Ruam pada bayi memang lazim berlaku, tapi bila ia dialami oleh si kecil yang masih bayi pastinya ibu-ibu tak betah duduk dan membiarkan sahaja. Sudah tentu pelbagai petua, rawatan cuba dibuat sama ada merujuk kepada doktor mahupun melalui pembacaan dari internet dan sebagainya.
Isteri kepada penyanyi Tomok, Ayu Abas ada berkongsi di Instagram miliknya mengenai masalah ruam bayi yang dialami oleh anak ketiganya, Khadijah.
Menurut Ayu memandangkan ramai yang bertanya dan ada juga yang menyarankan untuk Ayu menggunakan beberapa produk, lantas dia terpanggil untuk berkongsi pengalaman dalam merawat ruam yang dialami oleh bayinya yang kini berusia dua bulan lebih.
“Ramainya dm dibu tanya mcm mana muka khadijah bersih dari ruam…nak jawab satu2 susah and some more dibu bukan qualified doctor..hihihi…and ramai juga yang dm suruh dibu guna produk this & that…
“So kat sini dibu share as my experience towards berperang dgn ruam baby yg sangat menyakitkan mata…sbb arrian & khadijah mengalami masalah yg sama cuma ruam yg berbeza…of coursela dibu research kat cik google & dapatkan advice from paediatrician..
“First tengok jenis ruam..samada ruam panas or ruam susu…kadang kalau baby girl akan nampak mcm jerawat pasir kat muka it’s more to hormon yg di bawa dari ibu lepas bersalin…and ruam ni dia akan keluar after one or two weeks lepas bersalin….biasala baby nak immune dgn udara luar and very sensative skin…
“Macam mana nak tau ruam jenis apa??ibu2 kene observe sendiri sbb ada baby yg cuma kat muka shj ada yang satu badan…kalau ruam panas kene make sure baby tak panas,pakai baju jgn tebal2…
“Kalau ruam susu, lepas susu BF lap dgn kain basah no wet tissue..if FM maybe tukar susu, bukan susu murah ke susu mahal or sebaliknya..sbb semua susu from lembu so maybe kene tukar kepada susu rumusan khas HA(hypoallergenic) atau susu kambing..susu soya digalakkan amik selepas 6 bulan…susu pun kadang2 bley menyebabkan kahak..so ibu2 kene observe jugak…
“Cerita observe dah habis..nak pakai krim apa plak…first untuk baby yg sensative skin disarankan pakai mandian yg takda parfum..ni bley pergi farmasi banyak jenama..then guna krim ceraden make sure baca kat kotak tu boleh guna untuk baby 0 month…kalau yg kuat sikit krim elomet (ada steroid) tapi make sure apply paling nipis & 1 kali je tapi kalau was2 minta advice doctor…
“Berapa lama hilang?? Itu depends kesesuaian kat baby..tapi kalau dah nampak kurang or hilang stop pakai krim tapi mandian & susu can continue…remember apa pun if your baby sangat teruk ruamnya go and see doctor..jangan dengar cakap orang pakai itu pakai ini…dah tentu kita ada doctor ada medicine yg bley apply…HAPPY WEEKEND,” tulisnya
Tomok dan Rahayu Abas atau lebih mesra dengan panggilan Ayu berkahwin pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, 8 tahun dan Andrashah Iman, 3 tahun.
Sumber: IG Ayu Abas
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA 26 OGOS 2020 INI
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI