Tak dinafikan sifat kucing yang manja, comel jadi tarikan anak-anak kecil untuk mendekatinya. Bahkan orang dewasa pun akan suka dan ada yang membelanya sebagai peneman di rumah.
Bagaimanapun, kucing yang tak dijaga dengan elok, mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada sesetengah individu yang antibodinya lemah ataupun yang alergik.
Perkongsian dari Puan Anna Yusof baru-baru ini mengenai kes anaknya yang alergik dengan kucing selepas bermain dengan haiwan manja itu perlu dijadikan pengajaran bersama.
Maksud Puan Anna dia bukan nak benci haiwan kesayangan Rasulullah SAW itu tetapi peringatan untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang sensitif supaya lebih berjaga-jaga.
Kali Pertama Kena Demam, Merengek
Pertama kali Muhammad Hanif Iman kena jangkitan kuman kucing ini pada Mac lalu. Masa tu kami ke rumah sepupu suami. Dia main dengan kucing jiran sepupu suami.
Ads
Balik ke rumah dia demam. Keluar biji air macam kena minyak panas. Apabila biji tu pecah terus jadi kudis besar. Masa tu memang dia merengek dan menangis je.
Masa tu memang tak tahu kena jangkitan dari kucing, Bawa ke klinik doktor tanya ada main dengan kucing ke? Ini sebab terkena jangkitan kuman dari kucing.
Kali Kedua Kena Di Bahagian Perut
Ads
Sekali lagi Muhammad Hanif Iman kena kuman dari kucing. Sebelum ini pernah kena sekali.
Pergi klinik, jumpa doktor. Doktor terus cakap, “Ada main kucing la ni”. Mula-mula timbul macam biji air besar. Then bila biji air itu pecah, terus jadi besar macam ni.
Kucing-kucing yang dia main bukan kucing liar, semuanya kucing yang dibela. Kali ini kucing di rumah Tok Wan dia. Padahal kucing itu sentiasa dimandikan, dijaga, cuma mungkin tak dicucuk vaksin.
Ads
Selepas ini, sesiapa yang bela kucing, bawalah kucing ambil suntikan vaksin bagi mengelakkan terkena kuman dari kucing. Selepas ini, memang ibu akan kuarantin Iman dari main kucing sebab kasihan tengok dia merengek kata sakit.
Untuk makluman, selepas anak-anak main kucing, memang saya terus mandikan anak sebab anak kedua dan ayahnya semput serta alergik pada bulu haiwan. Tetapi setiap kali main kucing, memang Iman saja yang akan kena macam ini. Nasib dia tidak berapa nak baik agaknya.
Ketahuilah, anak-anak cukup menghargai masa mereka bersama kita. Sekiranya kita menghabiskan satu tempoh masa tertentu bersama mereka dengan bermain, ia dapat membentuk keyakinan diri serta memantapkan kemahiran sosial anak-anak.
Walaupun begitu, ketika bermain dengan anak-anak, jangan pula dilakukan beberapa kesalahan ini. Ia boleh menyebabkan bahaya kepada mereka.
Dr Taufiq Razif menyenaraikan lima kesalahan yang dilakukan ketika bermain dengan anak-anak:
Cara SALAH Bermain Dengan Anak
#1 – Terlalu nak anak ikut kehendak kita
Memang ada yang namanya Structured Play, iaitu kita yang tentukan apa yang anak kita kena main tetapi jangan berlebihan kerana ianya boleh menyekat kreativiti anak.
#2 – Terlalu bebas bagi anak bermain
Jangan sampai terlalu bebas bagi anak bermain tanpa pantauan (unsupervised play) . Kadang sampai tak tahu anak kita ke mana. Ada pula sampai anak balik lewat malam pun tak ada yang amik tahu. Tu namanya Neglected/Uninvolved Parenting . Kita kena pantau juga kerana anak kita masih di bawah tanggungan kita.
#3 – Terlalu biar diri diperkotak-katikkan
Walaupun anak kita masih kecil, mereka tetap kena diajar bahawa setiap perbuatan ataupun gurauan tetap ada batasnya. Jangan sampai anak kita hilang adab sopannya bila bergurau disebabkan kita tak pernah tegur dan terangkan tentang had dan batasnya. Akhirnya mereka akan jadi naik kepala dan bermain dan bergurau tanpa adab sopan.
#4 – Bagi anak main sampai letih melampau
Dulu kita ingat makin letih anak bermain, makin senang anak tidur kan? Padahal makin teruk keletihan anak kita, makin susah mereka nak tidur disebabkan Overtired. Kadang mereka akan jadi lebih aktif bila nak masuk waktu tidur sebab otak mereka masih dalam keadaan ‘alert & focused’
Kadang ada yang suka lambung lambung bayi, ada yang suka goncang kepala. Padahal silap haribulan anak kita tu boleh kena Shaken Baby Syndrome. Kalau dah kena, biasanya cuma 10% je yang selamat tanpa cacat kekal pada otak
Jadi apa pun, nak bermain dengan anak boleh tetapi jangan sekali kali gunakan cara yang SALAH
-Taufiq Razif-
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau tidak kawalan emosi ini, apa jua didikan tak akan berkesan kepada anak. Ibu ayah elak buat kesilapan supaya didikan berkesan kepada anak.
Apabila menjadi ibu bapa, menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik anak. Anak adalah anugerah yang perlu dijaga. Ibu bapa juga adalah guru anak yang pertama kepada anak dan model akhlak serta sahsiah yang paling dekat dengan mereka.
Semua ini memerlukan kawalan emosi yang baik agar semua tanggungjawab boleh dilaksanakan dengan sempurna. Puan Noor Afidah Abu Bakar, Co-founder/ Consultant Parent Connect Consultancy di Parent Connect telah berkongsi mutiara kata yang boleh dijadikan pedoman kepada ibu bapa dalam mendidik dan mengasuh anak-anak. Tanpa sabar maka tiadalah ertinya kerana mendidik itu bukanlah sesuatu yang bersifat ‘segera’. ia satu proses yang memerlukan masa dan ruang.
Puan Afidah membarikan tiga jenis kesabaran telah diasingkan kepada kategori seperti berikut;
3 SABAR YANG WAJIB ADA DALAM DIRI IBUAYAH
#1 SABAR EMOSI
Sabar sebagai ibubapa selalu dikaitkan dengan keupayaan untuk menahan rasa marah.
Bersabar agar kita tidak mengamuk, tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak menghukum sehingga membawa kepada penderaan.
Anak meragam, anak menguji kesabaran, anak melawan, anak tidak mendengar kata, anak tidak hormat, anak meraung, anak sepahkan rumah, semua ini menjadi cabaran kepada emosi ibubapa. Sabar, emosi ini penting untuk menjaga keharmonian dalam keluarga dan juga untuk memastikan kewarasan diri kita sendiri.
#2 SABAR MENUNGGU HASIL
Walau apa saja yang kita usahakan dalam mendidik anak-anak, ia tidak akan menunjukkan hasilnya dalam waktu yang singkat.
Mendidik anak-anak adalah satu proses tarbiyah yang dimulai dengan asuhan, didikan dan bimbingan peringkat demi peringkat sehinggalah anak berupaya untuk melakukannya sendiri.
Didikan dan bimbingan ini jugalah yang akan menghasilkan ‘inner speech’ atau suara hati dalam diri anak yang akan menjadi motivasi dalaman supaya anak melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara yang tidak baik. Proses ini mengambil masa dan menuntut kesabaran ibubapa.
Janganlah terlalu mengharapkan hasil yang tergesa-gesa sehingga memaksa anak di luar kemampuan dan keupayaan dirinya.
#3 SABAR BERUSAHA
Jika satu kaedah tidak bersesuaian dengan anak, berusahalah mencari dan mencuba kaedah yang lain pula. Jangan cepat berputus asa dan menyalahkan diri sendiri.
Jangan juga menyalahkan anak semata-mata jika sesuatu usaha kita itu tidak berjaya. Setiap anak berbeza-beza sebagaimana setiap keluarga berbeza-beza.
Bersabarlah dalam berusaha mencari jalan penyelesaian kepada apa saja cabaran yang kita hadapi dengan anak-anak.
Bersabar bukanlah bermaksud kita hanya berdiam diri menunggu keajaiban berlaku tanpa usaha.
Anak yang dah sampai tahap ketagih gajet memang akan susah nak lepas. Jadi sebelum keadaan ini berlarutan ibu bapa kena ambil tindakan cepat untuk memastikan anak tidak bersikap di luar kawalan bila keinginannya tak dipenuhi.
Perkongsian dari seorang ibu, Nurul Diana yang dilakukan bersama suaminya untuk anak yang dah ketagih gajet boleh dimanfaatkan bersama.
Kami suami isteri bangunkan company. Anak ( Uwais ) mangsa kesibukan kami. Uwais umur 3 tahun, nak perhatian tapi kami sibuk. Suap dia dengan CARTOON . 24jam. Dekat rumah tv, kt opis hp, dalam keta hp, nak makan hp, nak tido pun hp. Nak keluar shoping SEMUA IPAD / HP.
Sampai kan aku beli 1 ipad khas untuk Uwais. Sentiasa hotspot dengan hp aku . TERUK KAN ? Tapi 1 hari aku rasa Uwais tahap yang teruk. Aku tengah tidur, dia gerak aku nk hp. Balik umah Tok dia nak hp walaupun ada sepupu dia , dia tetap nak hp, tak dapat menangis tahap teruk. Berguling-guling.
JADI APA AKU BUAT ??
KESAN dapat di lihat seawal minggu pertama
Sekarang dah 2 bulan lebih uwais tanpa gajet langsung takde walaupun 1 minit. Tiada istilah main kejap, takde pantau . STOP KAN TERUS .
1. PERMULAAN TUKAR IPAD KEPADA TV
Kenapa ? Sebab nak buang fokus mata dia kepada ipad. Bila anak terlalu tenung ipad, lama-lama mata dengan tangan dia akan rosak.
Umah aku smart tv , boleh link dengan youtube. Tapi cakap kat dia tak boleh buka.Tengok tv je. So setiap pagi dia nak tengok hp, aku akan buka tv. Mula-mula memang dia menangis sebab tv takde cartoon yang dia suka. Dia akan suruh kita tukar tukar tapi lelama dia akan redha dgn konsep TV tu. Dia tetap tengok walaupun bukan cartoon fav dia.
2. DEKAT OFFICE PUN ADA TV
Bila berjaya kat rumah tapi pergi office dia akan boring. Dia nak hp lagi so aku beli lak 1 TV letak kat office.
BELI APA YANG DIA SUKA DAN BOLEH BELAJAR
Uwais takde mainan, teruknye kami sebagai ibu bapa
kalau ada pun setakat patung otomen je. Patut gila gajet.
Dia boring sebenarnya, permulaan aku hanya beli 1 mainan LEGO. First aku duduk dengan dia susun-susun lego. Bina lego.
Sekarang dia pandai bina lego sendiri. Istana, pistol,kereta.Tugas kita? Setiap kali dia ckap ” ami ami”, dia tunjuk apa yang dia buat. Walaupun kita sibuk hanya 1 word yang buat dia semangat .
“ WAHHH CANTIK NYEEE . atau WAHHH UWAIS PANDAI “ tepuk tangan .. dia akan seronok sangat, percaya lah.
4. TAMBAH MAINAN MASA KE SEMASA
Aku sibuk jadi aku takde masa , semua mainan aku beli . Aku beli yang dia boleh explore dan learn. Contoh abc dan animal puzzle, patung kereta, robot, otomen.
Lego dan beberapa mainan aku bawak ke opis dan tinggal kan kat sana. Sebab bagi dia main kat sana. Bila dia dah biasa dengan keadaan umah. Kalau youtube OTOMEN pun dia buat bodo je, seronok susun lego. Masa ni Uwais 70% dah lupa gajet dia. Bangun pagi sambil tengok tv dia akan susun lego.
MINIMA 1 MINGGU SEKALI MAIN PLAYGROUND
Ni memang ramai parent susah buat faktor kekangan masa. Tapi sebenarnya aktiviti luar ni sangat penting, bagi dia berkawan.
Playground sebenarnya tak terhad kepada kawasan taman je. Aku bawak semua playground yang aku sempat.
PLAYGROUND BUKAN TERHAD WAKTU PETANG SAHAJA ..
Pukul 9 malam pun aku bawak main playground, kol 10 balik
Contoh aku ada nk jmpa client, aku set kan jumpa kt KFC . knp ? ada playground. Jumpa kat MCD, jumpa kat Mydin.
Kadang tak makan pun tapi sebab hampir dengan playground. Duduk seat paling dekat dengan playground. Sangat membantu didik Uwais jadi disiplin.
6. PLAYGROUND DISPLIN KAN ANAK
” UWAIS . Jom pergi playground. Tapi kul 10 kita balik ok. Uwais budak baik. Janji? ”
uwais : anjiiii …
ulang ayat ni 10 kali masa otw pergi main playground
bila dah dia dok main tu, kol 9.55.
“Uwais kita nak balik dah, lagi 5 minit je ( tunjuk jam kt tangan) Uwais dah janji kan ?
Tepat kul 10 panggil dia “Uwais pukul 10 dah, jom balik Uwais dah janji kan ” memula dia memang akan nangis.
Dia nak main lagi . Tak puas main. Tapi lelama dia pegang dengan janji dia. Habis main ..
“Uwais tak nangis. Nanti kita datang lagi”.
DIDIK DISPLIN TAPI MAK AYAH JANGAN MENIPU ATAU MUNGKIR JANJI
“Uwais kemas rumah, kemas semua lego. Kalau tak kemas petang ni kita tak pergi PLAYGROUND, kalau tak mamy tak tgk otomen , uwais kemas rumah mamy bg coklat ” . kalau dia kemas .. mesti bawak playground atau apa2 janji yang kita buat
Aku tak suka menipu anak. Kalau aku takleh bawak aku paksa suami aku bawak hehehe .
kadang-kadang aku sorok lego dia . dia cari UWAIS Jom MANDI .. pas mandi mamy bagi lego
konsep ni boleh displin kan anak dengan semua keadaan. dia nak air kotak..dia nak tengok tv uwais kemas umah dulu, mamy bagi air kotak..dia faham untuk di didik. kita jangan tipu dia dengan janji palsu bulan dan bintang.
8. BELI BUKU MEWARNA DAN CRAYON COLOUR
Yang ni best, buku n crayon colour murah je. Uwais suka sangat mewarna. Semua buku beli semua habis dia warna walapunnnnn SEDIH ! haha tak betul warnanya tapi dia dapat pegang batang warna dengan kenal warna.
kenapa CRAYON ? 12 batang baru 3.90. beli size jumbo. Yang besar so tak patah, tak payah susah nak asah.
buku baru rm1.50. mudahnya nak buat anak seronok
beli pensil box spiderman. Lepas warna simpan dalam crayon colour dalam box .
Semua anak-anak sangat rajin sebenarnya. Kalau aku cakap UWAIS JOM KEMAS UMAH, dia akan kutip semua crayon colour, lego. Semua simpan. Dia akan cakap ” AMI ENAT NYEE ” ( mamy penat nye )
kadang-kadang dia malas .. kadang-kadang tak kemas gak tapi before tido ajar dia kemas semua mainan dia.
9. BELI PLAYDOH DAN MAINAN NO 1 PALING DIA SUKA
Uwais suka sangat-sangat dengan playdoh. Playdoh modal tak mahal pun. Yang basic dalam RM45 kat toy & us kalau kt MR DIY murah skit.
aku beli playdoh sbb tanah liat tu tak melekat kat lantai atau kotor kan lantai.. aku beli jugak pemotong sayur ( kayu )
So lantai tak kotor, nanti dia buat piza, dia buat roti ,
dia letak dlm pinggan bagi kita makan.. walaupun kita sibuk dengan laptop.
Buat-buat je makan. Uwais happy sangat kita makan dianya playdoh. kalau nak bagi reward kat uwais sebab perangai baik, beli doh tu rm5.90 je. Berbaloi kan?
10. MACAM MANA KALAU TENGAH MAKAN ? DALAM KERETA ? MESTI NAK HPKAN ?
Benda yang sama gak. Betul memang nak hp. Selalunya aku bawak mainan dia, mainan yang simple contoh macam puzzle, otomen, animal. (tengok gambar tengah makan)
Dulu sampai 1 tahap aku takut nak bawak Uwais pergi mall. Nanti dia duduk dalam stroller dia nak hp. Tapi sebenarnya tu semua atas diri kita as ibu bapa nak didik anak.
GAJET atau tak semua boleh di bentuk. Dalam kereta pun ada otomen, pergi hotel pun ada otomen. Bagi dia tak boring dan sentiasa nak bermain, otomen patung ye bukan otomen UTUBE. Kalau tak otomen pun animal pun dia suka.
Sekarang Uwais 99.9% dah tak bergajet, tinggal dengan mak tok pun dia tak minta gajet. Semua mainan dia aku bawak balik umah mak tok.
Paling aku happy dalam tempoh 2 bulan ni..
NO TV ? NO PROB. Pasang otomen atau tobot pun tak tgk sangat.
TV KAT OFFICE ?sekadar tv.. tak pasang pun no prob
perubahan sangat besar bagi aku dan suami ..
LECEH ? permulaannya memang rasa macam tu. Tapi percaya lah bila korang tengok anak tanpa gajet 1 kepuasan teramat sangat. Rasa lapang dan bahagia bila anak tanpa gajet 1 benda yang sangat ketara perubahan Uwais DENGAR CAKAP
Jujur cakap anak gajet atau tak 100% adalah kehendak ibu bapa tu sendiri. Kalau kita sendiri malas dan rimas dengan tangisan anak-anak, jadi ubat kepada kemalasan kita tu adalah GAJET !
Paling sedih ipad Uwais aku sorok, tapi punya sorok sampai sekarang entah mana.. aku sendiri lupa ipad tu heheheheheh..
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.