“Mula-Mula Cuci Telur Dulu” Kecil Lagi Dah Pandai Masak, Rupanya Ni Cara Syamimi Ajar Anak Di Dapur!

Share

Setiap kali video-video influencer, Syamimi melintas di Tik Tok, pasti mata terpukau malah asyik dengan gaya bersahaja yang dipersembahkan ibu anak satu ini.

Ada waktunya kita tenggelam kala melihat Syamimi yang begitu merendah diri malah tidak langsung berpura-pura dengan kehidupannya setiap hari.

Waktunya diisi dengan kehidupan penuh sederhana bersama suami dan juga anak lelakinya, Malik sambil memasak dan mengemas rumah flat PPRnya yang dihias begitu cantik, serba putih. Lengkap dan sempurna malah tidak berlebih-lebihan.

Melihatkan gaya Syamimi yang mesra di sapa Mimi dengan akaun Tik Toknya, @syamimia bersama anaknya memasak saban hari membuatkan ramai yang mula menyukai sifatnya.

Melewati video-video yang dikongsikan olehnya, satu video Syamimi yang bercerita mengenai bagaimana dia mendedahkan anaknya dengan kerja-kerja di dapur ternyata menarik perhatian ramai.

Membesarkan anak lelaki bukan seperti membesarkan anak raja. Wajib masuk dapur dan siapkan makanan bersama. Itulah yang paling tepat untuk ibu muda ini sampaikan kepada semua.

“Anak saya tak berapa sihat dah dua hari, cuma dia rindu nak masak, nak tolong saya dekat dapur.

“Jadi saya bagi dia masak dekat lantai sebab sebenarnya dia tak larat nak berdiri. So masaklah dekat lantai ni,” kongsi Mimi memulakan cerita.

Tambah Mimi lagi menerusi videonya, ramai yang bertanyakan kepadanya bagaimana dia mula melatih anak kecilnya dengan kerja-kerja di dapur malah begitu rajin membantunya masak.

“Ramai yang tanya macam mana saya ajar dia masak sendiri, tidur sendiri, semuanya saya ajar masa dia newborn.

“Saya ajar dia tidur sendiri masa umur lima bulan, start masak masa umur dia setahun.

“Mula-mula saya ajar dia cuci telur dan bagi tengok saya masak, bagi dia buat.

“Lepas tu bila umur dia dah tiga tahun dia dah kenal dah barang-barang saya dekat dapur. Apa yang saya minta tolong dia boleh buat.

“Ramai yang cakap dengan saya anak sorang bolehlah, rumah kemas macam ni, anak dengar kata tapi tahu tak karektor anak tu terbentuk daripada rumah bukan tanggungjawab cikgu tapi dengan apa yang dia nampak dan apa yang dia belajar dari rumah,” katanya berkongsi.

Melihatkan gaya Malik yang begitu bersahaja menyediakan spageti di lantai dapur membuatkan netizen terus kagum. Masakannya simple tapi kemahirannya cukup bersahaja. Begitu juga dengan Syamimi yang menjadi ibu paling menyokong minat anaknya memasak.

Melihatkan nilai kekeluargaan yang tinggi bila mana semua ahli keluarga turun padang membantu siapkan masakan di dapur malah duduk dan makan bersama, baca doa bersama-sama dan saling bersuapan tentunya inspirasi untuk semua.

 

@syamimia_ Rumah kecil pun syurga kan 🐋 #fyp #diariseharimimi #rumahflatmimi #syamimia #cookingmotivation #cleantok #cookingtiktok #cleaningmotivation ♬ original sound – Syamimia

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM