.
Kalau masak sayur goreng boleh tambah. Titiskan sedikitkan minyak bijan (sesame oil) ini. Baunya ala makanan cina. Masuk dalam bubur pun bau sedap. Boleh guna untuk perapan. Bau masakan akan jadi semerbak.
Madu ini boleh dibeli di kedai makanan sunnah. Sesuai untuk anak-anak yang berusia 1 tahun ke atas.
Fungsi rempah ratus ini seperti cinnamon powder.
Lebih tertumpu pada masakan Itali seperti pasta atau pizza. Lebih kurang mix herbs tapi herba lain. Sedap dan wangi.
Ini jintan. Penambah rasa dalam masakan yang banyak juga gunanya. Selalunya dimasukkan dalam masakan bersama bawang putih. Sedap.
Pemanis yang paling banyak kegunannya dalam masakan. Gunakan sedikit sahaja. Boleh masukkan dalam masakan tom yam untuk seimbangkan rasa masam manis dan pedas seperti kari. Boleh juga dimasukkan dalam masakan seperti pancake, muffin dan juga biskut. Banyak gunanya ketika bayi berumur bawah setahun. Selepas umur anak setahun, boleh guna madu untuk natural sweet.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.