Muka Sebiji Wawa! Selepas 4 Tahun Rehat, Mulalah Rutin Aeril Bangun Malam Jaga Baby

Share

Aktor Aeril Zafrel memanjatkan rasa syukur apabila isteri kesayangannya, pelakon Wawa Zainal selamat bersalin anak ketiga petang semalam (1 Disember 2019).

Aeril berkongsi berita gembira itu menerusi posting terbaru di akaun Instagram sejurus selepas Wawa dipindahkan ke biliknya selepas selesai semua urusan.

“Alhamdulillah… Terima kasih semua atas doanya… Muka dia sebiji macam @w4w4_zainal. @ayyasoffya #wawabundleofjoy,” tulisnya.

Beberapa hari sebelum puteri keduanya lahir, pasangan itu telah mengumumkan memilih nama Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Sementara itu, di entri instagram Wawa, kehadiran Aya Soffya ini adalah hadiah hari jadi paling mahal buat Aeril Zafrel.

Kelahiran Aya Soffya sehari awal itu sesuatu yang bermakna. Kalau diikutkan tarikh kelahiran anak ketiga pasangan ini sama tarikhnya dengan hari lahir Aeril.

Wawa juga turut memberi ucapan untuk Aeril melalui fasa bangun malam berjaga tukar lampin pakai buang anak, beri susu dan pujuk bayi bila meragam.

“Terima kasih juga menemani saya bertarung nyawa dari pagi sampai petang sebelum selamat melahirkan puteri kedua kita,” kongsinya.

Terdahulu, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Sumber: ig Wawa Zainal & Aeril Zafrel

Published by
Wan Amy