Keibubapaan

“Muka Mommy Sangat” Usop Kongsi Wajah Anak Lepas 4 Bulan, Lesung Pipit Manis Macam Daddy!

Share

Walaupun sudah bergelar bapa namun kelibat penyanyi, Usop jarang-jarang muncul bersama anak sulungnya di Instagramnya, apa lagi berkongsi wajah kesayangannya itu kepada umum.

Namun selepas kelahiran cahaya mata sulung itu yang kini berusia empat bulan, Usop memuat naik wajah kesayangannya dan isteri di Instagram.

Cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Saif Umar itu kini sudah pun berusia empat bulan selepas dilahirkan pada November tahun lalu.

Bukan hanya berkongsi wajah bahkan Usop turut membuka akaun Instagram buat Umar.

“Hye uncle onty. Umar dah ada IG follow la umar oceyy🙈❤️ @saif_umar22.

“Umar sedih sebab kena cucuk sakit,” tulisnya di kapsyen.

Apa yang lebih menarik perhatian wargamaya pastinya wajah comel Umar saling tak tumpah seperti isterinya Nur Fatihah Md Hashim atau mesra di sapa Teha.

Menarik: “Dulu Macam Cakap Sorang”Shila Amzah Kongsi Tip Untuk Mak Ada Anak Lambat Cakap!

“Rina Ke Sekolah, Kita Pula Yang Menangis” Rina Dah Masuk Sekolah, Ryzal & Maryam Terharu Sedih!

“Tak Sabar Jumpa Baby A” Tinggal Lagi 2 Bulan, Madammu Dah Dapat Tarikh Bersalin

Malah wajah comel Umar dipuji ramai kerana turut memiliki lesung pipit pemanis seperti ayahnya.

 

Terdahulu, Usop mendirikan rumah tangga bersama Nur Fatihah Md Hashim pada 3 Februari 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Saif Umar yang lahir pada November 2022.

Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan gelagat Datin Almy Nadia dan keluarga dalam Pa&Ma Playdate malam ini hanya di channel Astro Ria!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM