Mula-Mula Ajar Anak Kemas Mainan Selepas Main, Lama-Lama Dia Akan Biasa Dengan Tugasan Rumah

Share

Melatih anak anak untuk melakukan kerja ringan di rumah bukan sahaja akan memudahkan dan meringankan tugas anda, malah ia juga dapat meningkatkan peribadi serta kejayaan mereka untuk jangka masa panjang.

Tugas kerja rumah ini boleh dimulakan seawal 3-4 tahun dengan tugasan mengemas mainan mereka, membuang sampah, memasukkan baju dalam mesin basuh dan mengemas katil.

Anak anak yang melakukan tugas di rumah akan mempunyai hubungan kekeluargaan yang lebih baik dan ini penting untuk kestabilan mental dan emosi mereka.

Ia juga penting untuk memupuk rasa tanggung jawab dan kesedaran untuk menjaga kebersihan persekitaran. Sikap menjaga kebersihan bermula dari rumah. Jika dirumah mereka sudah biasa dengan persekitaran bersih, tidak membuat semak dan membuang sampah, menggunakan tandas dengan bersih, sikap ini akan dibawa apabila mereka berada di luar rumah.

Paling penting, perkara ini perlu ajar untuk anak lelaki dan perempuan. Jangan latih anak lelaki untuk menjadi “Raja” di rumah, kasihan bakal isteri nanti!

Sumber: Public Health Malaysia

Published by
NuFa