Berilah peluang pada isteri untuk menenangkan diri. Inilah hakikat yang wajib suami ketahui. Isteri bukanlah robot, orang gaji yang boleh menghadapi semua perkara dalam satu masa. Tambah lagi dengan perangai anak yang macam-macam karenah.
Ingat ye jika anda rasakan isteri yang lemah lembut tiba-tiba boleh berubah perangai dengan memarahi anak, bermakna tahap kesabaran dan keletihan dah berada di kemuncak.
Waktu ni suami kena main peranan dengan melakukan tugas isteri dan sebaiknya beri peluang isteri berehat sekejap. Tak jatuh pun ego lelaki jika anda ambil alih melakukan tugasan isteri seketika.
Seperti yang dikongsikan oleh Intan Dzulkefli ini, dia juga turut menyatakan pengalamannya menghadapi situasi ini dan berterima kasih pada suami yang banyak membantu. Seorang wanita tak minta banyak pun tapi cukuplah faham isi hati mereka.
Ada satu hari tu, tak tahu kenapa tiba-tiba otak rasa tepu sungguh. Bila anak-anak menjerit bergaduh & kemudian masing-masing menangis membuatkan terasa begitu bingit mencucuk kepala & serabut sungguh.
Saya cuba untuk calm down dengan istighfar & kawal pernafasan, tapi akhirnya terasa semakin teruk.
INNER PEACE SEDANG KACAU BILAU.
Astaghfirullah. Ya Allah… rasa nak lari. Nak lari kejap dari keserabutan ni.
Akhirnya, terus mesej suami.
“Abang, boleh tak harini lepas maghrib, nak minta izin keluar sekejap. Time-off. Alone.”
Mulanya suami ralat juga sebab isterinya ini rabun & ada T-junction yang menjadi lokasi banyak kemalangan. Ditawarkan untuk belanja makan, bawa jalan-jalan untuk menceriakan hati isteri. Namun, hari itu, si isteri ini tak rasa tertawan dengan pelawaan itu.
Ads
“Okay, tak apalah. Pergilah. Tapi drive jangan ikut jalan yang tu. Ikut jalan lagi satu. Drive safe. Nanti abang jagakan anak-anak,” Akhirnya suami yang baik hati mengalah.
Alhamdulillah, pulang ke rumah, suami menunaikan janjinya. Suami take over everything. Disuruh isteri bersiap.
Dalam anak-anak leka dengan abinya, saya terus menyusup keluar bagaikan The Flash.
Start enjin kereta, drive slowly. Terasa senyap sahaja dunia. Terus buka radio.
Dapat dengar butir di radio tanpa celahan suara jeritan anak-anak yang bergaduh.
Dapat ikut sama menyanyi lagu nasyid di radio yang kebetulan pernah dulu dihafal liriknya.
Dapat sight-seeing tanpa hati berdebar risaukan keselamatan anak-anak semasa memandu.
Ads
MasyaAllah…… macam nak berair mata. Preciousnya detik itu. Bersyukurnya rasa. Rasa lega seperti melepaskan satu beban berat dari atas kepala.
Bukan kita tak dapat terima kenyataan yang kita sekarang bergelar ibu & isteri yang akan menyerahkan seluruh masa, tenaga & hidup untuk anak-anak & suami. Tetapi kadangkala, kita memang perlu sangat ‘escapism’ dari perkara rutin, jerit pekik, gaduh anak-anak yang sedang melasak.
Alhamdulillah selepas uruskan urusan pengeposan barang customer (yang selalu diselesaikan oleh suami), saya kembali ke rumah dengan perasaan yang lebih stabil.
Buka pintu rumah & dengar suara anak-anak meminta perhatian abi yang berada di dapur, subhanallah, rasa sungguh rindu & sayang. Emosi berubah terus 360 darjah berbanding sebelum keluar tadi.
Saya ke dapur dengan senyuman. Suami juga tersenyum bila melihat saya nampak ceria. Saya peluk suami yang sedang memasak sambil sebelah tangan mendukung Insyirah & ucapkan terima kasih.
“Dah okay dah? Happy tak?” Tanya suami dengan prihatin.
Alhamdulillah. 20 minit yang berharga.
Ads
Ibu-ibu yang duduk di rumah, kalau kita dah rasa tak tertanggung, berbincanglah, mintalah time-off sekejap dari suami. Percayalah…. insyaAllah kita akan rasa lebih baik.
Jagalah ‘inner peace’ kita.
Kalau kita dah start asyik nak marah anak. Dah tak boleh nak senyum. Mula rasa nak memukul anak bila anak menangis, minta dilayan… itu tandanya inner peace kita dah kacau bilau. Bahaya.. bahaya..
Anak-anak perlukan ibu yang stabil emosi & bahagia untuk mereka membina bahagia mereka juga.
Jangan rasa rendah diri jika minta time-off dari suami, jangan bandingkan diri kita dengan orang yang kadang kata mereka tak perlukan me-time, mereka memang taknak berpisah dengan anak-anak. Jangan… kita bukannya sedang bertanding siapa supermom & siapa tidak. After all, we are just a human. Kalau kita tak tahan, kita rehat. Jujurlah dengan diri sendiri, untuk jaga kestabilan & kebahagiaan ‘inner peace’ kita.
Para suami pula, beralahlah dengan isteri. Kasihanilah isterimu. Mereka tak minta banyak pun. Kadang cuma minta 5 minit untuk mereka mandi & menguruskan diri tanpa gangguan si kecil yang tak mahu berenggang sepanjang hari. Malam nanti apabila kalian sedap berdengkur pun isteri kalian tak nyenyak tidur bangun menyusukan anak-anak selang sejam, selama bertahun-tahun.
Jangan pula dikatakan isteri itu mengada-ngada. Jangan pula dikeji hina seolah isteri yang duduk di rumah itu tiada sumbangan apa-apa. Isteri itu cuma meminta pertolongan agar ‘taufan’ dalam dirinya dapat diredakan. Bantulah mereka wahai lelaki yang budiman!
Kadang ada suami approve time-off sampai berjam, tetapi si isteri ni sebenarnya kalau dapat 15-20 minit keluar ke stesen minyak atau kedai eco RM2.12 pun dah rasa gembira ya robbi. Wallahi!
Sesungguhnya di belakang isteri yang happily married, emotionally & mentally stabilized, ada seorang suami yang tak pernah lokek untuk berlebih kurang.
Ratu cantik Moscow yang juga merupakan bekas isteri Sultan Muhammad V, Rihana Petra berkongsi cara mendidik anak sulungnya, Tengku Ismail Leon agar tidak tantrum jika tidak dapat apa yang dihajati.
Pastinya ia bukan perkara yang mudah lebih-lebih lagi melibatkan emosi anak kecil.
“Beli! Beli! Beli! Apakah yang perlu anda lakukan jika kanak-kanak meminta anda membeli mainan di kedai? Jawapan pertama – jangan bawa anak-anak ke sana, pergi sendiri, ambil sesuatu dan bawa pulang”
“Semalam Leon meminta saya untuk mendapatkannya robot Miko untuknya apabila kami pergi ke Hamleys. Dia sangat teruja untuk membawanya pulang, membongkarnya, kami menghidupkannya dan… Leon menjadi takut dan mula bersembunyi daripadanya. Fikiran pertama saya ialah, saya tidak sepatutnya membelinya.”
“Sebelum pergi ke kedai mainan saya selalu menentukan terlebih dahulu sama ada saya sudah bersedia untuk membeli mainan sekarang, kerana sudah banyak. Setelah ditentukan, saya memberitahu Leon bahawa dia boleh memilih, sebagai contoh, hanya satu mainan. Atau dua, tetapi berguna, yang mendidik. Tetapi pada hari yang lain dua mainan telah dibeli dan inilah robot… Dan Leo mula merayu saya untuk membelinya. Dan saya mula ragu-ragu sama ada ia berbaloi untuk membeli semua yang dia minta dan sama ada dia akan bermain, walaupun robot itu mendidik. Tetapi saya fikir setiap ibu sudah biasa dengan keraguan sedemikian.”
“Bolehkah saya katakan tidak? Ya, dengan tenang. Leon tidak pernah mengamuk di kedai, kami menyelesaikan semua isu dengan bercakap. Dan saya akan mengesyorkan strategi yang sama kepada anda – anda harus sentiasa bersetuju terlebih dahulu dengan anak anda jenis mainan yang akan anda beli dan juga menjelaskan bahawa anda melakukannya tidak lebih daripada contohnya sekali setiap dua atau tiga minggu. Dan jika mainan yang anda beli segera rosak atau dalam masa 2 minit disimpan di dalam rak, anda juga harus menjelaskan bahawa anda tidak akan membeli yang baru kerana dia perlu menghargai apa yang dia ada.”
Tambahnya lagi, untuk mengelakkan anaknya tantrum dia menggunakan kaedah berunding dan berbincang sejak anaknya masih kecil.
“Untuk mengelakkan tantrum, jelaskan bahawa hari ini anda akan membeli-belah untuk pakaian atau barangan runcit dan anda akan membeli mainan lain kali. Bercakap dan jangan menjerit, cuba berunding. Maka perjalanan membeli-belah anda akan berjalan lancar”
Warga maya turut berkongsi pengalaman sama namun kaedah memujuk anak berbeza mengikut situasi.
Ibu-ibu mesti akan terfikir bila waktu sesuai nak latih anak bebas pampers. Kerisauan ini sentiasa bermain difikiran, takut anak terbuang air kecil atau air besar merata-rata tempat. Lagi jenuh kan!
Jadi jika ibu-ibu berniat untuk ajar anak bebas pampers, perkongsian ibu ini, Puan Mai Izyani mungkin boleh dipraktikkan. Sehari beberapa kali seluar basah, penat nak urus itu biasa. Cuma perlu BERSABAR dalam dua minggu sahaja sebelum anda boleh lihat hasilnya.
Bebas diapers akhirnya! Alhamdulillah. Dhuha 2 tahun 4 bulan. Training genap dua minggu. Ngam dia request tak nak pakai pampers dah, membuang betul dalam toilet.
Tips dia tak banyak pun. Paling besar – sabar. Penat sungguh kalau sehari 3 kali seluar basah kena kencing. Pakej dengan air besar sekali.
Sabar kedua – bila start dia cakap nak kencing, tapi berapa kali layan pergi toilet, tak membuang pun. Tapi kena layan juga. Supaya lama-lama dia faham toilet tu tempat apa dan rasa dekat ehem-ehem tu macam mana.
Sabar ketiga – Tidur malam pakai pampers. Jadi mak kena tahan hati bila tengok pampers tu basah sikit je sebab terkencing masa tidur je. Macam membazir sikit kan. Tapi tak apa. Lagi tak sanggup nak kena sental tilam.
Sabar keempat- Marah-marah tu biasa tapi marah cakap je. Bagi tahu banyak kali kencing kat mana? TOILET. Kenapa kencing dalam seluar? Buat-buat acah, pukul bantal. Ok dia terus geleng takut. Kerap tanya dan pesan sebut TOILET. Sejam sekali bawa pergi toilet walaupun dia tak cakap.
Rewards – Puji dia setiap kali dia betul-betul membuang kat toilet. Mak sayang Dhuha. Pandai Dhuha! Ini perlu sangat tau. Sokongan pembelajaran dia.
Then penamat ni, dah janji nak belikan dia seluar dalam. Siap pesan Frozen. Dapat yang cantik tu tahu la dia sayang nak basahkan dengan najis.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam bahagia kita suami isteri, ada hari tak bercakap jugak. Ada hari tak bertegur sapa, ada hari masam muka, ada hari tengok muka pun meluat tak kira masa. Tapi tetap bahagia sebab bahagia tu bukan hari-hari gembira, hari-hari ketawa, hari-hari riang ria.
Ada hari yang kita tak berlaga angin, orang utara kata. Ada hari yang ada konflik, ada hari yang tak sama pandangan, ada hari yang berbeza pendapat. Ada perkara yang buat kita suami isteri jadi macam tu.
Pastu bila dah baik balik, bercakap pun macam biasa dah. Tak ada masam muka, mulut muncung, dah bertegur sapa macam tak ada apa-apa. Suami masuk tandas pun dah rindu bila masa tengah baik ni.
Lumrahnya kehidupan suami isteri ni begitulah. Itu bagi kita dan kita still tafsirkan situasi dan keadaan tu sebagai BAHAGIA.
Jangan limitkan atau kecilkan skop bahagia tu mestilah tak boleh bergaduh langsung, tak boleh merajuk, kena bercakap, kena senyum, kena gembira sentiasa. Hidup ni bukannya drama yang skripnya dah ada. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku esok dan hari seterusnya. Perangai dan mood pasangan juga kita tak boleh nak jangka.
Ada org kata dia tak bahagia, tapi dia sendiri tak tahu apa yang dia perlu buat untuk bahagia. Bahagia perlu dimulai dengan syukur, kemudian redha. Mungkin apa yang kita lalui dan hadapi tu perlu disyukuri terlebih dahulu dan perlu redha untuk kita rasa bahagia yang sebenar. Orang lain mugkin melalui hari yang lebih teruk daripada hari kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.