Diuji dengan anak sakit tidak sesekali mematahkan semangat Dr Atiyah Azmi yang juga anak kepada Prof Dr Muhaya untuk terus sentiasa positif. Menganggap ujian yang Allah berikan ini tandanya Dia sayang pada hambanya sentiasa buatkan dirinya bersyukur dengan ketentuan ilahi.
Berkongsi perasaan sebagai ibu yang mempunyai seorang anak istimewa, Dr Atiyah menganggap Muhammad adalah anugerah yang tak ternilai buatnya sekeluarga.
Walaupun sejak lahir boleh dikatakan hospital adalah rumah keduanya, Dr Atiyah yakin akan ada ganjaran yang Allah nak beri padanya.
Dr Atiyah juga turut menasihati ibu-ibu yang sedang mengandung dan apabila diberitahu doktor anak dalam kandungan mungkin mengalami masalah fizikal sedangkan kita belum bersedia menerimanya jangan terus menyalahkan takdir.
Ingatlah kita kena sentiasa positif, carilah orang yang baik-baik, soleh dan solehah untuk berikan kita semangat dengan ujian yang Allah beri serta dekatilah diri dengan al-Quran dan agama.
Ibu ayah juga perlu ingat dunia ini hanya sementara dan semua ujian yang Allah berikan dia nak tengok kita sabar atau tidak.
Melalui perkongsian Dr Atiyah di instagramnya selagi diberi kekuatan dia akan buat yang terbaik untuk Muhammad.
Prof Muhaya Mohon Doakan Kesihatan Cucunya
Bagaimanapun, menerusi posting yang dimuat naik oleh Prof Muhaya, beliau memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk cucunya yang kini sedang dalam keadaan kritikal.
Ditimpa dengan ujian yang besar sekalipun, sikap positif dalam keluarga ini cukup buatkan semua kagum.
Diharapkan adik Muhammad terus kuat dan cepat sihat serta dapat terus memberi kegembiraan kepada orang disekelilingnya terutama kakak-kakak yang sangat menyayanginya.
Sumber: ig dratiyahazmi/prof muhaya