
Sementara anak membesar, macam-macam boleh berlaku jika terleka sekejap. Begitulah pengalaman yang dilalui oleh pelakon, Datin Zizie Izette setelah salah seorang anak kembarnya Aaleph Zeke Izzete telah mengalami kecederaan di wajahnya akibat terlanggar bucu meja.
Kemalangan itu menyebabkan sebelah kanan wajahnya termasuk mata membengkak kebiruan.
“Pipinya terlanggar dengan bucu meja di rumah semalam dan pagi ini dia bangun dengan wajah yang bengkak serta mata kebiruan.
“Kesian anak mommy. Tapi tak apa, Aaleph is a strong boy,” tulisnya.
Zizie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik keadaan wajah anaknya itu.
Menceritakan kemalangan tersebut, ia berlaku kerana kecuaian pembantunya di rumah.
Disebabkan kejadian tersebut, Zizie telah menyimpan semua meja dirumahnya demi keselamatan anak-anaknya.
“Walaupun ada berlaku kecuaian pekerja time mommy tak ada, mommy akan simpan semua table yang ada kat rumah.
“Kita cuba elakkan lagi dari sebarang kemalangan berlaku walaupun kadang-kadang ada yang kita tak dapat nak elak. #itseverymommysnightmare” katanya lagi.
Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia Sembilan bulan.
Sumber: ig Zizie Izzete
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mama Abah Hampir Kehilangan Harraz.” Ibu Ini Luah Rasa Syukur Allah Bagi Peluang Kedua

Isi Kandungan
ToggleBayangkan bagaimana perasaan ibu ayah ini yang hampir kehilangan anaknya. Sekelip mata sahaja mereka diuji.
Syukur alhamdulillah kerana Allah bagi peluang kedua untuk mereka sekeluarga. Ikuti pengalaman sedih dilalui oleh Puan Farah Rahim yang hampir kehilangan anak tersayang gara-gara batuk berkahak!
Assalamualaikum harini baru mama ada kekuatan untuk cerita apa yang jadi pada 17/3.
17 Mac 2018 – lebih kurang pukul 3 harraz tetiba ja nafas dia bunyi kahak kuat sangat, nafas pun laju perut berombak.
Mama abah terus bawak harraz pergi klinik. Kat sana 3 kali kena neb still same dan doc advice terus pergi hospital.
Masa otw pergi hospital, harraz merengek nafas semakin laju dan tiba-tiba harraz macam lembik dengan mulut biru, mata ke atas, Mama panggil pun dah tak respond at the same time perut semakin laju.
Sampai hospital terus tolak masuk dlm zon kritikal. Dalam tu doc cuba macam-macam neb tapi still same, nasib masa tu doc pakar ada lagi.
Mama ni dah macam luruh jantung tengok harraz macam tu. Lastly doc intubate harraz dan terpaksa bagi ubat tidur. Tapi intubate manually sebab tak ada mesin ventilator. pH darah semakin menurun dari 7.4 ke 7, doc cakap kalau turun lagi bawah 7 maybe harraz dah tak ada.
Harraz Makin Tenat
Mama rasa macam nak mati je time tu. Air mata terus mengalir macam paip. Keadaan harraz tersangat-sangat tenat.
Doc try sedaya upaya untuk selamatkan anak mama sebab intubate, doc suruh mama panggil harraz. Tak henti-henti mama panggil tapi harraz dah tak respond kat mama.
Doc suruh mama duduk luar. Kat luar tak henti-henti mama nangis dah macam tak tentu arah dah, kaki tangan semua dah macam tak pijak kat bumi.
Doc cakap harraz betul-betul tenat, masa dah dekat pukul 11 malam tapi still tak stabil. Doc call semua hospital yang ada PICU, sebab kat HKB tak ada mesin ventilator (alat bantuan pernafasan).
Saluran paru-paru harraz dah terlalu sempit sangat untuk dia bernafas so terpaksa bergantung pada mesin ventilator untuk support dia. Semua hospital sampai ke utara Perlis PICU dah penuh.
Sekelip Mata Harraz Terbaring Tak Sedar Diri
Hati mama ni tak berhenti-henti berdoa. Lastly Hospital Ipoh ada katil kosong untuk harraz.
Doc terpaksa tunggu keadaan harraz stabil untuk di transfer ke PICU Hospital Ipoh. Tapi anak mama tak stabil, tersangat kritikal dan risiko untuk perjalanan yang jauh ke Ipoh. Allahuakhbar
Doc suruh mama abah pergi ke sana dulu. Betapa sedihnya mama tak boleh nak naik ambulans dengan harraz. Doc pakar terpaksa follow sampai ke sana.
Dalam pukul 3.30 pagi mama abah sampai Ipoh, tapi mama tunggu harraz tak sampai-sampai lagi.
Ya Allah betapa risaunyaa mama, tunggu punya tunggu tengok-tengok harraz sampai pukul 4 pagi, terus ditolak ke PICU, Alhamdulillah sepanjang perjalanan harraz tidur lena.
18 Mac 2018 – Mama dengan abah tunggu pagi ni untuk tahu perkembangan harraz. Doc pakar cakap saluran paru-paru harraz sama juga still tak sempat walaupun dah diberi ubat yang kuat untuk lapangkan saluran dia. Allahuakhbar, beratnya hati mama dengar.
Mama tenung harraz. Dengan sekelip mata je harraz tidur tak sedar diri macam ni dengan wayar penuh 1 badan.
Betul ke harraz anak mama ni. Macam tak percaya yang ni anak mama yang terbaring macam ni.

Siang malam mama berdoa semoga harraz kuat untuk lawan. Mama tau anak mama seorang yang kuat semangat. Ramai sangat yang datang dari jauh untuk jenguk harraz.
Hebatnya seorang ibu tanggung semua Ujian Allah ni terhadap anak mama. Dua hari mama tak makan tak minum tapi mama kuat, mama kuat sebab anak mama pun kuat.
Melepasi Tahap Kritikal
20 Mac 2018 – Alhamdulillah keadaan harraz semakin baik, doc dah kurangkan ubat tidur harraz. Doc decide untuk extubate harraz.

Alhamdulillah leganyaa mama. Doc dah cabut bantuan pernafasan harraz. Indahnya dunia mama dapat dukung harraz, dpt tengok harraz bukak mata.
Malam ni mama dibenarkan bersama dengan harraz di wad. Harraz diam je tak banyak cakap, rengek-rengek ja.
Memang lemah sangat sampaikan nak angkat tangan pun tak larat sebab kesan ubat tidur banyak sangat kat harraz. Tapi setiap 4 jam nurse akan buat suction untuk sedut kahak harraz.

Hari ke-6 baru la nampak harraz aktif sikit. Tapi still tak mau gelak-gelak main-main dengan mama. Hari ke-7 baru harraz boleh discaj. Seronok sungguh dia dapat main.
Punca Sebenar Haraz Sakit
Actually, harraz batuk kahak since masa lepas kenduri akikah 3/2. Tapi on off jugak la sampai 2 kali kena admit. Dah sebulan lebih nafas berbunyi kahak tu.

Banyak sebab harraz batuk kahak. Tahun lepas rumah mak renovate time tu pun dah banyak sangat harraz, dan persekitaran yang tak elok dengan asap rokok.
Lepas ni biar la orang nak kata cewi anak ka apa ka, mama dah elakkan untuk bawak harraz tempat-tempat yag terbuka, tempat orang ramai.
Lepas ni dah tak boleh la kerap nak bawak harraz pi pasar malam ka, uptown ka, expo mana-mana ka, makan kat luaq, terdedah dengan segala asap-asap, bulu kucing dan habuk-habuk. Mama abah memang ada asma, dan now kena jaga anak yag dah ada asma.
Now alhamdulillah, nafas berbunyi tu terus tak ada, kahak pun dah kering. Mama abah nak jaga harraz betul-betul dan bagi sepenuh perhatian.

Segala barang perabot dalam rumah lantai semua abah cuci-cuci dengan dettol. Rumah kena sentiasa bersih tak mau ada habuk-habuk, baju mainan harraz semua dibasuh dengan dettol. Botol susu 2 hari sekali kena rebus.
Doakan harraz sihat walafiat lepas ni. Mama bawak jugak harraz jalan-jalan tapi dalam keta ja heheheh. Sekali sekala boleh la.
Segera Rawat Kalau Anak Batuk Berkahak
So jaga la anak-anak jangan terlalu dedahkn anak dengan dunia luar, tambah-tambah tempat yang ramai orang, dekat playground. Kat luar sana banyak sangat penyakit. Beringat dulu sebelum kena.
Mama abah sayang Harraz Faliq bin Hilman Izzat, semoga anak mama abah sentiasa terus sihat.
Sekarang harraz dah kena pakai inhaler coklat setiap hari. Tapi alhamdulillah, harraz nafas dah ok dah tak laju, nafas dah tak bunyi, kahak dah kering, batuk dah ok, dah terlebih aktif dia lani.
p/s take note, jangan ambil mudah bila nampak anak dah bersin batuk selesema. Sebelum jadi kahak better pergi rawat cepat-cepat. Asal dari kahak la yang jadi macam ni. Kalau dah berkahak memang susah sangat nak kering. Dah macam-macam cara mama cuba rawat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Berkhasiat & Menyusu Badan. Zizie Berjaya Turunkan 20 Kilogram Lepas Pantang

Pelakon, Zizie Izzete berkongsi cara dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa 44 hari selepas melahirkan anak perempuannya 1 Mac lalu.
Zizie, 40, berkata dia perlu kuat untuk melawan nafsu makan biarpun keadaan dalam biliknya dipenuhi dengan manisan.
View this post on InstagramA post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
Malah Zizie juga turut berpesan kepada ibu menyusu badan supaya tidak terlalu diet sehingga menyebabkan susu berkurangan dan tak berkhasiat.
“Berat naik 16 kilogram ketika hamil dan hilang hampir 20 kilogram dalam masa 44 hari selepas bersalin.
“Sudah tentu diri sendiri kena kuat tak boleh ponteng terutama ketika anda ada bilik yang dipenuhi dengan coklat.
Kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu berkongsi tip dan nasihat tersebut menerusi instagramnya.
View this post on InstagramMy sweet princess Aalisa Belle ?
A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
Zizie melahirkan anak perempuan yang diberi nama Aalisa Belle Izette dengan berat 3.32 kilogram.
Dalam pada itu, Zizie memberitahu dia sentiasa mengawal saiz dan mengira kalori makanan yang diambil setiap hari.
Kata Zizie menyusu badan juga dapat membantu membakar lemak dalam satu hari.
Saya sentiasa berlatih untuk mengawal saiz makanan dan kalori. Menyusu badan juga banyak membantu bakar lemak.
“Jadi untuk kuruskan badan selain rawatan, saya banyak bagi susu badan dan pump untuk baby.
“Dalam masa sama badan akan bakar lebih banyak kalori dalam satu hari. Memandangkan saya melalui pembedahan dan senaman bukanlah pilihan untuk beberapa bulan awal selepas bersalin,” katanya.
Zizie juga mengakui untuk tampak lebih menawan dia perlu menurunkan lagi 10 kilogram dan berharap usahanya itu berjaya.
View this post on InstagramMy children are the most precious gift & blessing from Allah. ??? #grateful #alhamdulillah
A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
Sebelum ini Zizie telah mempunyai anak lelaki kembar Aada Zac Izette dan Aaleph Zeke Izzete yang kini berusia dua tahun.
Zizie dan suaminya, Datuk Seri Bung Mokhtar juga turut mempunyai dua anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Sumber: ig Zizie Izzete & mstar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi 6 Bulan Ke Bawah Tak Perlu Air Kosong. Boleh Jadi Keracunan & Sawan

Amalan beri makan dan air kosong kepada bayi 6 bulan ke bawah mungkin masih banyak berlaku di dalam masyarakat. Mama dan papa kalau betul sayangkan anak, hapuskan segera amalan ini!
Ibu bapa dan penjaga bayi termasuk pengasuh dan ahli keluarga perlu memahami kepentingan penyusuan susu ibu dan memainkan peranan penting untuk menghapuskan amalan salah memberikan makan dan minum air kepada bayi enam bulan ke bawah.
Perlu diketahui bahawa bayi 6 bulan ke bawah sepatutnya hanya diberikan susu ibu tanpa makanan dan minuman. Penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi daripada lahir hingga enam bulan amat mustahak bagi menjamin kesihatan bayi pada tahap optimum.
4 KEPENTINGAN PENYUSUAN EKSKLUSIF KEPADA BAYI
Penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi dari lahir hingga enam bulan bermaksud tidak memberikan makanan atau minuman selain susu ibu. Penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi enam bulan ke bawah perlu dilakukan kerana;
- Kandungan khasiat dan nutrien dalam susu ibu mencukupi untuk pertumbuhan bayi sejak lahir sehingga usia enam bulan. Penyusuan susu ibu selama enam bulan tanpa makanan dan minuman lain tidak menjejaskan kadar pertumbuhan bayi.
- Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum daripada susu ibu. Pengambilan bahan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien di dalam susu ibu seperti zat besi.
- Sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang daripada enam bulan masih belum matang untuk memproses makanan daripada pelengkap.
- Enzim-enzim penghadaman yang terlibat belum tersedia sepenuhnya. Oleh itu bayi mudah mendapat cirit-birit sekiranya makanan pelengkap diberikan lebih awal.
- 4 RISIKO PEMBERIAN AIR KOSONG KEPADA BAYI 0-6 BULANBayi 0-6 bulan tidak perlukan air kosong. Amalan pemberian air kosong kepada bayi boleh mengakibatkan kesan negatif kepada kesihatan bayi. Berikut ialah empat impak buruk tabiat beri air kosong kepada bayi bawah enam bulan.
RISIKO KEKURANGAN ZAT
Pemberikan air kosong atau cecair lain (jus buah/ teh dan sebagainya) boleh mengakibatkan risiko kekurangan zat kepada bayi.
RISIKO PENYAKIT DAN JANGKITAN
Meningkatkan risiko penyakit dan jangkitan di mana air bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasillkan oleh susu ibu. Air juga boleh menjadi pembawa kuman sekiranya ia tidak bersih.
RISIKO KERACUNAN AIR
Pemberian air kosong kepada bayi bawah enam bulan boleh meningkatkan risiko keracunan air. Air yang terlalu banyak akan mencairkan garam dalam darah dan menyebabkan suhu badan turun. Bayi menjadi kembung dan menyebabkan sawan tarik.
RISIKO KEGAGALAN PENYUSUAN SUSU IBU
Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko kegagalan penyusuan disebabkan oleh kurangnya rangsangan daripada bayi.
- KEBURUKAN BERI MAKANAN & MINUMAN LAIN KEPADA BAYI 6 BULAN KE BAWAH
Bayi yang menyusu susu ibu tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kerana ia boleh menyebabkan beberapa keburukan lain. Antaranya ialah;
- Mengurangkan kesan perlindungan daripada penyusuan susu ibu.
- Meningkatkan risiko jangkitan.
- Mengurangkan keinginan bayi untuk menyusu daripada payudara ibu yang seterusnya akan menyebabkan pengurangan penghasilan susu ibu.
- Boleh mengakibatkan keliru puting.
- Risiko obesiti kepada bayi.
Artikel berkaitan: Bahaya Kalau Bayi Sawan. Tapi Jangan Panik, Mesti Tahu Apa Nak Buat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI