Muhammad Al Fattah Pilihan Dayah Zubit Untuk Anak Sulung. Ringkas, Elok Maknanya

Share

Selepas selamat melahirkan bayi lelaki pada 7 Februari lalu, bekas pengasuh anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayah Zubit telah mengadakan majlis tahnik dan cukur rambut buat anak sulungnya.

Dayah dan suaminya, yang juga pemain pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II), Ridzuan Razali turut berkongsi nama cahaya mata mereka pada hari ketujuh kelahiran baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di instagram suami Dayah, @are9ridzuan, pasangan ini telah sepakat menamakan anak mereka Muhammad Al Fattah.

Alhamdulillah, tabarakallah mashaAllah. Hari ke-7 selepas kelahiran, selesai majlis tahnik & cukur rambut untuk Muhammad Al Fattah. Semoga mendapat keberkatan & rahmat Allah.

Semoga Allah SWT takdirkan Muhammad Al Fattah menjadi anak soleh, alim, cerdik & bijak. In shaa Allah ameen Ya Mujib

Terima kasih kepada para ustaz & hafiz alquran yang sudi meluangkan masa untuk tahnik & cukur rambut Muhammad Al Fattah.. alhamdulillah.

Sebelum ini Dayah menerusi sebuah hantaran di Instagram memberitahu yang dia selamat bersalin pada jam 2.41 pagi di sebuah hospital swasta di Terengganu.

Seminggu sebelum kelahiran Muhammad Al Fattah, Dayah telah mengalami kecederaan akibat jatuh dari motosikal. Akibat kemalangan itu, Dayah mengalami kecederaan di bahagian kepala, siku, tangan, lutut dan juga kaki.

Bagaimanapun, keadaan Dayah dan kandungannya ketika itu berada dalam keadaan baik.

Dayah dan Ridzuan mendirikan rumah tangga pada 5 Januari 2021 tetapi baru mengadakan majlis persandingannya beberapa minggu sebelum kelahiran anak sulung.

Kredit: IG @are9ridzuan & Dayah Zubit

Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar  sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy