Panik, terkejut dan menggigil satu badan. Itu antara reaksi spontan bila tengok anak tiba-tiba tidak sedarkan diri dan muka jadi biru dan tak bernafas.
Situasi ini bukan drama semata, tapi realiti yang dah berlaku pada ramai ibu ayah. Dalam saat cemas seperti ini, satu saja ilmu yang boleh menjadi penyelamat nyawa adalah Teknik CPR.
Ramai ibu ayah tiada kesedaran untuk belajar teknik CPR ini kerana merasakan ia adalah tugas doktor saja. Tapi sebenarnya, bila anak tiba-tiba tak sedar diri, kita tak boleh tunggu 5 hingga 10 minit untuk bantuan sampai. Nyawa anak dalam tangan kita sendiri.
Kalau tahu langkah-langkah asas CPR untuk bayi dan kanak-kanak, insyaAllah kita boleh bantu anak sebelum apa-apa jadi lebih teruk. Untuk mak ayah, apa kata ikuti perkongsian dari Dr. Nursaidah Md Said dari Klinik Myfamily, Johor Bharu yang berkongsi teknik CPR.
Tanda bahaya mak ayah kena aware
* Bayi tiba-tiba batuk kuat atau senyap lepas menyusu
* Muka berubah jadi biru, terutama sekitar bibir dan hujung jari
* Badan lembik dan tak beri respon bila dipanggil dan ditepuk badan dan kakinya.
* Nafas tersekat-sekat atau terhenti langsung
Ads
Jangan tunggu lama, terus mulakan CPR jika anak tidak bernafas dan tak sedarkan diri!
Langkah asas CPR untuk bayi & kanak-kanak
Menurut perkongsian Dr Nursaidah lagi menerusi video Dunia Bayi Pa&Ma, ibu dan ayah juga perlu mempunyai ilmu untuk mencuba lakukan CPR. Namun jangan takut.
1. Muka anak biru dan tak respond, panggil nama anak, tepuk tapak kaki dan tepuk bahunya.
2. Cari lantai yang rata dan letak anak di atas lantai.
3. Bukak baju bayi, cari nipple line anak untuk buat tekanan.
4. Gunakan dua jari atau dua ibu jari untuk buat tekanan pada dada.
Ads
5. Letak dua jari dan mulakan 30 kiraan, kedalaman 1 inci setengah dan hembus pada mulut.
6. Tegakkan dagu bayi dan hembus kuat pada mulut 2 kali.
7. Ulang langkah (5 & 6) sehingga 5 kali pusingan.
8. Pusing dan iringkan bayi bila bayi menunjukkan petanda yang baik. (muka akan berubah jadi pink, mula batuk)
Ads
Tambah Dr Nursaidah lagi, untuk kanak-kanak boleh menggunakan satu tangan sahaja pada bahagian atas dada.
* Untuk bayi bawah 1 tahun: Gunakan dua jari, tekan dada sebanyak 30 kali dan beri 2 hembusan nafas mulut ke mulut-hidung.
* Untuk kanak-kanak: Gunakan satu tangan atau dua jika perlu
Ulangi sampai bantuan sampai atau anak mula bernafas semula.
Sayang anak bukan sekadar beri makan, pakaian dan kasih sayang. Sayang anak juga bermaksud kita sanggup ambil tahu dan sedia bertindak bila anak dalam bahaya.
CPR mungkin nampak remeh, tapi bagi anak yang tiba-tiba tidak sedarkan diri, CPR adalah harapan terakhir.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain mengukuhkan ikatan antara bayi dengan ibu, melakukan urutan pada bayi dapat memberi ketenangan dan membantu tidur yang lena. Walaupun mengusap badan secara perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut atau losyen ia dah cukup memadai.
Urutan bayi merangkumi pelbagai teknik urut yang merangkumi komponen seperti komunikasi, “eye contact” dan juga memberi pelbagai kebaikan dari segi kesihatan dengan membantu melancarkan peredaran darah.
Ada juga pendapat menyatakan urutan boleh mengurangkan jumlah penyakit yang dihidapi bayi dan mengurangkan keperluan untuk berjumpa doktor.
Jika ada masa, ibu boleh jadikan sebagai rutin. Contohnya pagi-pagi lepas mandi urutkan bayi macam ni. Lepas urut bayi akan mudah tidur tau. Tak percaya boleh cuba.
Rutin ini juga akan buat bayi akan selesa, kurang merengek dan boleh elakkannya alami kembung perut.
Sementara itu, menurut perkongsian di page Hello Doktor, kaki baby anda terbahagi kepada zon yang berbeza.
Dengan memberi urutan lembut di kawasan tertentu, anda akan dapat menenangkan dan melegakan rasa tidak selesa di samping dapat merapatkan ikatan hubungan dengan bayi anda
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Barli jika nak rebus ada caranya, barulah bila minum rasa sedap. Stok barli ini elok kalau kita sediakan saja dalam peti sejuk supaya boleh diminum pada bila-bila masa saja.
Bagaimanapun untuk mendapatkan khasiat barli yang sepenuhnya kenalah rebus dan ambil cara yang betul supaya dapat khasiatnya. Kaya dengan serat, barli mampu mengawal gula dalam darah, menurunkan paras kolesterol selain membantu menurunkan tekanan darah.
Barli Kalau Nak Rasa Sedap
Dikongsi oleh Mastura Rashid ini cara masak barli dan pengambilan yang boleh dipraktikkan.
Barli penuh khasiat, ini cara masak dan makan barli yang boleh dipraktikkan.
Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum. Kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap dah kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.
Cara Rebus Ada Tekniknya
1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam supaya lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
Sejak kecil lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur. Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.
Boleh masuk dalam nasi juga
Kakak ipar yang berbangsa Korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser. Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1 iaitu 2 pot beras, 1 pot barli.
Rendam dulu barli ya bagi lembut dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. Insya-Allah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Sumber: Mastura Rashid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kenapa bahagian belakang kepala bayi saya ni meleper?” Ramai ibu yang bertanya soalan ni semasa di klinik.
Menurut Dr Redza Zainol, ada bayi yang bentuk kepala mereka semasa lahir cantik bujur, tapi selepas beberapa bulan mula menjadi leper terutama di bahagian belakang kepala.
Inilah yang dipanggil sebagai Flat Head Syndrome. Puncanya disebabkan oleh bayi banyak diletakkan dalam posisi menelentang semasa tidur di atas tilam dan juga semasa mereka berjaga.
Bayangkan, mereka sentiasa ada dalam posisi menelentang dari pagi sampai ke malam. Jadi tekanan pada tulang kepala bayi yang lembut tu menyebabkan bentuk kepala berubah.
Saya cadangkan 3 jenis aktiviti ni untuk kurangkan Flat Head Syndrome ni. Kalau diamalkan, bila bayi tu berumur 1-2 tahun, bentuk kepala insyaAllah jadi cantik semula.
✅ Tummy to tummy
Lepas bayi lahir dah boleh letak bahagian perut bayi bersentuh pada perut/dada ibu yang sedang baring.
Kredit: Google
Sambil tu boleh pandang mata anak lama-lama. Bonding time antara ibu dan anak. Ayah pun boleh buat juga.
✅ Lap time
Baringkan bayi pada peha kita dengan bahagian perut bayi menyentuh peha ibu.
Kita support sikit kepala bayi dengan tangan atau kaki kita. Boleh teruskan sampai bayi tertidur.
✅ Side lying
Kita letakkan bayi dalam posisi mengiring. Letak gulungan kain di belakang bayi supaya bayi kekal dalam posisi mengiring.
Boleh juga letak alas kepala supaya bayi selesa. Tangan dan kaki bayi berada di depan badan bayi.
Kredit: Google
3 waktu sesuai untuk buat 3 aktiviti ni ialah :
– Selepas bayi bangun tidur
– Selepas bayi mandi
– Selepas tukar lampin bayi
Setiap aktiviti boleh dibuat selama 10-15 minit untuk setiap sesi. Lepas tu, bayi selalunya dah mula menangis sebab penat.
Setiap kali buat aktiviti ni, ibu bapa perlu pantau dengan rapi ya. Handphone letak jauh, fokus hanya pada anak. Pegang dan belai dia. Tengok mata dia. Peluk dia, sayang dia.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aura Bang Aji memang luar biasa! Kenali kisah comel Muhammad Aniq Redzuan, si kecil berbakat dan penuh pesona yang mencuri perhatian ramai dengan keletahnya yang mencuit hati.