Ibu ayah mana tak panik bila anak menangis sampai hilang suara, akhirnya senyap sendiri dan mukanya bertukar warna kebiruan, tangan terkulai dan pengsan.
Menangis memang sebahagian daripada proses tumbesaran bayi dan kanak-kanak namun jika mereka menangis sampai tahap hilang suara, muka biru dan pengsan ia adalah simptom yang sangat berbahaya.
Pengalaman pertama kali melalui situasi tersebut membuatkan seorang ibu ini, Puan Noor Faezah Ariffin berkongsi dengan semua ibu bapa betapa pentingnya tahu tentang simptom tangisan ini supaya dapat mengambil tindakan pantas menyelamatkan nyawa anak yang mengalaminya.
Pernah dengar tak budak menangis sampai hilang suara tiba-tiba muka dia terus jadi biru?
Baru 2 hari lepas terjadi dekat Zaim. Lepas berbuka, waktu tu Zaim dah penat & mengantuk. Then bawa dia masuk bilik off lampu and buka lampu tidur jela sebab nak tidurkan dia.
Tapi dia ni pantang nampak ayah dia, so dia pun bangun turun daripada katil semula untuk tunggu ayah dia solat.
Bila ayah dia siap je solat aku dengar dia gelak-gelak lagi, tiba-tiba dia jalan sikit then dia terjatuh sendiri. Jatuh tu tak la teruk mana, tapi bagi dia sakit la plus dia dah penat & mengantuk.
Time tu aku dengan Zul dah panik sebab tak pernah alami sebelum ni.
Zul tepuk-tepuk belakang badan Zaim untuk bagi sedar, tapi Zaim still tak bagi respond.
Aku dah tak keruan tengok anak terkulai depan mata. Zul cepat-cepat bawa Zaim ke bilik air & basahkan Zaim sambil tepuk-tepuk belakang badan.
Alhamdulillah Zaim bagi respond dia buka mata then baru dia start menangis , baru nampak muka dia merah.
Nak gugur jantung aku dibuatnya. Hang jangan macam tu lagi Zaim. Hilang akal mak dibuatnya. Tak lama kejadian ni, dalam 1 minit je.
Walaupun 1 ke 2 minit tapi kalau tak tahu macam mana nak bagi anak sedar, bahaya juga bila oxygen tak sampai ke otak.
Kejang Dan Lemas
Selepas kejadian tu kami bawa Zaim jumpa doctor, doctor kata ni adalah simptom ‘BREATH-HOLDING SPELLS’.
Budak yang jenis macam ni dia tak boleh menangis terlampau lama, dia akan kejang dan lemas (sebab tu muka jadi biru).
Antara punca yang sebabkan BREATH-HOLDING SPELLS ni:
1. Anak tu CEDERA, yang buatkan dia sakit teramat sangat. Tak kira la jatuh ke kena pukul ke, then dia akan menangis yang terlampau kuat sampai suara dia hilang.
2. Anak tu rasa KECEWA , maksudnya dia nak something tu dia tak dapat. Macam anak aku ni, dia akan jerit sambil teran. Cuba kau buat, macam lemas tak? Budak apa dia tahu, dia buat sesuka hati dia je.
3. Anak tu MARAH, bila perasaan dia tengah marah dah tentu-tentu dia akan menangis kadang-kadang sampai meneran sebab dia geram sangat, kau yang dah besar tu pun kuat menangis, inikan pula budak.
* 3 point ni memang ada pada Zaim.Dia kerap menangis sambil teran-teran.
Benda ni sekali anak dah kena, dia berkemungkinan akan berulang semula hingga umur 7 tahun. So hati-hati & beringatlah bila anak menangis kuat tu.
Ni peringatan untuk aku juga. Bila anak menangis tu, perhatikan dia. Jangan la dia dah menjerit kuat tu kau cakap “Haaa rasakan rasakan, nak main sangat, suruh tidur tak nak, kan dah jatuh” Kalau tak jadi apa takpela, jangan kalau dah biru muka anak baru nak menyesal.
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh try google or tengok youtube macam mana budak2 yang kena BHS ni. Aku harap orang lain pun ambil tahu hal ni mcm mana nak control bila jadi dekat anak, sebab anak aku pun tak pernah ada apa-apa problem sejak lahir tapi tiba-tiba je jadi.
Kena tahu langkah cepat nak bagi anak sedar semula sebab kalau oxygen lambat sampai ke otak boleh menyebabkan pelbagai implikasi yang lain.
Pesanlah juga dekat pengasuh kalau nampak anak nangis kuat sampai teran-teran tu terus pujuk, jangan biarkan menangis lama-lama.
Sekadar peringatan bersama.