Bayi 1 hingga 3 bulan sudah mula belajar untuk membuka genggamannya. Mereka juga belajar untuk membuka dan dan menutup genggaman mereka. Jika mainan jenis kerincing yang diletakkan pada tangan dan dia akan menggerak-gerakkannya kerana suka akan bunyinya. Ini adalah perkembangan yang baik dan perlu digalakkan pada usia ini.
Bayi pada usia ini juga mula menerokai persekitaran mereka dengan tangan, menjangkau, mengayuh kakinya dan menggenggam mainan. Mereka juga akan mula melihat tangan dan kaki mereka dan menjadikannya ‘sumber hiburan’. Bayi suka menatap tangan mereka, bermain dengan jari mereka, dan membawa tangan atau mainan ke mulut.
Oleh sebab itu, pemakaian sarung tangan perlu dihadkan atau dielakkan semasa bayi terjaga untuk menggalakkan penerokaan ini dan meningkatkan penguasaan skil motor halus.
Anda juga boleh ambil tangannya dan gerakkan seperti menepuk sambil menyanyi. Dia tentu suka dan seronok!
PERKEMBANGAN BAYI 1 HINGGA 3 BULAN
#1 MEMBERI RESPONS
Ads
Penglihatan mereka juga semakin baik dan bayi sudah boleh mengenalpasti satu pemandangan dan bunyi yang berbeza. Dia sudah semakin pandai membaca ekspresi muka anda dan mendengar suara anda dengan memberikan respons kepada agahan anda. Malah dia sudah pandai membalas senyuman. Nanti bila menginjak ke usia 3 hingga 4 bulan mereka boleh ketawa dengan kuat ketika berasa gembira!
#2 LEBIH PEKA
Mereka akan lebih banyak berjaga berbanding tidur. Ini menjadikan mereka sentiasa peka dan rasa ‘ingin tahu’ semakin bercambah tentang anda dan objek yang mereka lihat.
#3 MULA KENAL SUARA DAN WAJAH
Ads
Pada usia 1 hingga 3 bulan bayia sudah mula mengenal suara, wajah dan sentuhan. Kehadiran mama dan papa yang akan menjadikan dia tenang dan selesa dan ini menyebabkan mereka mula memberikan respons kepada apa yang anda lakukan dan sudah boleh senyum!
#4 KARAKTER YANG TERSENDIRI
Dalam tempoh 1 hingga 3 bulan, karakter si kecil mula menyerlah. Tidak seperti bayi yang baru lahir bergantung kepada orang lain untuk memulakan interaksi, menjelang akhir bulan ketiga bayi anda mula menunjukkan ekspresi wajah, suara, dan gerak isyarat badan.
#5 BADAN LEBIH KUAT
Ads
Fizikal mereka juga lebih kuat berbanding sebelum ini dan berupaya menyelaraskan pergerakan. Galakan proses pembelajaran dengan bercakap dengannya, memberi respons kepada ekspresi vokalnya dan menyediakan mainan yang sesuai dengan umur yang berwarna-warni amat membantu si kecil.
PAKAIKAN BAYI SARUNG TANGAN SAMPAI BILA?
Mama papa tidak perlu pakaikan bayi sarung tangan terlalu lama kalau nak bantu perkembangannya. Memakaikan bayi sarung tangan hingga bayi menjangkau 5-6 bulan perlu diperbetulkan.
Sarung tangan atau mitten dipakaikan kepada bayi berfungsi untuk mengelakkan bayi terlalu sejuk dan mengelakkan mereka mencakar muka dan mata. Pada bulan pertama memang elok dipakaikan kepada bayi tetapi pastikan ia tidak perlu terlalu lama. Mama dan papa masih boleh memakaikan bayi sarung tangan sekiranya bayi sedang tidur dalam pendingin hawa, cuaca sejuk dan sebagainya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalunya ibu bapa akan tanya bagaimana nak redakan bayi kuat menangis? Ini kerana bila anak jenis kuat menangis, apa yang terfikir adalah anak mesti terkena gangguan luar. Sampaikan ada ibu bapa yang sanggup pergi berubat jauh semata-mata nak pastikan masalah ini diselesaikan.
Bagaimanapun, apa yang diperkatakan oleh Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Puan Uswatun Hasanah ini boleh membuka minda semua ibu bapa.
Saya panggil ustaz, pergi Darulsyifa, berurut, tuam, pasang ayat Al Quran..TAPI tak jalan juga ”
————————————————————-
Buat follower setia, anda mungkin telah tahu ini bukan kali pertama saya memaparkan kisah bagaimana pendekatan agama TIDAK selalunya dan TIDAK mesti berkesan untuk membantu isu bayi kuat menangis.
Buat yang masih tak faham atau tak pernah baca penjelasan ilmiah saya, jawab soalan ini:
—Ya anda bebas berusaha dengan apa cara pun demi anak. Ia hak anda dan bukan urusan saya. Tujuan saya bertanya soalan-soalan tadi semata-mata untuk bantu mencetus ‘mindset’ yang betul agar anda dapat baca penjelasan ilmiah saya berikutnya dengan minda terbuka.
Baik, saya jawab satu-satu.
SOALAN 2 : ujian klinikal merekodkan hanya sekitar 10-20% bayi yang banyak menangis ini berpunca dari isu ‘perut bermasalah’ : mudah kembung, ‘food intolerance’, ‘food sensitivity’ dan lain-lain. Peratusan terbesar bayi banyak menangis ini disahkan sihat melalui pelbagai ujian dan pemeriksaan doktor. Maka apa punca mereka banyak menangis kalau benar sihat? Ianya ada kaitan dengan peralihan alam rahim ke dunia sebenar yang bakal saya terang di bawah ini.
SOALAN 1&3 (sebab berkait).
Anak yang kuat menangis bukan sakit jiwa atau rohani. Menangis bukan penyakit jadi tak perlu lah nak merawat tangisan tu. Menangis adalah cara anak berkomunikasi, memberitahu dan meluah rasa. Maka yang perlu dirawat, di cari punca dan diselesaikan ialah masalah yang mencetus tangisan anak. Menangis itu sendiri tiada masalah. Kalau anak kecil tak menangis lagi bahaya.
Soalnya, anda faham atau tak masalah bayi anda tu? Atau main bedal fikir saja bagi pihak dia?.
Anda tahu ke tak punca utama bayi kecil menangis adalah kerana dia baru kehilangan ibu dan rumah pertamanya iaitu alam rahim?. Ya, Bayi kecil kuat menangis kerana dia tak biasa dengan dunia baru ini dan belum serasi nak sesuaikan diri.
Anda sendiri kalau esok pagi terjaga tahu-tahu sudah berada dalam hutan.., tidakkah anda resah, susah hati, cemas, menangis, panik dan tak mampu lena?. Tentulah kan? Sebab hutan tu lain benar dengan dunia kehidupan anda sebelum ini.
Samalah halnya dengan bayi kecil. Bila dia lahir, umumnya 3 bulan pertama adalah fasa awal seperti contoh sesat di hutan tadi yang menyaksikan bayi kerap menangis. Oleh kerana sejak rohnya ditiupkan dia hanya kenal alam rahim dan semua sifatnya, maka bayi paling cepat bertenang bila kita meniru cara alam rahim. Ibu jangan terburu-buru nak buat gaya sendiri. Anak belum boleh kerana sistem dan sensorinya belum sedia untuk benda baru dan ‘advance’. Nak perkenal stail anda tunggulah anak masuk fasa pertengahan (hatched) iaitu sekitar masuk 3 bulan dan ke atas. Itu pun ada cara berperingkatnya. Buat masa ni, beri anak masa. Kalau ibu tak nak tiru alam rahim? Tak mengapa. Tak masuk penjara. Tak berdosa pun. Tapi kena sedia bertahanlah dengan amukan anak dan semua resah gelisahnya.
Bayi Gemar White Noise
Jadi sekarang dah faham kenapa rawatan Islam tak selalunya berjaya selesaikan isu bayi kuat menangis? YA, SEBAB BAYI BUKAN TERGANGGU JIWA DAN ROHANINYA, emosinya saja yang terkesan dengan peralihan 2 dunia. Yang ‘salah’ bukan syaitan, hantu dan ustaz yang ‘tak cekap’ . Yang ‘salah’ itu ibu ayah bayi yang belum khatam ilmu.
Baik sekarang isu ayat Quran.Contohnya dalam kes ini, bayi baru mampu lena bila dipasang ‘white noise’ iaitu bunyian mententeramkan (rujuk screenshot) dan tak jalan dengan ayat al-quran.
Mengapa semua bayi gemar sangat dengan white noise? Sebab alam rahim tu sangat bising. Mencecah 70db atau sama kuat dengan bunyi vacuum cleaner. Maksudnya bayi telah 9 bulan siang dan malam tidur dalam keadaan berbunyi (bising). Oleh kerana ciri white noise itu sendiri paling menyerupai alam rahim iaitu berdengung, berulang-ulang dan mono tone (1 tone, tiada lirik dan melodi), maka ia punca mengapa semua bayi boleh tenang dan lena bila dipasangkan white noise.
TAPI ada sifirnya..
✔Bila anak sedang mengamuk teruk dan/atau belum lena, pasang white noise dari jenis kasar contohnya vacuum dan pengering rambut. Sebab? Kita nak lawan bunyi jeritan tangisan bayi. Kalau white noise kita kalah berbanding jeritannya, macam mana nak berkesan?
✔Hanya bila anak dah lena, baru tukar ke white noise jenis lembut seperti pancuran air dan bunyi ombak untuk panjangkan tidur anak.
Nota: zikir, al-quran, muzik instrumental dan lagu juga termasuk bunyi mententeramkan dengan kesan seperti white noise lembut.
Maka, white noise kasar untuk ambil perhatian anak dan hentikan jeritannya. Manakala white noise lembut untuk membuai lena dan memanjangkan tidur anak.
TAPI ada juga helahnya..
✔ Bayi dari kategori sensitif dan colic masih ramai yang perlu di temani white noise kasar
WALAU dah lena. Sebab? Bayi ini dari jenis yang ‘buat biar betul’. Bagi mereka, kalau nak tiru bunyi rahim harus tiru paling serupa. Ia menjelaskan mengapa ayat al-quran, alunan zikir, muzik instrumental dan lagu kurang memuaskan hati mereka. BUKAN sebab bayi kurang alim dan kurang bertaqwa tapi kerana otak manusia merespon berdasarkan signal yang diterima dari sistem saraf. Maka, mungkin rangsangan dari bunyi asli alam rahim itu yang paling di ingati bayi membuat bunyi white noise menyerupai ciri bunyi rahim lebih berkesan mententeramkan bayi berbanding alunan zikir dan Quran. Lebih lagi kerana zikir dan al-quran itu sifat bunyinya sangat lembut dan mendayu, lain dari sifat bunyi asli rahim. Ini satu kemungkinan saja.
✔ Mungkin ada yang mendakwa , ” ..saya masa hamil kerap dengarkan bacaan Quran pada anak. Hasilnya setelah lahir, pasang Quran je anak tenang..selesai..sebab dia dah biasa dengar ayat Quran. Tak perlu teknik-teknik bagai..”
Jawapan saya? Sudah berapa ramai ibu bapa lain yang anda dah bantu konsultasikan?. Sudah berapa kes tangisan bayi yang anda kendalikan, dengar atau terima selama ini?. Jika jawapannya tiada atau ‘ada la satu dua kawan-kawan cerita..’ maka ketahuilah lautan yang anda cuba terokai cuma baru di permukaan. Bukan maksud saya, saya sudah hebat. Maksud sebenar saya ialah saya sudah mendapat cukup banyak tahun yang saya perlukan untuk berjumpa dengan pelbagai jenis kes hingga berpeluang bertemu langsung dengan ibu-ibu yang bingung dan bertanya, ” ..saya telah banyak beramal soleh sejak hamil atas dasar usaha untuk mendapat zuriat yang mudah dan memudahkan..tapi kenapa anak saya berperangai sangat sukar? ”
Ketahuilah, Allah kurniakan bayi ‘mudah’ kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang kenal Alquran dan yang tak pernah kenal Alquran. Yang berkepit dengan Alquran dan kepada yang buat Alquran hanya hiasan rumahnya.
Lebih lagi, ketahuilah, Allah memberi apa yang kita perlu dan mampu, bukan hanya apa yang kita nak dan harap. Mungkin anak ini adalah asbab untuk kita cari lah ilmuNya yang maha luas. Ayat-ayat itu hanya ayat. Siapa pun boleh baca dan dengar, hatta yang tidak beriman. Namun muslim sebenar tidak hanya MEMPERGUNA ayat bila rasa perlu, susah dan terdesak. Muslim sebenar mencari jawapan maksud ayat dan menemui kejayaan DARI ayat, bukan DENGAN ayat.
Nampak tak berbahaya kan benda ni? Tapi percaya tak, pacifier ni meningkatkan risiko berlakunya jangkitan dalam telinga pada bayi kurang 2 tahun?
Jom fahami kisah disebaliknya.
Bayi yang kerap menghisap puting ni, terutama sewaktu berbaring lebih berisiko mendapat jangkitan pada salur telinga.
Ini berlaku kerana sewaktu berbaring, bayi yang menghisap puting atau botol susu, bukan sahaja terdedah kepada risiko tersedak susu, namun juga mengganggu fungsi Eustachian tube.
Eustachian tube ini berfungsi menghubungkan telinga tengah dan rongga mulut, memastikan tekanan di dalam telinga sama. Eustachian tube ini masih tidak berkembang dengan sempurna pada bayi dan cecair dari mulut mudah untuk mengalir ke dalam telinga tengah melalui Eustachian tube ini.
Cecair di dalam mulut mengandungi pelbagai jenis bakteria yang biasanya tidak menyebabkan jangkitan jika didalam mulut, namun boleh menyebabkan jangkitan jika bakteria tersebut berpindah ke tempat lain, dalam kes ini ke telinga tengah.
Kajian yang dijalan masih tidak dapat menentukan sama ada pacifier ini menjadi penyebab jangkitan ini berlaku, namun kajian menunjukkan kumpulan bayi yang kerap menggunakan pacifier mempunyai lebih 29% lebih berisiko mendapat jangkitan telinga.
Kajian ini mencadangkan agar penggunaan puting dikurangkan hanya untuk tidur pada waktu malam, ini terbukti mengurangkan risiko berlakunya jangkitan kuman pada telinga.
Selain itu, pacifier ini juga berisiko mengganggu pertumbuhan gigi yang normal.
Selain puting ini, ada beberapa faktor lain yang meningkatkan risiko berlakunya jangkitan telinga iaitu :
1.Bayi yang pernah mendapat jangkitan telinga sebelum umur 6 bulan
2. Bayi yang mempunyai struktur mulut abnormal seperti Down Syndrome dan Cleft Palate
3. Tidak diberi susu badan
4. Terdedah kepada asap rokok
5.Terdedah kepada allergens, bagi baby yang allergik
6. Dijaga di pusat jagaan baby yang sesak/ramai kanak-kanak lain.
7. Tidur dengan susu botol.
P/S – Jangan tanya brand mana yang sesuai, kajian dijalankan secara menyeluruh dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana sponsor syarikat.
Pertumbuhan gigi pertama buat pertama kalinya pada bayi selalunya tidak sama. Ada yang cepat, ada pula yang agak lama.Biasanya bayi mula tumbuh gigi ketika berusia 6-7 bulan, ditandai dengan pembengkakan pada gusi bawah.
Sebahagian bayi akan berasa tidak selesa, meragam ataupun sakit kerana pembengkakan ini. Bahkan, ada diantara bayi yang demam. Rasa sakit ini sering dirasakan oleh bayi pada waktu petang. Adakalanya bayi akan menangis dan mengigit-gigit sesuatu.
Jika anak sudah berumur lapan bulan tetapi belum juga, ia bukanlah sesuatu yang tidak normal. Anda tidak perlu bimbang, cuma apa yang perlu anda lakukan jika bayi anda sudah berumur lapan bulan tetapi masih belum tumbuh gigi, antaranya:
Secara umum, bayi tumbuh gigi pada umur 6-7 bulan, tetapi ramai juga bayi yang sudah mencecah 8 bulan tetapi masih belum tumbuh gigi. Sebagai orang tua, anda tidak perlu terlalu risau dengan keadaan tersebut selagi berat badan serta perkembangan psikologinya kelihatan normal. Bahkan, ada bayi yang baru tumbuh gigi pada umur 10 bulan dan juga 1 tahun!
Mengatasi Demam Ketika Tumbuh Gigi
Sumber: women online magazine
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!