Setiap kali video-video influencer, Syamimi melintas di Tik Tok, pasti mata terpukau malah asyik dengan gaya bersahaja yang dipersembahkan ibu anak satu ini.
Ada waktunya kita tenggelam kala melihat Syamimi yang begitu merendah diri malah tidak langsung berpura-pura dengan kehidupannya setiap hari.
Waktunya diisi dengan kehidupan penuh sederhana bersama suami dan juga anak lelakinya, Malik sambil memasak dan mengemas rumah flat PPRnya yang dihias begitu cantik, serba putih. Lengkap dan sempurna malah tidak berlebih-lebihan.
Melihatkan gaya Syamimi yang mesra di sapa Mimi dengan akaun Tik Toknya, @syamimia bersama anaknya memasak saban hari membuatkan ramai yang mula menyukai sifatnya.
Melewati video-video yang dikongsikan olehnya, satu video Syamimi yang bercerita mengenai bagaimana dia mendedahkan anaknya dengan kerja-kerja di dapur ternyata menarik perhatian ramai.
Membesarkan anak lelaki bukan seperti membesarkan anak raja. Wajib masuk dapur dan siapkan makanan bersama. Itulah yang paling tepat untuk ibu muda ini sampaikan kepada semua.
Ads
“Anak saya tak berapa sihat dah dua hari, cuma dia rindu nak masak, nak tolong saya dekat dapur.
“Jadi saya bagi dia masak dekat lantai sebab sebenarnya dia tak larat nak berdiri. So masaklah dekat lantai ni,” kongsi Mimi memulakan cerita.
Tambah Mimi lagi menerusi videonya, ramai yang bertanyakan kepadanya bagaimana dia mula melatih anak kecilnya dengan kerja-kerja di dapur malah begitu rajin membantunya masak.
“Ramai yang tanya macam mana saya ajar dia masak sendiri, tidur sendiri, semuanya saya ajar masa dia newborn.
Ads
“Saya ajar dia tidur sendiri masa umur lima bulan, start masak masa umur dia setahun.
“Mula-mula saya ajar dia cuci telur dan bagi tengok saya masak, bagi dia buat.
“Lepas tu bila umur dia dah tiga tahun dia dah kenal dah barang-barang saya dekat dapur. Apa yang saya minta tolong dia boleh buat.
“Ramai yang cakap dengan saya anak sorang bolehlah, rumah kemas macam ni, anak dengar kata tapi tahu tak karektor anak tu terbentuk daripada rumah bukan tanggungjawab cikgu tapi dengan apa yang dia nampak dan apa yang dia belajar dari rumah,” katanya berkongsi.
Ads
Melihatkan gaya Malik yang begitu bersahaja menyediakan spageti di lantai dapur membuatkan netizen terus kagum. Masakannya simple tapi kemahirannya cukup bersahaja. Begitu juga dengan Syamimi yang menjadi ibu paling menyokong minat anaknya memasak.
Melihatkan nilai kekeluargaan yang tinggi bila mana semua ahli keluarga turun padang membantu siapkan masakan di dapur malah duduk dan makan bersama, baca doa bersama-sama dan saling bersuapan tentunya inspirasi untuk semua.
Pasangan Akim Ahmad dan Stacy Anam memang disukai ramai kerana mereka romantis tetapi tidak berlebihan. Suka bergurau dan saling mengusik antara satu sama lain. Mereka boleh dikatakan pasangan ‘sempoi’ yang menghargai antara satu sama lain.
Telah berkahwin lebih tiga tahun lalu ternyata kasih sayang antara mereka semakin bertambah apabila Stacy berkongsi sebuah fotonya bersama Akim dengan kapsyen lucu tetapi ‘mendalam’.
Hari lahir Stacy baharu lepas beberapa hari lalu dan Akim menyatakan rasa sesalnya kerana tidak sempat menghadiahkan apa-apa kepada isterinya. Tetapi kata Stacy, Akim telah memberinya kehidupan yang bermakna untuk disimpan sebagai memori. Tambah Stacy lagi, dia amat bersyukur serta optimis untuk menghadapi setiap ujian yang mendatang kerana ia dapat membentuk mereka berdua menjadi manusia yang teliti dan berfikiran rasional.
Siapa cakap Savo saya kuyush tidak tagap tu ah? X nampak kah parit ninin dia yang luas terbentang tu chinggg? Dia sedih tiada apa yang dapat dibagi di harijadi saya haritu. Hari-hari pun u dah bagi i kehidupan yang bermakna untuk memori kehidupan i ni ying. I bersyukur sangat? Alhamdulillah ada u dan anak-anak adalah hadiah yang cukup untuk i senyum dan bersyukur setiap hari. Biarlah dugaan dan ujian datang mencuba kita ni dijadikan iktibar dalam kehidupan kita untuk menjadi manusia yang lebih teliti dan berfikiran rasional lepas ni. Bila kita selalu mengalah dan bersabar tu tidak bermakna kita nak jadi orang bodoh tapi cukup untuk kita nak cakap kita tenang2 saja? hidup kena positif dan harmoni, Buang air yang keruh dan tukar dengan air yang dah ada Filter?? Yang penting kena selalu saling mengingati antara satu sama lain In Sha Allah cepat atau lambat kita pasti dapat impian kita sama2 as long as kita sentiasa ikhlas, mencari rezeki yang halal dan jangan ambil hak orang. Duit boleh dicari Insyallah, tapi kehidupan yang Harmoni dan dapat senyum bersama orang2 yang ikhlas berjuang bersama kita tu bukan senang. Dan kita bersyukur dengan orang2 yang ada di dalam lingkungan tu Alhamdulillah… Terima Kasih untuk lagu Yang Satu u tujukan untuk i tu Ying. Terasa seperti bidadari cantik pula bila kena tuju lagu ke kita ni chingg hahahha? Siapa yang sudah dengar lagu Yang Satu dari Akim & the majistret haritu? Sweet untuk buat penghargaan bini-bini kan? Xyah handbag bagai untuk i ying cukup lah untuk jiwa emas yang u berikan pada i selama ni❤️
Sebak pula baca status Stacy ini walaupun terselit unsur-unsur lucu di dalamnya. Pa&Ma doakan agar pasangan ini terus berbahagia selamanya. Happy belated birthday, Stacy!
Isteri mengharapkan suami lebih peka dan memahami dirinya. Walaupun tidak pernah memberitahu apa yang dia inginkan, para isteri lebih suka supaya suami lebih mengambil berat tentang dirinya. Suami pula bukan tidak peduli, tetapi kadang-kadang tidak faham jika tidak diberitahu.
Di dalam penulisannya, Dr Taufiq Razif memberitahu tentang apa yang biasanya para isteri inginkan dari seorang suami.
Fitrah emak emak ni memang suka nak berhias dan nak dilihat cantik. Lebih lebih lagi di depan suami yang dia kasihi.
Mak-mak akan jadi makin cantik bila:
1. Dia diberikan bajet khusus untuk Self Care diri. Tak perlu banyak tapi yang penting cukup untuk dia merawat dan mencantikkan diri.
2. Dia diberikan masa khusus untuk memanjakan diri sendiri. Kadang tak perlu ke spa atau salon pun. Asalkan diberikan peluang dan masa memang mereka akan cari cara untuk merawat dan mencantikkan diri sendiri.
3. Dia diberikan peluang untuk Self Reward diri sendiri seperti melancong, shopping dan sebagainya. Selepas berhempas pulas menjaga pasangan dan anak anak, Self Reward ni sangat perlu untuk menjaga motivasi dalaman diri. Hilang motivasi diri, maka hilanglah seri.
4. Dia diberikan nafkah batin yang mencukupi keperluan diri. Nafkah batin ini termasuklah pergaulan yang baik dan kasih sayang yang membuatkan hatinya menjadi tenteram dan tenang.
5. Dia perlukan pasangan yang memahami psikologi dan keperluan diri seorang wanita. Perbezaan jantina membuatkan ramai wanita tidak memahami lelaki dan ramai lelaki tidak memahami wanita sedangkan ilmu memahami pasangan adalah ilmu yang sangat penting untuk keharmonian rumahtangga.
Wanita dan isteri yang cantik datangnya daripada rumahtangga yang bahagia dan harmoni.
Sebenarnya isteri tak perlukan wang ringgit atau hadiah mahal-mahal dari suami. Sikap prihatin dan ambil berat dah cukup untuk buat seorang isteri bahagia. Sama-samalah bertolak ansur dan saling memahami. Isteri ambil hati suami, begitu juga sebaliknya. Dengan itu, rumah tangga kekal harmoni dan bahagia selalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-45 tahun hari ini, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza memilih untuk menyambutnya di Tanah Suci Mekah bersama ahli keluarga.
Menerusi Insta Storynya, Dato’ Siti berkongsi video sedang dalam perjalanan untuk menunaikan umrah bersama-sama ibunda tersayang, anak-anak dan mak mertua serta turut serta suami kesayangannya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Tambah Siti lagi, ia menjadi impiannya sejak dulu yang mahu turut sama meraikan hari lahirnya bersama hari lahirnya ibunya pada Disember lalu.
“Perasaan rindu memanggil-manggil ke sana (Makkah). Terfikir segala persediaan sudah cukup. Inilah impian saya untuk sambut hari lahir di sana. Minta izin suami dan beliau benarkan.
“Kebetulan hari lahir ibu saya Disember lalu, ini ibarat hadiah untuknya di samping ibu mertua serta anak-anak. Itu impian 45 tahun hari lahir. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan.
“Doa yang terbaik terutama kesihatan kerana ia amat bermakna, semoga ALLAH berikan istiqamah dan perbaiki keimanan serta diri.
“Selain itu, kepada anak-anak semoga ditakdirkan yang baik-baik untuk mereka. Itu sahajalah doa mak-mak, kan,” katanya.
Siti Nurhaliza berkata demikian dalam satu majlis sidang media konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza semalam.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.