Keibubapaan

“Mula Pening Tak Cukup Tidur” Ernie Zakri Tak Sabar Nak Lalui Rutin Pantang!

Share

Selamat melahirkan bayi sulungnya pada Selasa lalu, penyanyi Ernie Zakri yang kini sedang berpantang turut berkongsi kisahnya yang mula tidak cukup tidur dek menjaga cinta hatinya itu.

Kata pelantun lagu Boneka ini lagi, dia kini tidak sabar untuk memulakan perjalanan pantangnya dan berehat sebaik mungkin untuk cepat-cepat sihat.

Malah menurut Insta Storynya, kata isteri kesayangan Syamel ini, dia mengakui tidak cukup tidur namun begitu seronok melalui detik-detik bahagia itu bersama bayinya.

“Day 3. Subhaallah. Can’t wait to start my pantang journey. Waiting for CL to come tomorrow.

“Moga Allah permudahkan. In the mean time, anak syurga Ibu jaga sendiri dulu eh.

“Kepala ibu pening tak cukup tidur. Hai nasib baik comel wahai anak,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi Instagramnya, Ernie yang bakal melancarkan single Korban ini turut berkongsi cerita pengorbanannya dan suami melalui lagu yang ditulisnya.

“Korban, perkataan yang paling tepat ketika ini, ketika anak kami berusia 3 hari.

“Subhanallah, begitu besar pengorbanan ibu bapa kita membesarkan. Melalui detik detik sukar & gembira untuk kita, ANAK.

“Untuk suamiku, sememangnya tepat untuk ku tulis lagu ini untuk mu. Pengorbanan mu sepanjang perkahwinan hingga ke hari ini tak dapat ku bayangkan.

“Terima kasih untuk segalanya. We can do this, Daddy. Sayang sampai syurga. ❤,” tulisnya lagi.

Menerusi perkongsian Ernie dan Syamel di Insta Story mereka setiap hari jelas kedua-duanya begitu teruja namun cukup bahagia melalui detik-detik indah dalam hidup mereka.

Kerap kali Syamel di lihat ‘melekat’ bersama bayinya dan mahu sentiasa menemani Ernie untuk turut membantu isterinya itu.

Terdahulu, Ernie Zakri dan Syamel mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan kini pasangan ini meniti bahagia menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Menarik: Bila Susukan Emelia, Eusoff Menangis, Dilema Perhatian Pada Anak Kembar, Dr Halina Sebak!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.

Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM