Tahniah diucapkan kepada pelakon, Dayana Roza yang telah pun selamat melahirkan bayi lelakinya pada Sabtu lagi.
Anak kedua Dayana seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan tepat jam 1.56 pagi Sabtu di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.
Melalui perkongsiannya, kata Dayana, dia yang sepatutnya melahirkan bayinya itu pada 17 Januari ini terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kontraksi lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 17 Januari ini tetapi saya dah mula rasa sakit sejak Jumaat dan terus masuk hospital.
“Saya juga perlu jalani pembedahan kecemasan sebab bukaan tak luas dan doktor periksa keadaan jantung bayi lemah.
Ads
“Syukur semuanya berjalan lancar dan bayi dalam keadaan baik. Sekarang ini masih rasa sakit selepas pembedahan,” katanya berkongsi.
Pun begitu kata Dayana lagi, dia bersyukur kerana segala persiapan untuk ke hospital telah dilakukan lebih awal.
“Mujur persiapan semua sudah dilakukan. Jadi kalau bersalin awalpun semuanya sudah tersedia. Tak sangka pula baby yang ini tak sabar nak keluar awal,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, Dayana mendirikan rumahtangga bersama Adale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahata mata perempuan, Astrid Raheeya yang kini berusia dua tahun.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Pernah tular hilang enam ahli keluarga dalam kemalangan jalan raya, Abdur Rahman kini sambung pengajian. Abdur Rahman Amir Ruddin, 20 dan adik lelakinya Abdullah Amir Ruddin,16, kisah dua beradik ini pernah tular apabila dilaporkan kehilangan enam ahli keluarga dalam satu kemalangan yang berlaku Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.
Sudah setahun berlalu kisah duka itu namun namun masyarakat masih mengikuti perjalanan hidup remaja lelaki, Abdur Rahman.
Terbaharu, Abdur Rahman dilaporkan melanjutkan pengajian di Universiti Islam Selangor.
Menerusi perkongsian ibu saudaranya di akaun TikTok tinienie4, Abdur Rahman melaporkan diri ke sebuah institusi pengajian terletak di Bandar Seri Putra, Kajang.
“Bismillahirahmanirahim.. Semoga apa yang dicitakn tercapai nanti. Semua pun mendoakan yang terbaik buat kamu. Jaga diri baik-baik, Aman (Abdur Rahman),”tulisnya.
Difahamkan, Abdur Rahman mengambil jurusan pengajian bahasa Al-Quran.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa syukur serta memberikan ucapan tahniah kepada Abdur Rahman yang mesra disapa Aman.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, 1 September tahun lalu, Abdul Rahman kehilangan ibu bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43, selain empat adik-beradik iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.
Ibu bapa kadangkala tidak dapat mengelakkan diri daripada memarahi anak terutama apabila anak bersikap nakal. Belum ditambah jeritan dan pekikan anak-anak bergaduh. Naik pening dibuatnya.
Keletihan badan dan minda membuatkan ibu-ibu mudah naik angin. Yang jadi mangsa anak-anak. Bayangkan jika setiap hari anak dimarahi kerana situasi ini, sudah tentu tidak baik untuk perkembangan emosi mereka.
Dalam satu perkongsian Dr Siti Ujila Official, seorang pensyarah dan juga penulis buku keibubapaan sebelum ini pernah berkongsi tip membantu para ibu menangani situasi ini dengan betul.
“Sebagai manusia, emosi kita tidak menentu. Kadang balik rumah dengan kepala yang kusut, ‘bateri’ tenaga tinggal 10% dan perlu di ‘charge’ segera. Masalahnya baru saja nak charge, rumah sudah terlebih dahulu dilanda ribut taufan. Tuan-puan pun boleh teka apa yang jadi selepas itu.
“Dalam hidup ini, kita cuba melakukan yang terbaik dan bekerja keras namun terkadang kita lupa apakah sebenarnya yang kita inginkan. Jawapannya ada pada ayat ini yang sangat terkesan di hati:
““Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu” Surah Al Fajr ayat 27-30
“Ya Allah, bila baca ayat ini, seolahnya Allah beritahu “whatever you do, all you really want adalah jiwa yang tenang”.
“Jiwa yang apapun masalah yang datang dalam hidup, orang kata ‘dalam hati ada taman’. Subhanallah, rupanya Allah dah bagi jawapannya dalam Quran. Kita kerja keras, kita besarkan dan didik anak-anak, kita bersolat mengaji, kita bersilaturrahim, semuanya untuk kita mencapai satu pekara:
“Jiwa yang tenang. Hati yang redha dan diredhai. Izinkan saya berkongsi beberapa tip yang mungkin boleh digunakan. Tip yang saya amalkan dan alhamdulillah bonding saya dengan anak-anak kuat walaupun ada masanya saya jadi cikgu disiplin yang garang.
CUMA LIMA TIP INI:
Saya percaya, tip ini bukan perkara baru. Sekadar satu perkongsian yang moga-moga bermanfaat buat saya dan para pembaca:
1. Peganglah jawapan yang Allah berikan itu saat kita melangkah kembali ke rumah selepas seharian bekerja. Katakan dalam hati: “I am going to see my loved ones. This is our happy moment“. Kalau boleh, tampal nota di mana-mana sebagai friendly reminder.
2. Happy moment bukan bermaksud kita tak marah anak. Jika kita perlu tegur kesalahannya, ia mesti dilakukan dan pastikan anak-anak sedar kesilapannya.
3. Tapi bila mood kita OK, ambillah peluang itu sehabis baik untuk katakan pada anak “Sayang mama kat kakak”. Sambil makan bersama atau tengok tv, peluk anak atau sesekali usap kepalanya sambil kita katakan “Sayang anak mama ni”.
Walaupun anak kita masih leka menonton tv saat itu, tapi sebenarnya kata-kata kita itu sampai ke hatinya hingga ia tahu yang ‘mama sayang saya’
4 Bila anak buat perkara yang baik yang menggembirakan kita walaupun sekadar menolong kita mengambil telefon di tingkat atas, pujilah dia sehabis baik “Baiknya anak mama ni, thank you sayang tolong mama. Good sayang. Mesti Allah sayang kakak kan sebab tolong mama ni” sambil picit pipinya yang comel atau hidungnya yang cute.
5. Carikan satu aktiviti yang kita boleh lakukan bersama dengan anak-anak yang boleh buat kita gelak-gelak bersama. Tanpa perlu keluarkan wang dan tanpa perlu keluar dari rumah.
Contohnya, saya dan anak-anak suka bermain ‘dinasour’ di mana saya akan jadi dinasour yang akan mengejar anak-anak sampai mereka berlari lintang pukang sambil ketawa tak kering gusi dibuatnya.
Saya suka sangat momen ini. Dapat buat 10 minit pun sudah cukup menggembirakan anak. Abahnya pula suka bermain ‘horse’. Abah duduk di kerusi, kemudian anak-anak duduk di kaki abah. Konon-konon masukkan duit syiling 50 sen, tiba-tiba horse bergerak (kaki abah) dan mereka punyalah suka (walaupun bergerak setempat).
Supaya, walaupun ada masanya kita marah…ada masanya kita kurang sabar melayan karenah anak-anak, tapi anak tahu yang kita sayangkan mereka. Kerana ada masanya kita tergelak bersama. Ada masanya kita memeluk dan memujinya.
Tip di atas adalah antara elemen dalam Teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku). Apabila kita melakukannya, secara automatik kita sendiri akan jadi mak ayah yang “full of love“. Kita yang terlebih dahulu akan menjadi ibu bapa yang mudah menunjukkan kasih sayang, hanya dengan satu teknik yang santai.
Para peminat masakan, bersoraklah! BRUNO Malaysia, jenama peralatan gaya hidup terkenal yang berasal dari Jepun, kini membuka kiosk rasmi mereka di The Gardens Mall, Kuala Lumpur! Kiosk ini menawarkan pelbagai peralatan premium yang akan memeriahkan pengalaman memasak harian anda dengan ciri-ciri yang pelbagai, mudah dan mesra pengguna.
BRUNO terkenal dengan produk inovatif dan bergaya, yang direka untuk memperkaya kehidupan dengan kepelbagaian dalam setiap peralatan. Semua produk ini memenuhi keperluan memasak dengan mudah melalui kawalan yang mesra pengguna, menjadikan pengalaman memasak lebih lancar.
Jordan Chin, Ketua BRUNO Malaysia di Oliyaya Sdn Bhd, berkongsi, “Kami sangat gembira melancarkan kiosk rasmi kami di Kuala Lumpur, menjadikan produk premium kami lebih mudah diakses oleh pelanggan yang mementingkan kepelbagaian, kemudahan, dan keanggunan di rumah mereka. Di BRUNO, kami ingin menjadikan memasak lebih daripada sekadar rutin; kami mahu produk kami menyatukan orang di atas hidangan yang sedap dan tanpa tekanan.
Produk BRUNO, yang diperkaya oleh rekaan dan kemahiran Jepun, membantu orang ramai mencipta pengalaman memasak yang mudah dan menyeronokkan. Kini, pelanggan boleh mencapai pengalaman ini dan mengubah dapur mereka dengan pelbagai peralatan kami dengan melawat kiosk baru kami di The Gardens Mall.”
Sama ada anda seorang yang sibuk dan memerlukan makanan berkhasiat buatan sendiri atau seseorang yang ingin menyediakan hidangan lazat untuk keluarga, peralatan BRUNO membolehkan anda dan orang tersayang mencipta hidangan yang menggugah selera dengan mudah dan bergaya.
Dengan BRUNO, anda boleh memanggang, mengukus, dan membakar hampir apa sahaja yang anda impikan, kerana setiap produk adalah pelbagai guna, membolehkan anda mencipta pelbagai hidangan setiap kali digunakan.
Setiap peralatan juga datang dengan gaya yang tersendiri, dipengaruhi oleh akar Jepun jenama ini, yang akan sesuai dengan estetika dapur moden anda. Peralatan ini dilengkapi dengan kawalan intuitif yang memudahkan setiap sesi memasak, memastikan proses memasak anda menyeronokkan dan bebas tekanan sambil memberi inspirasi untuk hidangan yang kreatif dan lazat.
Antara produk yang ditawarkan oleh BRUNO adalah BRUNO Hotplate yang tersedia dalam saiz Grande dan Compact untuk memenuhi keperluan pelbagai saiz kumpulan, BRUNO Grill Sand Maker yang sempurna untuk mencipta sandwic hingga waffle, dan BRUNO Steam & Bake Toaster yang boleh membakar roti, pizza dan banyak lagi di atas roti yang dipanggang dengan sempurna.
Kiosk rasmi BRUNO kini dibuka di T-K06, Tingkat Tiga, The Gardens Mall, Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat dan lihat sendiri kehebatan peralatan BRUNO ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!