Hari ni memang banyak kita lihat kanak-kanak yang mengalami pelbagai penyakit kronik. Kalau dahulu hanya orang dewasa yang sering dikaitkan dengan penyakit seperti buah pinggang, tapi kini kanak-kanak juga menghadapi risiko yang sama seperti orang dewasa.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Dr. Siti Sarah Aishah Suhaidi menerusi Twitternya, beliau memperjelaskan tentang sindrom nefrotik yang mana ia adalah satu keadaan buah pinggang di mana pesakit mengalami kehilangan protein dalam air kencing dan menyebabkan aras protein dalam darah menjadi rendah. Aras protein dalam darah yang rendah akan menyebabkan pembengkakan (oedema) di sekitar mata, perut dan kaki.

Penyakit ini berlaku kira-kira 2-15 kes bagi setiap 100,000 orang kanak-kanak setiap tahun.

Berkait rapat dengan sistem imun badan

Muka & Kaki Bengkak, Air Kencing Berbuih, Itu Mungkin Tanda Anak Kena Penyakit Buah Pinggang Sindrom Nefrotik

Menurut doktor punca sindrom ini berlaku kepada kanak-kanak masih belum diketahui. Namun kemungkinan besar ia berkait rapat dengan sistem imun badan mereka.

IKLAN

Muka & Kaki Bengkak, Air Kencing Berbuih, Itu Mungkin Tanda Anak Kena Penyakit Buah Pinggang Sindrom Nefrotik

Penggunaan Steroid Prednisolone untuk rawat sindrom nefrotik

Muka & Kaki Bengkak, Air Kencing Berbuih, Itu Mungkin Tanda Anak Kena Penyakit Buah Pinggang Sindrom Nefrotik

menurut doktor ini juga untuk merawat sidrom nefrotik di kalangan kanak-kanak, ubat yang disarankan adalah sejenis steroid yang dikenali dengan nama prednisolone.

Muka & Kaki Bengkak, Air Kencing Berbuih, Itu Mungkin Tanda Anak Kena Penyakit Buah Pinggang Sindrom Nefrotik

IKLAN

Muka & Kaki Bengkak, Air Kencing Berbuih, Itu Mungkin Tanda Anak Kena Penyakit Buah Pinggang Sindrom Nefrotik

Tidak akibatkan kegagalan buah pinggang

Tambahnya juga untuk jangka masa panjang, ia baik untuk kanak-kanak yang memberi respon positif terhadap rawatan steroid. bagi yang sensitif kepada rawatan pula tidak perlu khuatir kerana ia tidak akibatkan kegagalan buah pinggang.

Muka & Kaki Bengkak, Air Kencing Berbuih, Itu Mungkin Tanda Anak Kena Penyakit Buah Pinggang Sindrom Nefrotik

Jika ada antara anak-anak anda yang mempunyai symptom-simptom seperti ini, segeralah bawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

IKLAN

sumber: Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI