Nama Muhammad dan Noah menduduki tempat pertama dan kedua bagi pemilihan nama bayi di negara United Kingdom tahun ini iaitu tahun 2022.
Menurut laporan, selain Muhammad, beberapa nama Muslim yang lain juga turut tersenarai dalam nama pilihan tersebut seperti Noah (tempat kedua), Ali (31) dan Adam (38).
Difahamkan, senarai 100 teratas tersebut dikeluarkan oleh Baby Centre yang menyenaraikan nama-nama pilihan didaftarkan ibu bapa bagi bayi mereka yang baru lahir.
Merujuk Daily Mail, jadual senarai yang dikeluarkan itu melihat kepada pola kecenderungan ibu bapa dalam meletakkan nama-nama pilihan kepada bayi mereka.
Dalam 100 nama senarai yang dikeluarkan itu, menunjukkan tidak banyak perubahan dengan ‘Muhammad’ masih mendahului carta dan diikuti nama ‘Noah’ dalam carta senarai nama lelaki 2022.
Ads
Sementara itu, nama ‘Ali’ berada di tangga ke-31 daripada 100 senarai nama yang popular di Eropah itu. Antara nama Muslim ialah Yusuf (53), Ahmad (63), Omar (72), Abdullah (77), Abdul (84), Ibrahim (92) dan Syed (94).
Di sebalik senarai ini, nama Muhammad terbukti menjadi pilihan utama kebanyakan ibu bapa di negara itu, sekaligus memintas beberapa nama ‘Inggeris’ lain yang cliche seperti Jack (3), George (7), Harry (13), Henry (17), Ryan (24) dan banyak lagi.
Selain itu, menurut Daily Mail, difahamkan pengaruh kerabat diraja juga turut memberikan inspirasi kepada ibu bapa dengan melihat nama tersebut dari aspek berprofil tinggi.
Trend itu dilihat masih kekal sehingga kini oleh ibu bapa yang banyak mengambil inspirasi dari ahli keluarga diraja, sebagai contoh nama anak perempuan Lily daripada pasangan kerabat diraja Putera Harry dan Meghan.
Ads
Sementara itu, kes konflik dua bekas pasangan selebriti terkenal US, Johnny Depp dan Amber Heard juga turut mempengaruhi kemahuan ibu bapa dalam menamakan anak mereka.
Mengikut laporan Daily Mail, kes saman fitnah antara Johnny dan Amber yang berakhir baru-baru ini turut memberikan impak negatif ke atas kedua-dua nama itu.
Ekoran itu, tiada seorang pun bayi lelaki yang dinamakan sebagai Johnny pada tahun ini, malah sama seperti Amber, nama itu tidak tersenarai dalam carta nama bayi perempuan buat kali pertama.
Bagi senarai 100 teratas nama-nama bayi perempuan paling popular di UK tahun ini, Lily menduduki tempat pertama, diikuti Sophia di tempat kedua dan Olivia di tempat ketiga.
Ads
Dalam masa sama, beberapa nama Muslim juga turut menjadi pilihan seperti Fatima (27), Nur (29), Maryam (33), Aisha (37) dan Eva atau Hawa (67).
Jarang-jarang bercuti dek kerana kesibukan bekerja, Fazura dan Fattah Amin kali ini meluangkan masa sebaiknya bersama puteri tercinta mereka.
Baru sahaja kembali dari Pulau Langkawi, pasangan ini kini terbang ke Bangkok pula bersama ahli keluarga yang lain untuk bercuti.
Menariknya banyak perkongsian video dan gambar percutian keluarga ini yang dikongsikan Fazura di Instagramnya. Begitu juga dengan akaun rasmi mereka, @fattzuralovelife.
Paling menarik kata Fazura, berkunjung ke Bangkok setelah sekian lama membuatkan dirinya terkenangkan momen ketika dia mula mengandungkan Fatima dua tahun lalu.
Kongsi Fazura lagi, percutian itu adalah yang pertama kali buat Fatima. Sebelum ini Fatima pernah sama-sama mengikuti mereka ke Bangkok tetapi ketika itu rupanya masih dalam perut lagi.
Rupanya ketika itu kata Fazura, dia sudah pun hamil tetapi masih tidak menyedari akan kehamilan dirinya.
“Teringat last time we were in Bangkok 2 years ago, Faz dah pregnant with Fatima tapi belum tahu.
“Alhamdulillah.. her first time in Bangkok out of mommy’s tummy today.
“Tak dilupakan yang masih mengharap dan berdoa dikurniakan zuriat. Semoga hari itu tiba tak lama lagi buat kamu, mudah mudahan. Amin,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, beberapa gambar dan video percutian Fazura dan keluarga pastinya mencuri tumpuan ramai.
Sepanjang berada di sana, Fazura turut sama membawa Fatima ke Dream World, khusus untuk menggembirakan Fatima yang ahli keluarga yang lain.
“Fun day out bersama Fatima dan keluarga di Bangkok baru-baru ini.
“Kami pergi ke Dream World pada hari kedua. Memang panas tapi menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk memanjakannya dengan barang kegemarannya (termasuk gula-gula lolipop),” tulis Fazura ringkas di kapsyennya.
Biarpun berpanas, namun semuanya digagahkan jua demi buah hati tersayang mereka.
Melalui beberapa perkongsian Fazura di Instagramnya, banyak momen menarik yang dikongsikan Fazura untuk Fatima. Malah sifat keibuan Fazura terserlah dengan menyiapkan kelengkapan awal Fatima.
Beberapa pek makanan dan bekalan snek untuk Fatima turut dikongsikan serta disiapkan lebih awal. Semuanya demi untuk memastikan Fatima cukup makan dan mood yang baik sepanjang percutian.
Berita gembira tersebut disampaikan menerusi laman instagramnya.
Menurut Izreen, dia bersyukur atas segalanya dan turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan buat dirinya dan juga bayi.
“Syukur alhamdulillah.. lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami.. terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby”
(Followers Pa&Ma nak cari barang untuk anak boleh klik SINI)
Walau bagaimanapun wajah bayi serta nama bayi masih belum didedahkan kepada umum buat masa sekarang.
Rata-rata rakan selebriti dan juga warga maya mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata buat Izreen sekeluarga.
Izreen azminda mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhamad Radzi atau Ude pada tahun 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim (2 tahun) dan bayi yang baru sahaja dilahirkan petang tadi.
Sebelum ini Izreen pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Riza namun berakhir pada tahun 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Manakala Ude pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liyana dan dikurniakan 2 cahaya mata lelaki namun perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2018 setelah hampir setahun bermadu bersama Izreen.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kepada Shahrol Shiro, pelawak terkenal, Hana Anna memohon doa ramai agar anaknya yang baru berusia 9 bulan agar diberikan kesihatan yang baik setelah doktor mengesahkan anaknya menghidapi penyakit buah pinggang kronik.
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak disahkan tiada buah pinggang di sebelah kanan dan di sebelah kiri pula buah pinggang anaknya semakin membengkak.
Assalammualaikum. Anna mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak Anna. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami. Mana tahu atas sebab doa kalian ALLAH angkat dan makbulkan doa kalian untuk anak Anna.
Doctor dapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada. Manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri bengkak. Ismail kene dapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan Ismail hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak. Anna mohon atas jasa baik kalian, doakan lah untuk anak Anna. Selitkan nama anak Anna dalam setiap solat dan doa kalian. Semoga ALLAH balas semua jasa baik kalian.
Doakan Anna kuat. Luluh hati Anna bila tengok Ismail sakit. Sayu bila pandang muka Ismail. ALLAH. Ya ALLAH😭😭.
Menurut Anna, naluri sebagai ibu merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana anak keduanya sentiasa tidak sihat walaupun secara fizikal bayi ini ceria dan nampak sihat.
Dia selalu demam on off, kalau tengok secara fizikal dia macam sihat sahaja tapi naluri ibu. Kita rasa macam ada tak kena
Apabila tengok dia asyik tak sihat, kami bawa dia bertemu pakar dan buat pemeriksaan lebih menyeluruh.
Sekarang Ismail dimasukkan ke sebuah hospital di Johor dan sedang menerima rawatan antibiotik.
Rata-rata rakan artis dan juga warga maya mendoakan kesihatan buat baby comel ini. Semoga Ismail diberikan kesihatan berpanjangan.
Shahrol dan Anna berkahwin pada 18 Mac 2016 dan dikurniakan 2 cahaya mata lelaki, Iskandar Rizqi (4 tahun) dan Ismail Rifqi (9 bulan).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Farhatul Fairuzah, Johan Qariah Antarabangsa Genggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah, Raih CGPA 3.90. Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut, dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).