Melatih anak anak untuk melakukan kerja ringan di rumah bukan sahaja akan memudahkan dan meringankan tugas anda, malah ia juga dapat meningkatkan peribadi serta kejayaan mereka untuk jangka masa panjang.
Tugas kerja rumah ini boleh dimulakan seawal 3-4 tahun dengan tugasan mengemas mainan mereka, membuang sampah, memasukkan baju dalam mesin basuh dan mengemas katil.
Anak anak yang melakukan tugas di rumah akan mempunyai hubungan kekeluargaan yang lebih baik dan ini penting untuk kestabilan mental dan emosi mereka.
Ia juga penting untuk memupuk rasa tanggung jawab dan kesedaran untuk menjaga kebersihan persekitaran. Sikap menjaga kebersihan bermula dari rumah. Jika dirumah mereka sudah biasa dengan persekitaran bersih, tidak membuat semak dan membuang sampah, menggunakan tandas dengan bersih, sikap ini akan dibawa apabila mereka berada di luar rumah.
Paling penting, perkara ini perlu ajar untuk anak lelaki dan perempuan. Jangan latih anak lelaki untuk menjadi “Raja” di rumah, kasihan bakal isteri nanti!
Sumber: Public Health Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Turunlah, Melutut & Peluk. Beritahu Anak Kita Sayang Dia!” Ubat Paling Mujarab Nak Buat Anak Sihat Mental Fizikal
Kuasa pelukan memang tak dapat dinafikan, ia ada magisnya sendiri yang dapat memberikan kesan positif bukan sahaja kepada orang dewasa, malah juga kepada kanak-kanak.
Mak ayah kena biasakan diri memeluk anak-anak kerana ia bukan sahaja dapat memberikan kesan emosi yang baik, malah juga dapat membantu menyembuhkan anak-anak yang kerap sakit.
Menurut perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari, individu yang kerap tertekan, rasa tak disayangi, akan mudah dijangkiti penyakit kerana tekanan itu sendiri memberikan kesan tidak baik pada imuniti badan manusia.
Justeru itu, doktor ini menyarankan kepada ibu bapa di luar sana untuk sering memeluk anak-anak dan bukan hanya sekadar dengan menzahirkan dengan kata-kata sahaja. ia memerlukan sentuhan dan juga pelukan dari tangan ibu ayah sendiri.
Doktor ini juga menggesa ibu bapa untuk memeluk secara betul iaitu dengan melutut dan mata yang selaras dengan anak untuk kesan yang lebih hebat.
Mungkin Sebab jarang peluk anak kerap sakit
ungkin sebab selama ni kita jarang peluk si kecil kita yang buatkan dia kerap batuk, selsema dan lagi teruk sampai selalu sangat demam.
Kadang tu memang lah kita dah usaha jaga bab makan, kita suapkan anak diet yang ada zat dan vitamin berkhasiat tapi kita terlupa pulak nak jaga bab emosi dan berikan dia sentuhan fizikal.
Selalunya individu yang kerap tertekan, rasa tak disayangi, mudah benar dijangkiti penyakit sebab stress tu sendiri beri efek tak baik pada imuniti pertahanan badan manusia.
Sebab tu lah kena tahu yang selain dari langkah selalu cuci tangan, dapatkan rehat yang cukup, elakkan bertemu orang yang tengah tak sihat, rupanya selalu dipeluk dengan kasih sayang ni dapat jauhkan kita dari dijangkiti penyakit.
Fakta menakjubkan, kerap kena peluk kurang dapat sakit
Serius! Saya sendiri rasa teruja betul bila dapat tahu fakta menakjubkan ni.
Ada lah satu research team ni yang diketuai oleh Sheldon Cohen, Profesor Psikologi dekat Carnegie Mellon University, Amerika Syarikat sana.
Mereka lakukan satu study dan temui bahawa golongan yang kerap stress tadi ni bila kerap dipeluk dan diberi sokongan moral, kebarangkalian untuk terkena jangkitan demam selsema jadi lebih rendah berbanding golongan yang stress dan bersendirian tanpa kasih sayang.
Kajian ni memang ada dipamerkan kat dalam Jurnal Psychological Science.
Sebab tu saya nak sarankan kat mak ayah semua, kita ni bukan setakat kena ucapkan kat si kecil kita tu yang kita sayang kat dia tapi kena tunjuk jugak melalui sentuhan dan pelukan dari tangan kita sendiri.
Masa nak peluk, turunlah melutut
Masa nak peluk tu, turunlah melutut dulu.
Biar mata kita dan mata si kecil tu selaras atau satu level. Kemudian peluk dan rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.
InsyaAllah bila kita selalu peluk dan beritahu betul betul yang kita sayang sangat kat dia, kesihatan emosi dan fizikal si comel tu akan jadi lebih bagus dan tak mudah nak jatuh sakit.
Tolong #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain ye sebab saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang fakta ajaib ni.
Sumber: Ahmad Luqman Burkhari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Mudah Untuk Kawal Emosi, Amalkan Zikir Terapi Untuk Ibu Bapa Anak Autism
Hanya yang merasai dan melalui sahaja tahu betapa berat emosi yang harus ditanggung. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak autism, jangan bersedih kerana mereka adalah anugerah dari Illahi yang tak ternilai.
Autism tidak dapat dikenalpasti hanya dengan melihat secara fizikal. Autism dapat dilihat melalui defisit dalam komunikasi sosial dan interaksi serta tingkah laku yang berulang.
Bukan mudah untuk menjaga mereka, kadang kala mungkin terasa emosi terbeban. Bagi anda yang sedang berlawan dengan emosi ini, amalkan Zikir terapi yang di kongsi oleh ibu ini.
“Tergerak hati nak share satu doa yang mugkin antara kita yang perlukan.. Saya tak ingat saya dapat daripada mana.. Kredit kepada mereka.. Asbab doa tu Alhamdulillah anak saya semakin positif.. Kita ikhtiar saja.. Bagi saya doa ni bukan khusus anak istimewa saja malah boleh guna untuk anak yang tipikal juga.. Semoga Allah kurniakan kita kesabaran yang tinggi mengatasi amarah buat anak-anak.. Dan pahala yang berpanjangan bagi pemberi doa ni..”
Kredit: Nor Athirah via Autisme Malaysia
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Terlambat Daftar Anak Lepas 60 Hari Lahir, Ini Dokumen Perlu Bawa Ke JPN!
Setelah menyambut kelahiran cahaya mata, mak ayah jangan terlupa atau melengahkan pendaftarkan anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ini penting.
Pendaftaran adalah percuma dan perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kelahiran.
1. Bawa surat doktor yang diserahkan semasa proses discaj
Selepas isteri keluar hospital, doktor bertugas akan memberi satu surat yang bertajuk Urusan Seri Paduka Baginda.
Jadi, bawalah surat tersebut ke Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran anda untuk proses pendaftaran kelahiran.
2. Dokumen penting yang perlu dibawa
Mereka yang pertama kali melakukan pendaftaran kelahiran selalu tercicir dokumen atau mengalami masalah dokumen tidak lengkap.
Oleh itu, sebelum bergerak ke JPN, pastikan:
- Borang pendaftaran kelahiran
- Borang pengesahan kelahiran (asal)
- Dokumen pengenalan diri ibu dan ayah (asal dan salinan)
- Sijil nikah (asal dan salinan)
- Buku ibu hamil atau buku pink (asal dan salinan)
3. Dapatkan nombor giliran di kaunter
Dalam tempoh ini, anda boleh lengkapkan dokumen berkaitan kelahiran dan mengisi nama pilihan untuk si manja.
Kemudian tunggu nombor giliran anda dipanggil dan pastikan butiran di dalam dokumen permohonan tersebut betul.
4. Proses pendaftaran siap
Kebiasaannya proses pendaftaran kelahiran siap dalam tempoh 10 minit sekiranya segala dokumen penting lengkap.
Selepas menerima surat beranak si manja, pasti anda akan diselubungi rasa terharu.
Paling penting, anda perlu melakukan pendaftaran dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kelahiran kerana kelewatan akan merumitkan proses kelulusan.
Menarik: 12 Jam Masih Tak Rasa Nak Beranak, Raja Ilya Resah Tunggu Detik Bersalin!
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI