Keibubapaan

“Muka Lembut Je, Comel” Izreen Azminda Dedah Wajah Ali Idrees, Comel Sungguh!

Share

Selepas selamat melahirkan bayi lelakinya pada 20 September lalu, pelakon Izreen Azminda tampil berkongsi wajah anak ketiganya kepada umum.

Melalui satu hantaran di Instagramnya, beberapa keping wajah comel, Ali Idrees dimuat naik Izreen sebagai kenang kenangan.

Rupanya menurut kata Izreen, ketika mengandungkan Ali, dia rupanya peminat tegar nescafe dan saffron.

“Salam jumaat buat semua dari saya.

“Ali Idrees Muhammad Radzi (penangan SAFFRON + NESCAFE). Ingat keluar gulap gelita,” kongsinya.

Malah kata Izreen melalui pertanyaan di ruangan komen, sepanjang hamil dia juga turut sama mengamalkan surah Yusof dan Maryam.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji wajah comel Ali Idrees yang persis abang-abangnya malah turut sama mendoakan Ali membesar dengan sihat.

“Comel sungguh, alhmdulillah. Mak dia belum ada geng.”

“Muka lembut ja, comell. Tenang ja tengok anak-anak ampa.”

“Allahuakbar comelnye. Semoga dikurniakan kesihatan kebahagian ketenangan dan rezeki untuk awk ye Ali.”

“Hensemnya..mesti masa pregnant amalkan surah yusuf kan.”

“Dulu saya gila kopi seriyauuu ooo. Tapi alhamdulillah anak tak macam kopi o, kopi susu jaa.”

 

Terdahulu, Izreen dan suaminya Ude mendirikan rumah tangga mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim, 2 tahun dan Ali Idrees.

Menarik: Ayash Senyum Dekat Siapa Tu, Majlis Tahnik & Cukur Jambul Ayash Affan Cantik Serba Putih!

Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?

Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM