Setelah dua bulan melahirkan bayi kedua 6 Ogos lalu, nampaknya secara terbuka Stacy dan Akim Ahmad berkongsi wajah anak lelaki mereka yang diberikan nama Isa.
Menerusi perkongsian Akim Ahmad di instagramnya, dia memuat naik satu video yang menunjukkan Isa sedang menunggu giliran untuk dicucuk.
Akim turut menulis, Assalamualaikum, Isa hari ini nak kena jarum.
Perkongsian Akim itu juga turut mendapat perhatian peminatnya dan masing-masing teruja dapat melihat wajah Isa buat kali pertama.
Malah rata-rata yang melihat Isa menyatakan seiras muka Stacy dan kakaknya, Eshaal.
“Yeayyyy muka stacy!!!!”
“Comel betul Isa ni sebijik muka dia macam kakak Eshaal dia ❤️”
“Assalamualaikum baby Isa. Macam kakak Eshaal sangat ni ❤️”
“Besarnya biji mata hitam 😍”
“Allahuakbar tenangnya muka awak. Semoga jadi anak yang soleh”
Ads
“Muka mami sangat baby Isa 😍😍”
Sebelum ini menerusi satu petikan akhbar, Akim dan Stacy sepakat memilih nama ringkas iaitu Isa untuk bayi lelaki mereka.
Malah kata Akim lagi, nama ringkas itu dipilih kerana ia cukup dekat dengan nama dua anaknya yang lain.
“Saya pilih nama itu. Ia ringkas dan dekat dengan nama anak-anak saya yang lain. Kalau gabung ketiga-tiganya boleh jadi Isabella,” kongsinya.
Ads
Berkongsi keterujaan itu, Akim yang juga bapa kepada seorang cahaya mata turut berkongsi rasa terharunya bila mana dapat menemani Stacy di dewan bersalin.
Paling menyentuh hati kata Akim lagi, dia dapat mengazankan anak lelakinya.
“Saya sangat teruja kerana dapat menyaksikan proses kelahiran bayi kami. Lebih istimewa adalah momen dapat azankan zuriat saya itu tadi dalam dewan bersalin buat pertama kalinya.
“Tidak dapat saya gambarkan perasaan saya waktu itu, sangat luar biasa.
“Selain itu, saya diberi peluang untuk bersama anak saya dalam sesi khas untuk mengukuhkan ikatan antara ayah dan bayi yang baru lahir,” jelas Akim lagi.
Ads
Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Eshaal Afiq Akim yang berusia lima tahun.
Pasangan ini juga mempunyai anak angkat, Bella De Luna Valentina berusia 10 tahun.
Kredit: IG Akim Ahmad & Stacy Anam ; BH
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Tahu tak yang sebenarnya kita boleh ukur tahap kepintaran dan IQ anak sejak mereka bayi lagi. Tak perlu tunggu sampai anak masuk alam persekolahan. Menurut satu penyelidikan yang dilakukan oleh para penyelidik, tahap kepintaran dan IQ anak boleh diukur melalui berat badan bayi.
Menurut kajian tersebut, pertambahan berat badan bayi pada bulan pertama kehidupannya boleh dijadikan petunjuk untuk menentukan IQ si kecil.
Dikatakan bayi yang mempunyai lebih berat badan dan ukuran kepala yang membesar dengan cepat pada bulan pertama kelahirannya ternyata cenderung mempunyai IQ yang lebih tinggi apabila mula bersekolah nanti.
Para penyelidik dari University of Adelaide, Australia melakukan kajian tersebut ke atas 13,800 orang bayi yang baru lahir. Penyelidik tersebut mendapati bahawa bayi yang mempunyai berat badan bertambah kira-kira 40 peratus dari berat lahir mereka dalam tempoh masa empat minggu pertama, mempunyai ukuran 1.5 poin IQ lebih tinggi apabila dibandingkan dengan anak yang beratnya hanya bertambah kira-kira 15 peratus sahaja.
Anak-anak yang mengalami pertumbuhan paling besar pada ukur lilit kepala juga ternyata mempunyai IQ paling tinggi ketika umurnya masuk 6 tahun.
Pertumbuhan Otak Anak Lebih Pantas
Menurut Dr Lisa Smithers yang merupakan penulis utama dalam penyelidikan tersebut seperti mana dipetik oleh Daily Mail, ukur lilit kepala adalah salah satu petunjuk dari jumlah isipadu otak sehingga peningkatannya yang lebih besar pada bahagian ukur lilit bayi yang baru lahir menunjukkan berlakunya pertumbuhan otak anak lebih pantas.
Lisa juga menjelaskan bahawa secara keseluruhan, bayi yang berkembang pesat pertumbuhannya pada empat minggu pertama terbukti mempunyai skor IQ yang lebih tinggi di masa depan. Sedangkan anak yang mempunyai berat badan lebih cepat bertambah ternyata mempunyai IQ verbal yang lebih tinggi bila umurnya genap 6 tahun.
Menurut beliau, perkara ini mungkin terjadi kerana struktur saraf bagi IQ verbal berkembang sebelumnya di dalam hidup, yang bermakna kenaikan berat badan yang cukup pantas dapat mempunyai kelebihan kongnitif secara langsung pada anak.
Diharap dengan adanya kajian yang dilakukan mengenai ciri anak pintar dan IQ tinggi sejak bayi, ibu ayah akan lebih faham tentang perkembangan si kecil.
Namun demikian jangan berputus asa sekiranya bayi anda mempunyai berat badan yang perlahan pertambahannya atau ukur lilit kepala yang kecil kerana masih ada banyak lagi ciri lain (tiada kaitan dengan fizikal anak tetapi lebih kepada ciri psikologi) yang patut dijadikan penilaian.
Bahkan sebenarnya ada juga cara yang boleh dilakukan oleh ibu ayah untuk merangsang anak bijak dan cerdas sejak bayi lagi. Lagipun itu sekadar penemuan satu kajian yang dilakukan oleh para penyelidik sahaja.
Sumber: Daily Mail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada anak breastfeed, debab. Ketul-ketul tangan dan memang comel sangat. Ada anak breastfeed, kurus. Tangan dan kaki tak berketul-ketul tetapi comel ke tidak? Anak kita, mestilah lagi comel kan?
Ada mulut sesetengah orang memang macam bertih jagung, melantun-lantun. Selagi anak orang itu nampak halus saja, tak debab seperti anak dia, selagi itu dia susah hati. Bagus orang seperti ini, prihatin sangat.
Debab ke, kurus ke, itu genetik. Jika mak ayah kurus, nak buat macam mana? Jika anak sudah makan sayur, buah-buahan, nasi, makanan berkhasiat, kenapa kita perlu risau? Kita sebagai mak ayah pasti lebih tahu anak itu sihat atau sebaliknya.
Kurus itu bukan penyakit. Debab itu pun bukan penyakit. Tetapi tengoklah juga pada faktor pemakanan. Kalau gula, gula dan gula, jangan claim itu sihat. Itu kemungkinan diabetes.
Diabetes kanak-kanak di Malaysia 13.8%, sangat tinggi. Jadi, apa yang perlu kita risau sekarang ini? Anak kita kurus atau mulut orang?
Mulut orang memang susah kita nak tahan. Kalaulah boleh, kita tekap terus mulut mereka dengan tangan supaya jangan berkata-kata tentang anak kita.
Tetapi itulah kehidupan. Kira warna-warni kehidupan. Takkan nak warna cerah-cerah saja, pasti ada juga warna comot-gelap ini untuk membuatkan kita sebagai ibu bapa menjadi lebih tabah.
Selagi anak sihat, makan berkhasiat, aktif, jangan risau. Usah dipedulikan apa yang mereka kata. Bersyukur dan senyum sahaja.
Sumber: AA Kids Playground
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tonsil yang sakit sememangnya buat anak tak selesa. Muhammad Rayyan Khalaf, anak sulung pelakon, Elfira Loy turut sama mengalami masalah tonsil tahap tiga dan kini terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Semuanya kerana masalah batuk, selesema dan demam yang dihadapi Rayyan sejak dua minggu yang lalu.
Enggan terus berlarutan, Elfira turut sahaja mendapatkan rawatan sebaiknya buat anak kesayangannya itu.
Menerusi Instagram, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi cerita.
“Hari pertama di hospital. Saya masih ingat kali terakhir kita di sini dan sekarang kita kembali lagi. MashaAllah.
“Disebabkan dah dua minggu batuk, selesema tak reda dan kerap demam. Kami lakukan ujian darah dan keputusannya sel darah putih anak saya sangat tinggi 16.1 kot, normal adalah 11.
“Doktor beritahu yang Rayyan ada microplasma bacteria yang beri kesan pada tekak dia. Sebab tu tonsil Rayyan besar sangat. Dah stage 3,” katanya berkongsi.
Malah melalui perkongsian yang sama, Elfira juga turut memuat naik beberapa keping gambar Rayyan yang cukup ceria bermain ketika berada di hospital. Langsung tidak menampakkan kesakitan yang dialaminya. Memang anak yang kuat.
Dalam pada itu Elfira turut memohon doa dari semua agar Rayyan segera pulih dari sakitnya.
“So now tunggu result x ray pulak to see ada pneumonia ke tak . Hopefully not pneumonia again. Doakan ye.
“Mommy memang takut hospital teruks. Im scared for him. Tapi tengoklah dia . So happy and cheerful. Bila Dr nak check je dia dah tau dah the routine and will cooperate. Dia yang tunjuk apa nak buat next next. Such a strong boy,” katanya lagi berkongsi.
Semoga Rayyan cepat-cepat sembuh dan ceria seperti selalu.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.