Genap seminggu kelahiran anak keempat Ayu Raudhah dan Zaquan Adha, pasangan ini telah mengadakan majlis cukur jambul dan mengumumkan nama untuk anak lelaki mereka.
Menerusi Instagram Zaquan Adha dia berkongsi nama penuh untuk bayi lelakinya yang diberi nama Muhammad Aisy Al Khaliq.
Disebalik nama yang indah itu, Zaquan juga turut berkongsi setiap makna tersebut
Muhammad- Yang terpuji ,Dirahmati
Aisy -Mewah ,kaya -raya, kemakmuran hidup
Al Khaliq-Pencipta(Asma Ul husna)
Kuat Menyusu
Sementara itu, di Instagram Ayu Raudhah, dia turut berkongsi rutin bayinya yang kuat menyusu dan gembira dengan kehadiran anak keempat ini.
View this post on InstagramBudak ini.. minum xberenti.. #mynewlove Day 2
A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on
Menerusi ruangan komen, ramai yang berkongsi perasaan sama dengan Ayu Raudhah dan menyifatkan bayi lelaki biasanya kuat menyusu.
Ada yang menasihatkan Ayu untuk sentiasa positif supaya pengeluaran susu berjalan lancar dan mencukupi untuk bayi.
Gebu, kulit putih
Sejak Ayu dan suami berkongsi gambar anaknya, semua memuji kecomelan baby Al Khaliq.
Semuanya menyifatkan anak Ayu berkulit putih dan seiras Zaquan.
Sumber: ig Ayu Raudhah dan Zaquan Adha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senyuman Pertama Bayi Satu Pencapaian Besar, Penting Untuk Perkembangan
Segala tekanan atau masalah kewangan, tidak cukup tidur – semua ini akan hilang apabila ibu bapa melihat senyuman pertama bayi. Apa lagi yang boleh melawan kepenatan anda berbanding senyuman istimewa daripada bayi anda? Senyum pertama bayi juga mencatatkan pencapaian bayi anda kini mempunyai personaliti dengan kemahiran sosial.
Apa pentingnya senyum pertama bayi?
Senyuman pertama bayi memberikan makna yang banyak mengenai perkembangan bayi. Ia menunjukkan bahawa penglihatan bayi adalah berada pada landasan yang betul. Juga, bayi mendapat keupayaan pengenalannya. Sistem saraf dan otak bayi juga kini telah matang. Bayi anda tidak lagi menghasilkan senyuman refleks, tetapi dia tersenyum untuk menyatakan perasaannya dan berkomunikasi dengan orang lain.
Bila bayi mula menunjukkan senyum pertama?
Sebelum usia dua bulan, bayi anda akan berhenti memberikan semyuman refleks. Si manja akan menunjukkan senyuman sebenar sebelum usianya 3 bulan. Bagaimana untuk membezakan antara senyuman refleks dan senyuman sebenar? Masa dan durasi akan membantu anda membezakannya. Biasanya, senyum refleks adalah lebih sekejap dan berlaku tiba-tiba, contohnya, apabila bayi sedang tidur atau letih. Sementara itu, senyuman sebenar berlaku mengikut keadaan. Ia bertindak balas kepada perkara atau peristiwa tertentu dan berlaku secara konsisten. Senyuman sebenar akan datang bersama dengan emosi yang diluahkan pada mata bayi.
Anda juga boleh menggalakkan bayi tersenyum melalui pelbagai cara. Cara paling mudah adalah bercakap dengan bayi. Selain itu, anda boleh lakukan komunikasi mata atau selalu tersenyum dengan bayi anda. Bagi sesetengah ibu bapa, mereka akan memilih untuk membuat bunyi bising, seperti meniru bunyi haiwan. Ekspresi wajah yang menggembirakan juga boleh membantu. Anda boleh meniru gaya haiwan ataupun bermain agah-agah dengan bayi anda. Semasa ingin merangsang bayi tersenyum, berikan masa kepada bayi anda untuk bertindak balas. Satu perkara yang perlu anda ingat adalah: Jangan berlebihan melakukannya. Rangsangan yang berlebihan boleh membuatkan bayi anda hilang minat kerana dia tidak boleh memproses banyak emosi.
Apa yang perlu ibu bapa jangkakan?
Jika bayi anda sudah belajar untuk senyum, anda akan lihat dia akan terus tersenyum dari semasa ke semasa. Mengapa? Ini kerana setiap kali si manja senyum, ibu bapa akan bereaksi positif. Bayi anda akan sukakanya, jadi dia akan tersenyum lagi dan lagi. Pada mulanya, si manja hanya ingin menunjukkan wajah gembira untuk memberi tindak balas kepada pencetus dan rangsangan yang anda buat. Namun, kemudian, apabila penglihatannya semakin baik, dengan melihat perkara yang disukai akan terus membuatkannya tersenyum. Apabila bayi anda menguasai kemahiran tersengih ini, dia akan menambah sedikit bunyi pada senyumannya. Sebelum usia bayi mencecah 5 bulan, dia akan mengejutkan anda dengan gelak ketawanya.
Apa yang anda perlu perhatikan?
Setiap bayi mendapat senyum pertama pada masa yang berbeza. Ada bayi yang akan menunjukkan senyum pertama lebih awal, dan ada juga yang lebih lambat. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melihat sebarang petanda anak anda akan senyum sehingga usianya 3 bulan, bawa si manja berjumpa dengan pakar pediatrik.
Sumber: Hello Health
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Netizen Geram Tengok Pipi Moleiq Yang Bam Bam. Ozylnn Kongsikan Rahsianya Cuma Susu Ibu!
Tak mustahil ramai netizen yang geram dengan kegebuan pipi anak Johan dan Ozlynn yang diibaratkan seperti pipi pau.
“Tak ada apa-apa rahsia pun cuma susu ibu sahaja”, kongsi Ozlynn.
Menurut Ozlynn, dia masih menyusukan anaknya yang diberi nama Nur Latifah Moleiq Haninia.
“Saya masih menyusukan Moleiq, jadi saya kini banyak meluangkan masa di rumah menjaga dan bersamanya.
“Bila keluar bekerja pun paling lama dua jam. Lepas tu dah mula rindu pada Moleiq. Ibaratnya macam bantal busuk mama, tak boleh nak berenggang,” selorohnya yang melahirkan anak kelimanya 17 Jun lalu.
A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Mengenai pemilihan nama Moleiq untuk anak kelimanya ni, Ozylnn memberitahu Astro Gempak pemilihan nama tersebut diberikan sendiri oleh Johan.
“Pada mulanya kita mahu namakan anak kelima ini dengan ‘Cerdik’, tetapi menurut Johan bagi memudahkan saya untuk memanggil anak-anak dia beri nama Moleiq (molek).
“Yelah bila panggil anak keempat Chantiq (cantik) terus sebut Moleiq (molek). Ala macam kita sebut ‘cantik, molek…’
“Sudah tentu kita memilih nama yang baik-baik sahaja untuk anak-anak kita dan semua orang tahu maksud molek iaitu yang baik-baik dan cantik.
“Nur Latifah pula bermaksud cahaya kelembutan.
“Sementara nama Hanania itu merupakan nama keluarga kami yang mana semua anak diberikan nama tersebut. Ia bermaksud dikasihi Allah,” katanya.
Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq.
Sumber: ig jozlynnhanania
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenapa Tidak Boleh Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk? Elakkan Lakukan 6 Kesilapan Ini Semasa Memandikan Bayi!
Kenapa tidak boleh mandikan bayi dengan air sejuk? Ramai ibu bapa lakukan 6 kesilapan ini semasa memandikan bayi.
Ramai yang bagi alasan kekok nak mandikan bayi yang baru lahir. Terlalu kecil, takut nak pegang, bimbang terlepas, terjatuh dan macam-macam lagi. Mari kita ikuti cara-cara mudah memandikan bayi. Paling penting mama dan papa perlu yakin dan melakukannya dengan betul dan selamat. Dengan izin Allah, urusan memandikan bayi menjadi mudah dan lancar.
ELAKKAN MELAKUKAN 6 KESILAPAN INI SEMASA MEMANDIKAN BAYI
- Jangan memandikan bayi dengan air sejuk/ air paip kerana ia terlalu sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan menurun atau hipotermia. Tubuh bayi akan kesejukan dan kebiru-biruan apabila dimandikan dengan air sejuk menunjukkan mereka sedang kesejukan.
- Elakkan memandikan bayi terlalu awal pagi atau malam. Disarankan memandikan sekitar jam 10 pagi hingga 5 petang untuk mengelakkan kesejukan melampau.
- Jangan pasang kipas atau penghawa dingin semasa memandikan bayi untuk mengelakkan kesejukan.
- Selesai mandi, terus balut bayi dengan tuala atau kain lampin untuk mengelakkan kesejukan.
- Jangan meninggalkan bayi di dalam tab mandian tanpa pemantauan walau pun sekejap.
- Elak daripada mandi terendam sekiranya pusat bayi masih lagi belum tertanggal.
LANGKAH MEMANDIKAN BAYI
Sebelum memandikan bayi, mama dan papa perlu memastikan suhu air tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Cuba celupkan siku untuk tujuan ini. Buka pakaian bayi dan pastikan bahagian sulit bayi dicuci terlebih dahulu menggunakan tisu lembap sebelum dimandikan.
Langkah 1
Setelah dipastikan air mandian suam, telangkupkan badan bayi dengan tangan kanan memegang bahagian tengah punggung. Manakala tangan kiri pula memegang erat bahagian dada dan bawah lengan bayi. Posisi ini bagus diaplikasikan ketika memandikan bayi baru lahir kerana dapat mengelakkannya daripada terkejut.
Langkah 2
Bagi memandikan bayi, pastikan anda memasukkan bahagian kakinya terlebih dahulu. Kemudian, cuci bahagian berkenaan dengan sempurna.
Langkah 3
Tangan bahagian kiri masih lagi berada dada dan bawah lengan bayi. Perlahan-lahan turunkan kedudukan bayi untuk menyiram bahagian belakang badannya dan bersihkannya dengan sempurna.
Penggunaan sabun di semua bahagian tubuh dibolehkan untuk bayi baru lahir kecuali muka. Dalam pada itu, pastikan anda hanya menggunakan sabun yang bersesuaian dengan bayi.
Langkah 4
Selepas itu, pusingkan kedudukan bayi. Tangan kiri berada di bawah tengkuk bayi. Cuci bersih badan, bawah lengannya, leher, punggung, dan pelipat betisnya.
Langkah 5
Selanjutnya, cuci kepala dan mukanya menggunakan air mandian yang disediakan dalam bekas berasingan. Kalau boleh, kepit telinga bayi untuk mengelakkan air memasuki telinga. Biasanya air itu disediakan di dalam gayung. Pengakhirannya cuci sekali lagi bahagian belakang bayi.
Selesai mandi, terus balut bayi dengan tuala atau kain lampin untuk mengelakkan kesejukan. Lap kering terutama sekali pada bahagian pelipatan untuk mengelakkan terjadinya ruam.
Teruskan langkah seterusnya untuk mencuci bahagian pusat, menuam, memakaikan lampin, barut dan pakaian bayi. Lakukan dengan pantas kerana bimbang bayi kesejukan. Pastikan suasana bilik tidak terlalu sejuk semasa langkah-langkah ini dilakukan. Kemudian susukan bayi selepas dimandikan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI