Mula Kehidupan berumah tangga sememangnya banyak cabarannya. Diuji dengan kesusahan pada awalnya adalah perkara biasa. Namun inilah keindahan berumah tangga. Jangan buang masa, cepat-cepatlah merancang kewangan dan paling penting beli rumah segera.
Jangan tunggu lama-lama. Menurut Perancang Kewangan, Azizul Azli Ahmad, membeli rumah di awal perkahwinan adalah wajar dilakukan. Ini tipnya!
Kehidupan di awal perkahwinan tidak selalunya indah. Kita semua bermula dengan kehidupan seperti ini (gambar).
Tetapi dari situlah bermulanya ujian untuk memulakan kehidupan baru. Dan percayalah rezeki itu pasti ada utnuk mereka yang bersabar.
Pasang impian untuk tidak selamanya susah. Selepas 5 tahun kahwin, ushakan ada rumah pertama.
Jangan juga terlalu banyak meminta, jika kemampuan suami ada batasnya. * Jangan cepat merajuk * Jangan suka membanding banding * Jangan cepat terasa hati * Jangan cepat kecewa * Jangan cepat putus asa * Jangan berhenti menabung * Jangan cepat padam impian.
Belilah Rumah Sebelum Usia 30 Tahun
Sebaik berkahwin, cepat-cepatlah buat perancangan untuk masa depan. Membeli rumah adalah langkah bijak di awal perkahwinan. Sebolehnya biarlah seawal usia, sebelum 30 tahun.
Cabaran beli kediaman sebelum usia 30 an. Jangan merungut lagi kediaman mahal, mari kita berusaha. Apa nak buat?
1. Buat satu Tabung Rumah Impian kita.
2. Lebih hebat jika kita boleh buat potongan RM500 sebulan.
Ads
3. Nak senang, suami RM250 dan isteri RM250.
4. Supaya lebih disiplin dan konsisten isi borang arahan tetap simpanan Tabung Haji atau ASB
5. Setahun kita telah ada RM6000 simpanan.
6. Setelah 3 tahun simpanan tersebut akan jadi RM18 000 sahaja.
7. Jika kita ada bonus atau tutup Astro kita boleh tambah lagi RM2000. Jumlah terkumpul RM20 000.
8. Ishh…geramnya rasa macam nak beli kereta baru. (Jangan jadi dungu)
9. Sasaran kita rumah yang harga RM150 000.
Ads
10. Rumah kecil dan sederhana saja, lebih baik dari menyewa.
11. Bayaran deposit sekitar RM15000 (10%). Baki yang ada bayar Lawyer, duti setem, jurunilai dan sebagainya.
12. Duit tak cukup KWSP akauan 2 ada.
13. Amacam? Ada berani?
14. Oh lupa, semak rumah subsale di mudah . my
15. Jangan beli rumah dari Pemaju, tengok harga dah bebulu.
16. Jika berilmu deposit itu boleh dapat rendah dari jumlah itu.
Ads
Ilmu mesti ada. Baca buku cari ilmu. Mesti dapat rumah satu.
Kawan kawan,
Banyak kenangan indah dicipta waktu susah bukannya waktu bahagia. Bila dah senang, janganlah menggatal dan ada impian tambah cawangan. Kita jaga keluarga kita.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam hubungan suami isteri, apabila kita sudah duduk sebumbung berkongsi suka duka kehidupan dalam alam perkahwinan, barulah kita akan berhadapan dengan kehidupan yang sebenar.
Alangkah sukarnya bagi pasangan suami isteri untuk menerima kenyataan, jika sewaktu dalam alam percintaan (sebelum berkahwin) kita tidak menjadi diri kita yang sebenar, sebaliknya kita hidup penuh kepura-puraan dan banyak yang kita selindung daripada pasangan kita.
Perangai sebenar pasangan akan diketahui bila berkahwin
Sebab apabila kita berkahwin, kita sebenarnya akan menemui tiga orang yang berbeza daripada pasangan kita itu (orang yang kita kenali sepanjang percintaan kita). Pertama, orang yang kita sangka siapa dia? Maksudnya banyak antara kita yang terpedaya, menyangka bahawa pasangan kekasih mereka adalah seorang yang baik dan positif.
Biasanya nilaian kita ini banyak diukur daripada luaran fizikal pasangan kita itu sahaja, iaitu dari segi cantik/tampan atau tidak pasangan itu, dan diukur dari segi status dirinya, kecerdikan, kekayaan, pangkat dan wang ringgitnya.
Banyak antara kita yang tertipu dengan kehebatan luaran fizikal pasangan kita, namun ada juga yang bernasib baik yang mendapat pasangan yang sebagaimana hebatnya luaran fizikalnya, demikian jugalah hebatnya dalaman hati budinya.
Perkahwinan adalah pembuka realiti kehidupan. Selepas kita berkahwin kita akan berjumpa dengan orang baru daripada pasangan kita, yang kita anggap betul-betul telah kita kenali hati budinya sepanjang percintaan kita dengannya. Iaitu, barulah kita tahu siapa dia yang sebenarnya?
Kebanyakan kita baru tahu siapa diri pasangan kita yang sebenar, selepas kita dengan pasangan kita telah bergelar suami isteri. Jika selama ini pasangan kita hanya berpura-pura berbuat baik dan bersikap positif untuk memenangi hati kita, tetapi setelah duduk sebumbung sebagai suami isteri, baru kita kenal atau terbuka tembelang hati budinya yang sebenar. Maka, akan bermula konflik hidup dalam alam perkahwinan.
Walau bagaimanapun, kalau ‘dunia dalamannya’ baik, maka ‘dunia luarannya’ akan baik untuk selamanya, sama ada ketika sedang bercinta atau sesudah berkahwin.
Seseorang boleh berubah menjadi lebih baik atau lebih buruk selepas sah menjadi suami isteri. Inilah orang ketiga yang kita akan temui, iaitu siapa dia jadi selepas berkahwin dengan kita. Maknanya kita, (suami atau isteri) saling pengaruh mempengaruhi pasangan kita untuk berubah, sama ada daripada bersikap negatif kepada positif atau sebaliknya, bergantung pada sikap ‘dalaman diri’ kita.
Suami isteri positif jaminan kebahagiaan
Kalau suami atau isteri selepas berkahwin dengan kita berubah laku, maka kitalah yang mengubahnya. Janganlah selepas berkahwin dengan kita, suami/isteri berubah, daripada berperangai baik kepada berperangai buruk.
Jika hal ini terjadi bermakna berlaku tiga sebab. Pertama, ketakwaan pasangan kita belum benar-benar kuat. Kedua, ‘dunia dalaman’ pasangan kita yang rapuh, hingga tiada keyakinan untuk mempertahankan prinsip hidupnya dan mudah dipengaruhi oleh pasangan. Ketiga, kesedaran keegoan kita yang sangat tinggi hingga mendesak pasangan kita mengikut cara hidup kita yang salah.
Kebanyakan pasangan suami isteri apabila berkahwin, kita hendakkan pasangan kita menjadi seperti kita. Suami akan menunjukkan ketegasannya dan keegoannya supaya isteri mendengar cakapnya dan mengikut cara hidupnya. Isteri pula bertegas dengan prinsipnya, apabila berkahwin mengharapkan ‘mendapat’ kebahagiaan, bukan ‘membawa’ kebahagiaan daripada hasil perkahwinan itu. Hingga menimbulkan konflik antara dirinya dengan keluarga suaminya. Sedangkan hakikatnya, perkahwinan adalah untuk saling lengkap melengkapkan dan sama-sama berkorban serta bersatu untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam rumah tangga.
Ramai yang mengadu mula tertekan apabila bekerja dari rumah, masa tu jugalah anak asyik buat perangai, anak ajak main serta minta perhatian. Adakah anak ini sebenarnya mula degil? Ikuti penjelasan ini.
PERNAH TAK JADI MACAM INI ?
Kalau dulu anak akan buat perangai bila lepas kita balik kerja. Tapi sekarang work from home lagi menjadi-jadi anak buat perangai. Anak merengek, buat perangai, baling barang, pukul adik, dan ada jela benda salah yang dia buat sehingga mengundang kemarahan kita..
Saya nak tanya;
Ada tak layan anak dan main-main dengan dia, sembang dengan dia dan bagi sepenuhnya perhatian pada dia bila anda ada dirumah. Atau mereka pun sama seharian menghadap handphone disebabkan kita yang terlalu sibuk menghadap kerja dari pagi sampai petang.. Sampai tak ada masa nak bermain, berinteraksi dan meluangkan masa dengan mereka.
Sebenarnya kanak-kanak ni kan bila buat sesuatu benda mesti ada something yang dia nak tunjuk kan atau nak disampaikan. Tambah-tambah lagi jika anak tersebut ada masalah untuk bercakap. Banyak yang mereka nak bagitau tapi tak tau macam mana caranya.
Anak Nak Perhatian
Berbalik kepada masalah anak suka buat hal yang menyebabkan kita marah mereka, sebenarnya jika kita lihat dari segi psikologi kanak-kanak, mereka suka menarik perhatian dan mereka mahukan perhatian terutamanya dari orang yang mereka sayang iaitu ibubapa mereka. Perhatian yang diterima mereka tak kisah macam mana. Sama macam kita juga lah orang dewasa mahukan perhatian daripada pasangan kan ?
Apabila kita marah itu adalah perhatian bagi mereka dan mereka akan keep buat perkara tersebut sebab mereka nak dengar kita sebut nama mereka dan tengok mereka dan cakap dengan mereka. Mereka tak boleh membezakan perhatian tersebut negatif atau positif. Mereka hanya mahukan perhatian.
Beri Perhatian 100%
Jadi jangan lupa untuk beri perhatian walaupun sepenat mana pun kita kerja. Lupakan HP kita, lupakan laptop, sekejap je. Beri 100% masa dan tunjukkan yang kita betul-betul berikan perhatian pada mereka. Kanak-kanak walaupun tak bercakap, mereka boleh rasa ya. Jangan ingat mereka tak faham.
Beri Pujian
Dan satu lagi, jangan lupa untuk puji anak bila mereka buat sesuatu perkara yang baik. Puji dan mention mereka. Hargai apa yang mereka buat walaupun benda tersebut kecil sangat. Puji perkataan positif dan abaikan perkara negatif. Untuk menggalakkan anak terus melakukan perkara yang baik dan yang betul.
Hargai anak-anak. Masa mereka kecil tak lama. Jadi masa ini lah anda perlu lakukan tanggungjawab untuk membantu mereka. Okay?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak kecil kita memang susah sangat nak bangun pagi. Selalu bila kena kejut awal pagi kalau tak nangis, tantrum, muka muncung itu perkara biasa. Ada je yang senang bangun tapi semuanya bersebab. Mungkin mereka ada aktiviti yang ditunggu-tunggu kat tadika pada pagi tu atau ada sukan atau majlis tertentu. Yang tu memang mereka tak sabar nak bangun. Kalau hari sekolah biasa, memang berperanglah dulu mama papa nak uruskan anak-anak di rumah.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Taufiq Razif tentang rahsia nak berikan senyuman buat si kecil tersayang setiap kali bangun pagi boleh mama papa praktikkan.
3 rahsia nak buat anak tersenyum ceria bila bangun pagi
Geram betul saya tengok mimik muka bangun pagi anak bongsu saya, Aesya Soolihah ni.
Ceria semacam!
Padahal mandi tak lagi tu dan tengah mamai lagi tu tapi dia punya vibe positif tu sampai pada saya!
Rupanya ada rahsia kenapa Aesya Soolihah ni jadi ceria macam ni. Ni saya kongsi 3 rahsia macam mana nak jadikan anak kita bangun pagi dengan wajah tersenyum senyum ceria.
PERTAMA, semalam isteri saya tidurkan anak saya awal daripada kebiasaan. Sebelum tidur dia akan pastikan dulu anak mandi dalam keadaan selesa. Rupanya bukan kuantiti jam tidur je kena jaga, kualiti tidur pun sama.
Barulah anak boleh masuk ke fasa ‘deep sleep’ dengan lebih cepat dan lama.
KEDUA, saya spend banyak masa dengan anak anak semalam. Seharian duk gomol mereka sampai mereka puas. Rupanya sebelum tidur ni kita kena isi dulu tangki emosi mereka.
Kena bagi mereka rasa puas dulu. Kena peluk cium, bagi kata kata sayang dan buat aktiviti bersama mereka dulu rupanya. Pastu bila bermain dengan anak kena tinggalkan henfon tu jauh jauh. Kalau boleh campak henfon tu, campaklah pun takpe asalkan anak kita boleh rasa masa bersama kita 100% milik dia!
KETIGA, masa nampak je anak macam nak bangun tidur tu cepat cepat cium mereka. Kalau geram sangat, gomol je pipi comel mereka tu. Masam pun masamlah asal mereka rasa kita bagi 100% perhatian kita pada mereka.
Bila buat macam tu hormon bahagia Oxytocin tu akan meningkat dalam diri kita dan juga anak anak kita. Pagi pagi lagi dah dapat hormon bonding dan bahagia macam tu, anak dan ibu mana yang takkan bahagia kan?
Dah tahu ilmu ni tolong la ajar pada pasangan yang lain pula, mereka di luar sana juga berhak dapat anak anak yang bangun pagi pagi je dah jadi ceria, bahagia dan tersenyum gembira!
Taufiq Razif
Tak mampu jadi Singa bila anak pagi pagi lagi dah tersenyum ceria bak Cinderella. Cewah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.