Sementara anak membesar, macam-macam boleh berlaku jika terleka sekejap. Begitulah pengalaman yang dilalui oleh pelakon, Datin Zizie Izette setelah salah seorang anak kembarnya Aaleph Zeke Izzete telah mengalami kecederaan di wajahnya akibat terlanggar bucu meja.

Kemalangan itu menyebabkan sebelah kanan wajahnya termasuk mata membengkak kebiruan.

Muka Anak Lebam Terlanggar Bucu Meja, Zizie Simpan Semua Meja Di Rumah“Pipinya terlanggar dengan bucu meja di rumah semalam dan pagi ini dia bangun dengan wajah yang bengkak serta mata kebiruan.

“Kesian anak mommy. Tapi tak apa, Aaleph is a strong boy,” tulisnya.

Muka Anak Lebam Terlanggar Bucu Meja, Zizie Simpan Semua Meja Di Rumah

Zizie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik keadaan wajah anaknya itu.

Menceritakan kemalangan tersebut, ia berlaku kerana kecuaian pembantunya di rumah.

Disebabkan kejadian tersebut, Zizie telah menyimpan semua meja dirumahnya demi keselamatan anak-anaknya.

IKLAN

Muka Anak Lebam Terlanggar Bucu Meja, Zizie Simpan Semua Meja Di Rumah

“Walaupun ada berlaku kecuaian pekerja time mommy tak ada, mommy akan simpan semua table yang ada kat rumah.

“Kita cuba elakkan lagi dari sebarang kemalangan berlaku walaupun kadang-kadang ada yang kita tak dapat nak elak. #itseverymommysnightmare” katanya lagi.

IKLAN

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Muka Anak Lebam Terlanggar Bucu Meja, Zizie Simpan Semua Meja Di Rumah

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia Sembilan bulan.

Sumber: ig Zizie Izzete

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI