Selepas hampir lima bulan melahirkan bayi sulung, pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah berkongsi wajah anak sulungnya Wan Khair Amir kepada tatapan umum
Suami bekas pengacara Nona ini, Wan Emir Astar memuat naik potret mereka sekeluarga di Instagram miliknya yang mendedahkan wajah anak tersayang kepada tatapan peminat.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan Tanah Air. Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu.
— Papa & Mama
“Mira Junior Sangat”
Foto mereka sekeluarga mengenakan pakaian tradisional warna hijau muda dipercayai diambil dalam majlis akikah si comel yang manja dipanggil Amir berdasarkan perkongsian gambar-gambar pelamin dan sekitar majlis tersebut yang dimuat naik oleh beberapa tetamu jemputan.
Gambar-gambar tersebut diulang siar semula oleh Mira di Instagram Story.
Telatah Amir yang melemparkan senyuman manis dalam dukungan papanya menarik perhatian ramai peminat yang memuji kecomelan dan raut wajahnya yang saling tak tumpah seperti wajah mamanya.
IKLAN
IKLAN
Dengan busana baju melayu lengkap bersampin dan bersongkok, Amir kelihatan tidak meragam sepanjang majlis seolah memahami acara yang diadakan meraikan dirinya.
Perkongsian foto tersebut membuatkan ramai rakan-rakan artis dan peminat Mira mendoakan Amir menjadi anak soleh.
IKLAN
Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 dan dikurniakan anak pada 10 Mei 2022.
Sumber: IG Wan Emir Astar & Mira Filzah
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.
Emas memang menjadi barang perhiasan kegilaan wanita kerana nilainya yang tinggi dan melambangkan kekayaan. Namun ada juga yang tidak kisah jika tidak dapat memilikinya asalkan keperluan keluarga dipenuhi.
Tahu tak, masih ramai isteri-isteri yang tak pernah pakai barang kemas selama bertahun-tahun perkahwinan sebab tak pernah cukup duit nak beli walau sebentuk cincin pun?
Masih ramai ya. Bukan kerana suami tak mahu belikan, bukan kerana tak mahu ada aset atau menyimpan emas. Tapi wang digunakan untuk banyak keperluan yang lain. Untuk anak-anak dan keluarga. Untuk sesuatu yang lebih penting kepada mereka.
Dan isteri-isteri ni tak pernah meminta, tak pula merungut atau tak puas hati. Kalau ada yang sebegini sebagai pasangan hidup, hargailah. Walau emas sekarang menjadi trend, mereka tetap bersyukur walau tak ada perhiasan diri.
Sebab mereka tahu, yang utama adalah memahami suami dan tidak membebankannya. Hargailah pasangan sebegini, yang sanggup susah senang bersama.
Masih ramai isteri yang merasakan tidak perlu pun bersaing walau terpaksa hidup dalam kekurangan. Bersyukurlah, kalau kalian salah satu dari mereka. Moga Allah swt melimpahkan rahmat dalam rumahtangga yang penuh kesyukuran.
Masih ada, isteri yang hidup apa adanya. Walau org lain dah jauh kehadapan, mereka tetap setia utuh bersama. Walau terpaksa duduk di rumah, berpenat lelah menjaga anak dan mengurus hal rumahnya. Walau tak pernah disajikan kemewahan dan tak pernah dibawa bercuti kerana kurang kemampuan pasangannya. Dia tetap bahagia. Kerana bahagia itu milik Allah dan kurniaan Allah swt kepada hambaNya.
Rumahtangga yang bahagia bukanlah harta, bukan rupa dan bukan juga kedudukan. Tapi keikhlasan menerima segala kekurangan pasangan dan bersyukur sentiasa. InshaaAllah.
Kredit : Suffiyah Ramadhani
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ubat perlu diambil dengan cara yang betul bagi mendapatkan kesan optimum terhadap sesuatu simptom atau penyakit. Selain itu, ia juga untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Kebanyakan daripada kita terutama ibu bapa yang ada anak kecil mengambil mudah bab pemberian ubat. Contohnya tidak menggunakan sukatan yang betul dengan berat dan umur anak, menggunakan syringe yang sama untuk beberapa jenis ubat serta menggunakan ubat yang dah berbulan-bulan dibuka untuk diberikan pada anak.
Bagi memudahkan ibu bapa, Dr Erna Nadia berkongsi tip bagi ubat cecair pada bayi atau anak kecil.
TIPS BAGI UBAT CECAIR PADA BABY/ANAK KECIL
Jika anak kecil anda tak sihat dan doktor sudah tentu akan bagi ubat cecair pada mereka.
Jika bagi 2 jenis ubat (contoh ubat demam dan ubat antibiotik), mesti pembantu klinik atau pegawai farmasi akan bagi 2 syringes (penyedut tarik tarik ubat tu).
Tiap Kali Bagi Ubat Cecair
Maka, janganlah campur-campur syringe untuk ambil atau sedut keluar ubat tu ya.
Satu syringe untuk satu jenis ubat.
Tarik hanya sekali. Jangan dah tarik lepas tu lepaskan semula. Nanti kurang berkesan dah ubat tu.
Dah selesai bagi ubat untuk satu sesi tu, terus cuci syringe tersebut. Setiap kali habis guna mesti kena cuci.
Barulah ngam!
Dr. Erna Nadia
Ikutlah dos yang betul dan habiskan seperti yang disarankan
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Banyak kejadian yang berlaku yang melibatkan kemalangan dan bayi tercampak keluar dari kereta ataupun tersepit. Bayi yang berada dalam pangkuan ibu lebih mudah untuk tercampak berbanding bayi yang berada dalam car seat. Car seat boleh kurangkan risiko kematian bayi dan kanak-kanak.
Namun masih ramai yang kurang kesedaran tentang child car seat. Kebanyakkanya memberi alasan anak tak suka duduk dalam car seat dan ibu rasa lebih selamat bila anak dalam pangkuan mereka. Tapi bila berlakunya kemalangan, impak yang kuat boleh menyebabkan anak yang dipangku terlepas dari pelukan walau sekuat mana pun pelukan si ibu. Ikuti kisah ini untuk dijadikan pendoman semua.
Geng, aku ada cerita sikit, sebab aku rasa nak share pengalaman aku yg aku boleh katakan dlm hal ni, ini first time aku lalui benda camni. Jumaat lepas, aku ngn colleagues aku otw balik from terengganu sebab outstation kat sana, so lalu LPT la kan, time kat highway tu ada satu Honda CRV potong, pastu kami lek2 ja la.
Tiba dlm10saat camtu, kereta tu dah eksiden kat depan, kami x jadi saksi camana keta tu eksiden, sebab x perasaan, mcm ttba keta tu dah eksiden, fresh lagi eksiden tu, sampai ja kat situ nampak si ayah(driver) tgh keluarkan anak2 dia, which were 3 orang time tu, kereta tu masa lalu kami nmpk dh remuk dh depan paling teruk area sebelah penumpang, kereta tu eksiden kat lane laju maksudnya belah kanan, maybe berpusing, sebab menghadap arah bertentangan arus, pastu kami stop la apa lagi.
Stop ja kereta aku terus cross jalan, lari p kat kereta tu, ya Allah teruk bhai, anak-anak kecik dah keluar, 3 orang semua, sebab depa duk belakang, blkng tak effect teruk, depan saja, pastu ada sorang, isteri driver kat tempat duduk sebelah driver, aku terus masuk dlm kereta tu..
Dengan bau asapnya lagi, panas lagi, aku masuk ikut pintu belakang, sebab pintu pintu depan dh remuk an, smbil dalam hati minta ‘jgn la meletup keta ni aku ada dlm ni lagi”, si isteri tak sedar, pengsan mungkin, aku try bersuara, ‘kak, kak, ckp sikit kak’ nak tgok dia sedaq ka x, ka dh xdak ka.
Muka dan kepala akak tu berdarah teruk dah, tapi dia x sedar diri, ttba… aku nampak something, ALLAHUAKBAR!! ada baby kecik, Allahu guys, baby kecik tu tersepit antara kawasan remuk dengan paha mak dia, kiranya kepala dia yg tersepit, aku kaku weyh, aku cam, alamakk..
Pastu si driver mai, ayah dia la, lepas dia tolong aku tarik budak kecik tu, ya rabbi, kepala dia lembik dah, pastu aku try pegang dada dia, kepala dh berdarah teruk, aku try pegang dada budak tu, alhamdulillah ada heartbeat lagi, aku cam, fuh lega, then ayah dia bawak tepi jln
Ayah dia try sedarkan budak kecik tu, kecik budak tu, aku rasa tak sampai setahun kot, or setahun lebih, pastu aku ngn sorang lagi brader yg kereta lain berenti gak, try keluarkan si mak, kami tarik kerusi dia ke belakang, alhamdulillah x tersepit kaki dia.. so
Kami dua angkat kakak tu p kat tepi sama dengan tempat budak tu, kami baringkan dia sebelah anak dia, si ayah dok teriak, sedih beb, budak kecik tu tak sedarkan diri tapi dia dok try breathe, macam susah la nak bernafas, aku try pegang lagi dada budak tu, ada heartbeat lagi
Pastu baru ramai kereta berhenti, akak tu mula sedar, tapi x bergerak, dia just gerak-gerak tangan, so dia macam tak sedar la, ambulance dh call x sampai2 lagi, si ayah dok call2 inform maybe family yg lain, anak dia yang lagi 3 dok nangis, jerit, ibuuuu ibuu ibu, tapi….
Si budak kecil ni still x sedarkan diri lagi, aku duduk ja sebelah budak kecil tu, ambulance still x sampai lagi, argh mana ambulance ni! Budak tu makin susah bernafas, dok tersedak-sedak nak bernafas, then… makin lama makin slow dia bernafas, still tak sedar diri, pastu…
Pastu budak tu gone.. dah takda dah, menangis teruk ayah dia, aku pun tersebak sekali, depan mata aku, dia nazak pastu Allah cabut nyawa dia, pastu lepas sejam baru ambulance sampai, nurse cek2 apa semua, confirmkan kematian budak tu betul, baby tu dah xda dah, nurse tu talked to kakak tu, dia tanya “akak taw x apa jadi?’ akak tu cuma geleng kepala, maknanya dia tak taw anak kecik dia dah tak da dah, aku harap nanti dia sedar sepenuhnya, dia tabah and kuat untuk terima anak kecik dia dah tak ada,
aku terfikir mungkin kalau ambulance tu sampai awal, budak tu boleh diselamatkan, bagi oksigen ka apa ka, tapi maybe jam ka apa ka, lagipon eksiden kat highway, aku x salahkan depa, aku yakin depa buat kerja dengan baik, then ambulance pon bawak semua p hospital untuk rawatan
Kawan2, aku mintak2 la, kita sama2 hati2 kat jalan raya, ajal tu main x bgtau, jgn sebab kita, kita hilang orang yang kita sayang, yg drive ka yg bawak moto ka, sama2 kita hati2.
Sumber: Twitter Asraffyamen
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!