Tak tahu apa terlintas di fikiran waktu itu sehingga tergamak melakukan perbuatan diluar jangkaan sehingga mencederakan bayi yang tidak bersalah. Kejadian yang berlaku awal Mac lalu mungkin memberi trauma berpanjangan buat bayi berkenaan.
Berikutan kejadian itu, seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini (16 Mac) atas pertuduhan mendera anak teman wanitanya berusia tujuh bulan.
Muhammad Fakhri Abdul Muthalib, 25, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
ARTIKEL MENARIK [Mula-Mula Tak Boleh, Bila Anak Menangis Terus Kata Boleh. Itu Silapnya Ibu Ayah Sekarang!]
Kesalahan itu dilakukan di sebuah pangsapuri di L-07-07 , Apartment Luminari, Jalan Harbour Place pada pukul 9 pagi 6 Mac lepas.
Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan di kendalikan Timbalan Pendakwaraya Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim Noor Aini kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10, 0000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 April depan untuk menjatuhi hukum sementara menunggu laporan perubatan mangsa.
Sebelum ini, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa kepada bayi berkenaan selepas isterinya yang tidak tinggal bersama kerana tak sehaluan serta ada perselisihan faham datang menghantar bayi kepada ayah kandungnya.
Bagaimanapun ketika hendak memandikan bayi itu, ternampak kesan lebam serta pendarahan dalam mata anaknya. Sebelum membuat laporan polis, bayi berkenaan di bawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.
Semasa ditahan, ibu bayi itu mendakwa anaknya terjatuh dari buaian semasa dalam jagaan kawan-kawan lelakinya ketika di rumahnya, namun keterangan itu meragukan. Selepas siasatan dilakukan mendapati wanita itu dan beberapa rakan lelakinya adalah penagih dadah.
**Artikel ini diterbitkan oleh Astro Awani pada 16 Mac 2021
Kredit: Astro Awani & Bernama
LAGI ARTIKEL MENARIK [Usaha Ibu Buat ‘Activity Board’, Berbaloi! Dari Anak Lambat Cakap Kini Semakin Petah!]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)