Hari ni memang banyak kita lihat kanak-kanak yang mengalami pelbagai penyakit kronik. Kalau dahulu hanya orang dewasa yang sering dikaitkan dengan penyakit seperti buah pinggang, tapi kini kanak-kanak juga menghadapi risiko yang sama seperti orang dewasa.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Dr. Siti Sarah Aishah Suhaidi menerusi Twitternya, beliau memperjelaskan tentang sindrom nefrotik yang mana ia adalah satu keadaan buah pinggang di mana pesakit mengalami kehilangan protein dalam air kencing dan menyebabkan aras protein dalam darah menjadi rendah. Aras protein dalam darah yang rendah akan menyebabkan pembengkakan (oedema) di sekitar mata, perut dan kaki.
Penyakit ini berlaku kira-kira 2-15 kes bagi setiap 100,000 orang kanak-kanak setiap tahun.
Ibu:Doktor, anak saya ni dah seminggu muka bengkak.Kaki dia pun bengkak.Kenape ye doktor?
Dr:kencing ada berbuih x?
ibu:ada berbuih juga
Dr: tanda2 seperti kena penyakit buah pinggang sindrom nefrotik. pic.twitter.com/buQ67WpdXR— Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (@ctsarahaishah) November 15, 2019
Berkait rapat dengan sistem imun badan
Menurut doktor punca sindrom ini berlaku kepada kanak-kanak masih belum diketahui. Namun kemungkinan besar ia berkait rapat dengan sistem imun badan mereka.
Penggunaan Steroid Prednisolone untuk rawat sindrom nefrotik
menurut doktor ini juga untuk merawat sidrom nefrotik di kalangan kanak-kanak, ubat yang disarankan adalah sejenis steroid yang dikenali dengan nama prednisolone.
Tidak akibatkan kegagalan buah pinggang
Tambahnya juga untuk jangka masa panjang, ia baik untuk kanak-kanak yang memberi respon positif terhadap rawatan steroid. bagi yang sensitif kepada rawatan pula tidak perlu khuatir kerana ia tidak akibatkan kegagalan buah pinggang.
Jika ada antara anak-anak anda yang mempunyai symptom-simptom seperti ini, segeralah bawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
sumber: Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ujian Allah” Dayah Reda Kelahiran Anak Sulung Tidak Dapat Disambut Suami!
Alhamdulillah semuanya dipermudah Allah SWT. Penantian lebih sembilan bulan penuh liku tanpa suami di sisi membuatkan peminat pengacara, Dayah Bakar sentiasa memberikan sokongan padu buatnya sepanjang kehamilan.
Baru sebentar tadi, pengacara petah ini telah pun selamat melahirkan bayi lelakinya pada jam 2.23 petang di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya. Biarpun tanpa suami, Muhammad Hanif Hamidi yang ketika ini bertugas di Australia dan tidak dapat kembali ke Malaysia berikutan penularan COVID-19, namun Dayah terus kuat semangat demi bayinya yang tercinta.
Dayah mengaku reda kelahiran anak sulung tidak dapat disambut suami.
“Sebelum ini, saya fikir, pengalaman ini dapat dikongsi bersama suami di mana kami sama-sama meraikan kelahiran anak sulung. Namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan.
“Siapa mampu menduga. Ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tidak pernah terputus dan kekuatan yang diberi Allah, saya berjaya melaluinya, ” kongsinya menerusi Berita Harian.
Dayah yang selamat melahirkan anak secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Damansara Setia, Petaling Jaya, ditemani ibu tersayang, keluarga kedua-dua belah pihak dan anak saudara yang sentiasa menguatkan semangatnya.
Bukan itu sahaja, malah suami juga sentiasa memberikan semangat dan kekuatan buat Dayah menempuh tempoh bersalin. Beberapa jam sebelum bersalin, Dayah dan suami sempat berinteraksi melalui panggilan video. Malah berkongsi kata semangat agar Dayah terus kuat menempuhnya.
Sokongan suami luar biasa
“Sokongan suami dari kejauhan luar biasa. Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata. Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai detik kelahiran anaknya, pengacara Borak Kopitiam ini bersyukur segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.
“Alhamdulillah, semuanya lancar dan dipermudahkan. Insya-Allah, foto dan nama anak akan saya kongsi selepas tujuh hari,” katanya.
Suntingan penuh profesional undang sebak
Terdahulu, beberapa jam sebelum melalui tempoh kelahiran, Dayah memuat naik foto di Instagram yang disunting menampakkan mereka berada di lokasi sama, sebelum putera tersayang dilahirkan.
Perkongsian video dan gambar yang dikongsikan Dayah ternyata cukup menyentuh hati. Dayah dan suami lebih dahulu membingkas dan menyimpan koleksi gambar kenangan bersama mereka sebagai kenangan walaupun terpaksa berjauhan.
Berjauhan bukan halangan, bidikan kemas lensa dan sentuhan gambar Dayah dan suaminya yang diedit jurugambar profesional ternyata membuatkan warganet sebak sambil mendoakan kesejahteraan malah dipermudahkan bersalin.
Alhamdullah kerana semuanya sudah pun dipermudahkan malah putera sulung yang sihat dan comel, yang bakal dikongsikan fotonya kelak pastinya menjadi
Perkongsian video dan gambar di instagramnya sebentar tadi membuatkan warganet tersentuh. Hasil sentuhan oleh @zaidiel_afiqie dalam video pendek dengan alunan muzik yang syahdu sesungguh membuatkan kita merasai apa yang dikongsikan Dayah. Semoga Dayah terus kuat menempuh tempoh berpantangnya dengan sihat.
Perjuangan ini bukan milikku sahaja,
bukan juga milik kamu,
tapi milik kita bertiga ….
Dalam kejauhan dan perjalanan panjang yang tidak terduga, dari awal kehamilan hingga sudah hampir sampai ke penghujungnya, disini kita. Masih tidak dapat menatap mata, tak berpeluang merasa hebatnya pergerakan si kecil dengan sentuhan seperti yang diimpikan, tetapi percayalah, pasti besar rahsia hikmah dan ganjaran yang Allah sediakan 🤲🏻
Sehingga waktu kita bertemu kembali dengan anugerah terindah, in sha Allah🤍
Untuk yang membaca, mohon kalian mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk saya dan little bb. Semoga Allah membalas kebaikan kalian yang tak putus mendoakan . Terima kasih 🙏🏻🤍
P/s : This photo was taken separately malaysia 🇲🇾 🇦🇺 Thank you to @zaidiel_afiqie for making it happen for us 📸
Kongsi Dayah lagi, pastinya besar rahsia dan hikmah serta ganjaran yang Allah sediakan saat dia dan suami melalui semua ini. Kuncinya adalah kesabaran dan keluarga adalah penguatnya kini untuk menempuh proses berpantang pula.
Tahniah buat Dayah Bakar dan suami, semoga Dayah terus kuat untuk menjalani tempoh berpantang bersama keluarga.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Sumber: Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pilih Makanan Anak-Anak Istimewa, Jangan Terlebih Dan Terkurang, Pakar Dietetik Kongsikan Tip Tepat!
Apabila seseorang anak istimewa dilahirkan dalam sebuah keluarga, ibu bapa perlu bersedia dengan pelbagai cabaran yang bakal di hadapi seperti isu dari segi kewangan, masa, emosi diri dan reaksi daripada ahli keluarga dan masyarakat persekitaran.
Jenis kanak – kanak berkeperluan khas ini adalah termasuk anak Down Syndrome, Autisme, ‘Prader Willie’, ‘Spina Bifida’, ‘Cerebral Palsy’, ADHD (Attention Deficit hyperactivity Disorder) dan sebagainya.
Menurut Puan Rose Hanizan Mat Hassan, Pegawai Dietetik dari KPJ Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu, Kelantan, keperluan kalori setiap anak istimewa adalah berlainan dari anak normal.
Keperluan Anak Tak Sama
Keperluan kalori setiap anak istimewa berlainan dari anak normal kerana keperluan mereka bergantung kepada sakit dan masalah yang mereka hadapi.
Bagi kanak-kanak Down Syndrome yang tidak mengalami sebarang komplikasi, keperluan mereka adalah sama dengan kanak-kanak biasa. Disebabkan itulah ibu bapa perlu membuat pemeriksaan berkala untuk anak-anak ini.
Bagi mereka yang mengalami down syndrome bersama-sama masalah hipotiroid, prader willie syndrome dan spina bifida, tumbesaran anak – anak biasanya agak lambat. Malah keperluan tenaga mereka juga adalah berkurangan daripada anak – anak normal lain. Sekiranya kita tidak mengawal kalori yang mereka ambil, anak – anak akan berisiko untuk mengalami masalah berat badan sehinggalah mereka dewasa.
Bukan itu sahaja malah keperluan kalori mereka juga perlu dikurangkan dan pengambilan tenaga sebanyak 10-15% daripada saranan RNI. Ini adalah kerana kadar metabolisme mereka adalah lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak normal.
Contohnya:
= (Keperluan tenaga bagi kanak – kanak normal) – 15 %
= 2000kcal – 300 kcal = 1700 kcal
Manakala bagi anak – anak yang kurang zat makanan dan berisiko untuk mengalami masalah pengurangan berat badan adalah seperti mereka yang mengalami Cerebral Palsy dan ADHD.
Anak-anak ini perlu diberi keperluan kalori atau tenaga yang lebih dari kanak – kanak normal kerana mereka berisiko untuk tiada kenaikan berat badan. Keperluan tenaga mereka perlu dipertingkatkan sehingga 150% atau lebih daripada saranan RNI.
Contohnya:
= (Keperluan tenaga bagi kanak – kanak normal) + 50%
= 1700 kcal + 850 kcal = 2550 kcal
Berikut adalah keperluan tenaga untuk anak – anak normal sebagai panduan para ibu bapa.
Tip Untuk Ibu Bapa
- Lebihkan protein terutama bagi anak yang mengalami masalah berkaitan otot, saraf dan tumbesaran.
- Dalam masa sama, sentiasa pantau berat anak, interaksi anak, percakapan, pengunyahan anak, samada selari dengan usia atau tidak.
Pilih protein tanpa lemak yang berkualiti seperti ayam, daging, ikan dan telur yang masih segar.
- Bagi nutrisi dari lemak, ibu bapa perlu kawal untuk elakkan obesiti terutamanya kanak – kanak yang rendah metabolisme.
- Bagi anak istimewa yang kurang berat badan, ibu bapa tidak perlu kawal pengambilan lemak tetapi perlu pastikan lemak yang baik dan tidak memudaratkan tumbesaran anak – anak istimewa.
- Ambil buah dan sayuran tinggi vitamin C untuk tingkatkan tahap antibodi dan sistem imuniti anak terhadap persekitaran.
Perlu lebih perhatian dalam pengambilan vitamin dan mineral anak istimewa. Dapatkan saranan doktor terlebih dahulu sebelum berikan pada anak.
- Ambil vitamin dan mineral lain seperti vitamin E, A, zinc, copper, serta amino acid dan lain – lain yang penting untuk menambah baik tumbesaran dan perkembangan kognitif anak.
Paling penting jangan berhenti untuk berikan susu setiap hari kerana ada anak-anak istimewa yang perlukan susu hingga mereka dewasa.
- Elakkan sama sekali ‘jajan’ atau makanan ringan!
- Elakkan gula ringkas seperti gula-gula atau makanan manis pada anak-anak hiperaktif seperti ADHD bagi mengurangkan keaktifannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suruh Makan Pun Dia Tak Mahu, Suami Sentiasa Di Sisi, Ain Edruce Kongsi Kelahiran Normal Yang Tenang!
Selepas berteka teki mengenai jantina bayinya, pelakon dan pengacara, Ain Edruce akhirnya tampil mendedahkan jantina bayinya yang merupakan seorang puteri.
Kata Ain menerusi Astro Gempak, puteri sulungnya seberat 2.79kg itu dilahirkan tepat jam 1.30 pagi pada 19 Mei lalu.
Semalam menerusi Instagramnya, Ain turut berkongsi satu video pendek dengan memuat naik gambarnya bersama suami sambil memegang bayi mereka.
Kata Ain, pengalaman bersalin setiap orang berbeza-beza. Namun dia bersyukur berdepan pengalaman kelahiran normal yang cukup tenang.
” Setiap orang mempunyai pengalaman berbeza, bagi saya pula saya terpaksa melalui proses hampir berbelas-belas jam menunggu bukaan untuk bersalin.
” Saya boleh katakan ia sangat memematkan tapi saya gembira kerana saya selamat bersalin normal dan sekarang pun saya dah boleh mula berjalan seperti biasa,” katanya kepada Astro Gempak.
Suami jadi pendamping setia
Kata pengacara petah dan suka berjenaka ini lagi, dia bersyukur kerana suaminya, Amirul Hafiz sentiasa memberi sokongan padanya sepanjang proses bersalin.
” Amirul memang sangat supportive, dia sentiasa ada bersama saya melalui proses ini. Sampaikan saya suruh dia makan pun dia tak mahu, dia ada saja di sisi saya.
” Selain itu saya bersyukur jururawat dan doktor sangat baik dan membantu serta memberi sokongan kepada saya. Jadi perjalanan bersalin itu jadi tenang meskipun ia memakan masa yang lama,” jelasnya lagi.
Tahniah diucapkan buat Ain dan suaminya. Semalam Ain berteka teki mengenai jantina bayinya dan turut berkongsi video di IG story memberitahu kelahiran bayinya itu.
Terdahulu, Ain mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019. Dan kini cahaya mata sulung mereka hadir menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga. Tahniah Ain dan suami!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Astro Gempak & @ainedruce
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI