Dek kerana keletihan melampau, wajah seperti hilang serinya. Apatah lagi dikala kepenatan menguruskan rumahtangga yang tiada hentinya.
Sesekali, mak-mak manjakanlah tubuh dan aura dengan mandi air bunga. Tambah sedikit limau nipis untuk membuang segala aura negatif dalam badan. Jom cuba petua ini.
Mudah sahaja. Jom cuba!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Limau purut 3/5/7 biji
Air mawar
Bunga mawar
Garam bukit
Cara penyediaan:
1. Potong limau purut dan masukkan ke dalam bekas berisi air.
2. Kemudian tabur bunga mawar atau sedikit air mawar yang dibeli di kedai.
3. Masukkan garam bukit dan mandi menggunakan air ini.
Ads
4. Baca Bismillah dan selawat. Niat di dalam hati:
“Ya Allah, bersihkan rohani dan jasmaniku. Naikkanlah aura dari dalam diriku.”
InsyaAllah dengan izinNya, aura negatif dalam diri dapat dibuang.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Makan malam merupakan waktu makan utama dan sama penting seperti sarapan dan makan tengah hari.
Makan malam sering kali diabaikan oleh sesetengah daripada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Pada tanggapan mereka, makan malam boleh mengakibatkan mereka menambahkan berat badan. Tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Ini kerana faktor-faktor lain seperti makan secara berlebihan, makan makanan yang berlemak, berminyak serta tinggi kalori dan gaya hidup yang sedentari boleh menyumbang kepada kegemukan.
Kepentingan makan malam
Makan malam penting untuk membekalkan tenaga dan nutrien untuk keperluan tubuh badan. Pengambilan makanan yang teratur penting untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan normal. Makan malam melengkapkan pengambilan makanan yang mungkin tidak mencukupi di siang hari seperti pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan susu.
Selain daripada kepentingan biologi, makan malam juga penting untuk memenuhi fungsi psikologi dan sosial. Sekiranya ibu bapa bekerja di siang hari, makan malam adalah penting untuk merapatkan kemesraan di antara ahli keluarga. Ini kerana waktu makan malam mungkin merupakan satu-satunya masa untuk bersama ahli keluarga yang lain.
Bagi fungsi psikologi pula, makan malam mungkin adalah salah satu cara untuk merehatkan fikiran selepas seharian berdepan dengan pelbagai masalah terutama bagi mereka yang bekerja.
Benarkah makan malam boleh mengakibatkan berlebihan berat badan?
Salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam.
Oleh itu, makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan.
Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira sama ada semasa sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.
Namun begitu, makan malam sering kali dikaitkan dengan masalah kegemukan disebabkan oleh beberapa faktor:
Makan malam biasanya masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Kajian mendapati makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. Kita akan makan lebih banyak semasa makan bersama orang lain daripada makan bersendirian.
Sesetengah orang, terutama wanita, suka melangkau(skipping) waktu makan semasa di siang hari. Melangkau sesuatu waktu makan boleh menyebabkan kelaparan yang tidak terkawal dan membuat seseorang itu makan berlebihan terutama semasa makan malam.
Makan malam juga mungkin dijadikan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan selepas seharian berhadapan dengan pelbagai masalah. Bagi sesetengah orang, makanan dijadikan sebagai bahantara untuk melepaskan tekanan dan melupakan segala masalah yang dihadapi. Ini akan mengakibatkan pengambilan makanan secara berlebihan.
Waktu malam adalah waktu yang digunakan untuk berehat dan bersantai untuk melepaskan kepenatan setelah seharian bekerja. Masa rehat ini mungkin digunakan untuk menonton televisyen. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan antara menonton televisyen dengan masalah kegemukan.
Ini kerana semasa menonton, kita akan cenderung mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek, keropok dan sebagainya.
Kredit: Myhealth
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita wajib mengambil tahu tentang kewujudan pelbagai penyakit yang mungkin boleh menyerang mereka serta cara-cara penjagaan kesihatan diri agar terhindar daripada menghidapinya. Menurut Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat, hari ini semakin ramai wanita yang menderita sakit akibat kerosakan rahim pada usia muda.
Penyakit ketumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanita umur 40-an. Zaman sekarang dalam umur 20-an tahun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut.
Wanita Elak Rahim Rosak Di Usia Muda
Penyakit berkaitan dengan rahim juga ada kaitan dengan pemakanan. Maka sebab itulah kaum wanita perlu menjaga pemakanan sejak dari kecil lagi. Makanan yang kita makan antara penyumbang pelbagai jenis penyakit.
Berikut antara penyakit-penyakit berkaitan dengan rahim.
Adenomyosis
Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut sering didahului dengan penyakit endometriosis.
Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim. Adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim.
Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan.
Adenomyosis telah merosak seluruh rahim.
Gejala-gejala ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.
Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan.
Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.
Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.
Fibroid, bulat tumbuhannya, disekelingi capsule. Kurang kerosakkan pada tisyu otot lain.
Datuk Dr Hamid Arshat Pesan Jaga Pemakanan Dari Kecil
Fakta Penting
Kedua-dua jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anakp erempuan ada risiko. Berwaspada!
Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan pendarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk mengesan masalah peranakan dan ambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.
Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi. Jadi sangat penting mengambil pemakanan yang berzat dan berkhasiat. Didik anak-anak makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kawal dan cegah makanan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis, merengek atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.
Kesan buruk ialah kegemukan anak dan kelemahan imuniti anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai penyakit.
Mari kita amalkan tabiat makan yang terbaik, mulakan dari anak-anak kecil lagi.
Pelakon Ezzaty Abdullah, isteri kepada Azwan Kombos pernah merana selama 3 minggu menahan sakit Breast Abscess (Nanah payudara). Ezzaty terpaksa melakukan pembedahan di Pusat Puswari, Kuala Lumpur pada awal Januari tahun ini.
Ketika ditemui di Pelancaran Egg Launch Party di Damasara baru-baru ini, Ezzaty memberitahu bahawa dia sudah tak percaya pada petua-petua yang dikongsi.
Saya tak percayakan petua lagi sebab hampir 3 minggu saya merana kerana pernah mengamalkan petua dan keadaan makin teruk. Lepas teruk baru saya pergi ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor. Doktor beritahu saya, kalau pergi ke hospital lebih awal saya tak perlu di operate, tapi bila dah merebak saya terpaksa operate.
Jadi saya dah tak percaya pada petua-petua, dan kalau anak saya sakit pun saya akan dapatkan nasihat doktor jugak. Cukupla saya merana hampir 3 minggu menahan sakit. Saya tak nak amalkan petua kalau HARUM DALIA sakit, kesian dia masih kecil.
Perkembangan Terbaru Ezzaty
“Saya akan ke Korea selama 10 hari untuk sesi shooting drama terbaru Oppa I love You. Selama 10 hari juga saya akan tinggalkan Harum Dalia di Malaysia. Azwan yang akan menjaga Harum sebab sebelum ni pun dia dah biasa jaga anak. Sejujurnya saya belum bersedia untuk berpisah jauh selama 10 hari tinggalkan anak, tapi kerana tuntutan kerja saya terpaksa akur,” ujar ibu cantik ini lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.