Gurau senda suami isteri antara rahsia kebahagiaan rumah tangga. Lumrah hidup berumah tangga, suami dan isteri melalui kehidupan seharian bersama dengan gurau senda dan adakalanya ‘gaduh-gaduh’ manja.
Orang kata sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.
Sikap saling mengusik pasangan juga salah satu cara untuk menyemarakkan kebahagiaan rumah tangga agar tidak terlalu membosankan. Setiap pasangan tentu punya cara tersendiri untuk saling membahagiakan pasangan
Pengacara Ain Edruce yang terkenal dengan sikap happy go lucky mendedahkan dia suka berkongsi gambar serta video momen indah bersama suaminya Muhammad Amirul Hafiz dan anak mereka Soraya di media sosial untuk dijadikan kenangan hari tua kelak.
Ain memang terkenal gemar mengusik suaminya dalam setiap video mereka sekeluarga. Ada sahaja gelagat lucu reaksi suaminya yang akan menjadi bahan guruan Ain.
Rata-rata pengikut Ain dan Amirul turut terhibur melihat gelagat dan raut wajah suaminya yang sering mencuit hati mereka.
Amirul yang sentiasa membuat riak wajah selamba seolah-olah tiada perasaan dengan telatah lucu isterinya dalam video mereka benar-benar membuatkan warga maya terhibur.
Menurut Ain dalam temubual dengan MStar, dia tidak pernah memaksa suaminya untuk turut serta dalam rakaman tersebut sebaliknya ia dilakukan dengan kerelaan hati.
“Sebenarnya suami dan anak memang tidak mahu terlibat dengan apa yang saya lakukan sekarang ini, terutama sekali suami tetapi saya mahu abadikan kenangan terindah waktu muda untuk dijadikan kenangan ketika tua.
Bukan Buli Suami
Kata pemilik nama sebenar Nurulain Edruce, 30, mungkin akan ada orang yang akan menganggapnya seperti membuli suami sendiri sebab sering muat naik gambar dan video reaksi suami dengan reaksi muka lucu di media sosial, tetapi sebenarnya tidak.
“Amirul sangat garang dan saya takut dengan dia sebenarnya cuma kelemahan dia adalah kamera jadi itulah puncanya, kata Ain lagi.
Dalam pada menerima pelbagai reaksi warga maya, Ain mengakui dalam masa yang sama banyak pintu rezeki terbuka untuk dia dan suami apabila mereka sering ditawarkan projek kerja bersama.
“Sekarang ini kami banyak terima tawaran job bersama anak, kadang-kadang Amirul sahaja pun ada, mulai sekarang segala urusan kerja Amirul saya yang tentukan, untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya,” katanya.
Berbeza Karektor Baru Best
Meninjau komen pengikut-pengikut Ain dalam salah satu posting gambar dan video mereka sekeluarga di Instagram membuktikan gelagat suami isteri ini memang menghiburkan.
Ada yang mendoakan agar pasangan ini berkekalan bahagia disebabkan perbezaan karektor keduanya yang menjadikan hidup rumah tangga mereka menyeronokkan.
View this post on Instagram
Sumber: IG Ain Edruce & mStar
Dengan bayaran RM20, pembukaan akaun Simpan SSPN akan dibuat secara automatik. Lebih menarik, untuk peserta-peserta terawal yang mendaftar akan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI