Selalu orang kata, dalam dunia ada tujuh orang yang mempunyai wajah sama atau seiras dengan kita. Bagaimanapun sejauh mana orang melihat kita dan membandingkan dengan individu berkenaan semua itu terpulang pada tafsiran masing-masing.
Menerusi laporan mStar Online, seorang wanita yang juga ibu kepada seorang cahaya mata lelaki menjadi perhatian ramai di media sosial apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon dan usahawan popular Fazura.
Menurut laporan mStar Online, wanita tersebut Ellya Farahanny Ridzuan tidak menyangka tiba-tiba menjadi tular sekali gus meraih puluhan ribu pengikut di aplikasi TikTok.
“Saya terkejut dan gembira sebab ada ramai followers. Pada masa sama rasa takut juga, biasalah netizen masing-masing ada pendapat berbeza.
“Jujurnya, saya tak biasa dengan exposure macam ni. Tapi alhamdulillah, saya cuba membiasakan diri,” kata wanita yang mesra disapa sebagai Elle itu.
Ads
Bercerita lanjut, wanita berusia 20-an itu pada mulanya tidak menyedari memiliki wajah seiras Fazura sehingga ditegur oleh rakan-rakannya.
“Bila orang kata saya macam Fazura, barulah saya tengok kat cermin, Ada sikit kot, tapi setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza.
“Pasal suara tu taklah sama sangat. Mungkin orang mendengar cara saya bercakap. Saya bukan tiru Fazura…
“…saya hanya menjadi diri sendiri,” ujar Elle mengusahakan agensi pemasaran bersama suaminya, Muhammad Firdaus Zakri.
Ads
Elle menganggap persamaan tersebut sebagai anugerah Allah SWT selain penghargaan orang ramai.
“Sudah tentu dalam hati berbunga-bunga. Fazura kan top artis Malaysia dan pernah dilabel sebagai wanita Melayu paling cantik di Malaysia.
“Pada masa sama saya malu. Saya bukan siapa-siapa, bukan pelakon. Saya bukan saudara-mara dengan Fazura, tiada pertalian pun,” kongsinya yang memberitahu ada banyak tawaran yang diterimanya seperti mempromosikan produk, tapi masih pertimbangkan kerana mahu fokus pada bisnes stik.
Ads
Selain itu, Elle juga teringin untuk bertemu dengan Fazura. Belum pernah jumpa dia,” tambahnya lagi.
Bahaya memang ada dimana-mana walau kita kadang sudah beringat dan berhati-hati. Seperti yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berdepan dengan detik cemas apabila secara tiba-tiba ditarik seorang lelaki ketika bersama wanita dipercayai ibunya di sebuah restoran.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Afrika Selatan. Dalam video tular, kelihatan pelaku tiba-tiba muncul dari sebalik penghadang restoran sebelum cuba ‘merampas’ mangsa yang duduk bersama ibunya.
Susulan itu, terjadi pergelutan antara pelaku dengan ibu mangsa serta seorang lelaki yang cuba membantu. Nasib menyebelahi kanak-kanak berkenaan kerana berjaya diselamatkan manakala pelaku telah ditahan orang awam.
Menurut The South African, kejadian dipercayai berlaku pada Khamis, 10 September yang lalu di Florida, Johannesburg.
Memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan, Kapten Kay Makhubela, laporan telah dibuat pada 5 petang hari kejadian.
“Dikatakan bahawa pada 10 September sekitar 5 petang, pengadu berada di sebuah restoran pizza bersama anaknya yang berusia 4 tahun ketika seorang lelaki tidak dikenali datang dan menarik anaknya seolah-olah ingin mengambil kanak-kanak tersebut,” kata Makhubela.
“Ibu dan anaknya menjerit dan dengan bantuan pemilik kedai serta penduduk setempat, suspek berjaya ditahan,” katanya.
Suspek yang berusia 24 tahun dilaporkan telah dihadapkan ke mahkamah pada pagi 11 September (Jumaat).
Kena sentiasa berhati-hati walaupun anak depan mata, kejadian seumpama ini boleh berlaku. Moga anak-anak kita dilindungi dan sentiasa dalam Lindungan Yang Maha Kuasa.
Sumber: Siakap Keli
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Khairul Aming diberi kebenaran ambil barang di Mydin bantu mangsa banjir. Situasi banjir di Kelantan semakin kritikal. Terpanggil membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir, pempengaruh, Khairul Aming turun padang memberi bantuan.
Khairul Aming Diberi Kebenaran Ambil Barang Di Mydin Bantu Mangsa Banjir
Dalam pada itu, syarikat pemborong dan peruncit terkenal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) telah mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan Khairul Aming bagi meneruskan pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin memberi jaminan untuk membenarkan usahawan itu mengambil barangan di premis miliknya bagi membantu rakyat terkesan.
“AWAK BOLEH AMBIL BARANG SEBERAPA BANYAK AWAK NAK, TAK PERLU HANTAR ORANG ATAU KAD KREDIT, 20,000 ATAU 100,000, NANTI SELEPAS BANJIR AWAK BAYARLAH,” KATANYA.
Situasi banjir yang dilihat semakin kritikal melanda negeri Kelantan sehingga mencecah hampir 100,000 mangsa.
Ia mendapat perhatian ramai sehinggakan pempengaruh media sosial dan beberapa usahawan tempatan termasuk Khairul Aming turun padang membantu mangsa banjir.
Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menerusi Instagram miliknya memaklumkan sebaik tiba di Kelantan pada Sabtu, dalam tempoh dua jam dia berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.
Dalam pada itu, pihak Mydin turut memberikan sumbangan berbentuk barangan kepada mangsa.
Gelagat pasangan selebriti, Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia tidak pernah membosankan. Ada sahaja aksi pasangan ini yang mencuit hati ramai dengan gelagat mereka.
Datuk Fizz Fairuz yang terkenal dengan sifat lucu dan suka menyakat isteri kali ini turut membuatkan ramai yang ketawa berdekah.
Aksi dan celoteh Fizz yang merawat isterinya ketika sedang sakit buat ramai yang terhibur.
Baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang cyst serta kandungan luar rahimnya, Almy turut ketawa tanpa henti saat disakat suaminya yang tampil sebagai seorang doktor ketika merawatnya di rumah.
Tidak hanya membawa ubat-ubatan ketika merawat bahkan suami kepada empat orang cahaya mata ini tampil lengkap berpakaian ala doktor yang lengkap tertulis namanya sendiri.
“Saya masuk dulu, assalamualaikum. Jangan terkejut eh, kita cuma nak tahu mana urat,” seloroh Fizz yang hanya menggunakan peralatan berupa permainan anaknya.
Malah Fizz juga turut muncul dengan lengkap berpakaian sut PPE khusus buat isterinya.
Gurauan dan gelagat Fizz sudah semestinya dipuji wargamaya malah ramai yang menyifatkan Fizz sebagai seorang suami yang pandai mengambil hati dan menceriakan isteri yang sedang sakit.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.