Penceramah Ustaz Ebit Lew antara penceramah yang cukup prihatin dalam membantu meringankan bebanan pelbagai pihak. Keprihatinannya dalam kesusahan hidup insan lain sememangnya tidak mampu disangkal oleh sesiapa pun. Dia cepat bertindak dalam serba serbi.
Begitu juga dalam kehidupan berkeluarganya. Biarpun sibuk membantu mereka yang memerlukan bantuannya saban hari namun suami penyayang ini tetap tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak yang sentiasa memerlukannya.
Biarpun dihimpit tugas sebolehnya dia akan cuba untuk meluangkan masa bersama bidadari hatinya yang sentiasa menjadi penyokong kuat. Biar tidak lama, bersantai di belakang rumah sambil mendengar luahan hati si isteri sudah memadai dan inilah tip berkeluarga yang cuba disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew menerusi instagram miliknya.
“Rindunya..dating belakang rumah jer. Pegang tangan dan berbual-bual terasa best sangat. Indahnya. Terapi dalam perjalanan hidup ini.
“Bestkan pegang tangan bidadari pun leh rasa tenang jer. Tengok rasa sejuk hati. Sayang bidadariku terima kasih sentiasa menemani abang dalam hidup ini,” kongsi Ustaz Ebit Lew menerusi sebuah video pendek.
Katanya lagi, biar pun satu ketika dahulu isterinya pernah menangis kerana tidak rela sering ditinggalkan kerana kerja dakwahnya namun kini isterilah orang yang paling memahami perjalanan dakwahnya. Malah bidadari kesayangannya ini sentiasa tersenyum dan tidak pernah bermasam muka, tanda sokongan padunya buat suami.
“Senyum jer. Tak pernah masam muka. Bila-bila masa abang pergi untuk kerja dakwah relaks jer. Walau mula-mula dulu menangis. Sama-sama menangis. Bidadari yang terlalu banyak pengorbanannya dalam menjadi asbab perjalanan hidup saya kini,” katanya lagi.
Malah kata Ustaz Ebit Lew lagi, kunci bahagia dan kejayaan seorang suami pastinya adalah menjaga sebaiknya dua insan penting iaitu ibu dan isteri.
“Nak bahagia hargai ibumu. Dan hargai bidadari dalam hidupmu. Doa seorang isteri itu besar nilainya. Doa insan disebalik hidup seorang lelaki. Bahagiakan hatinya. Sakitinya hilanglah nikmat dan rezeki dalam hidupmu. Doa di hati kecilnya amat berharga,” katanya lagi berkongsi.
Inilah yang sebaiknya dilakukan oleh semua suami. Biar sibuk bagaimana sekali pun, kewajipan pada isteri jangan diabaikan. Cubalah cari ruang walau pun seketika untuk bersama isteri yang selalu menjadi pendokong kuat kita.
Mama yang nak relaks sambil cuci mata, jom ke SINI.
Artikel berkaitan:Pegang Tangan Yang Halal Buat Kita Dapat Pahala- Ustaz Ebit Lew Kongsi Pesanan Buat Suami
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents