Sama seperti para ibu bapa lain yang mengimpikan hanya yang terbaik untuk anak masing-masing, pelakon terkenal, Amyra dan Amar pun tidak terkecuali dengannya. Lantaran itulah mereka berdua sudahpun merancang pelan pendidikan untuk Anaqi walaupun umurnya baru setahun jagung.

Mula Rancang Pelan Pendidikan Anak Selepas Lahir. Anaqi Kini Ada Dua Akaun Simpanan Khas
Kredit IG aamyrarosli

“Menyentuh tentang perancangan pendidikan untuk Anaqi, kami berdua mungkin akan hantar dia ke playschool masa umurnya masuk empat tahun. Macam kanak-kanak yang lain. Nanti bila umurnya dah enam tahun masuk tadika pula. Seterusnya dia akan masuk alam perseolahan rendah. Kami rancang hantar dia ke sekolah kebangsaan sama macam kami berdua sekolah dahulu.”

Bila bercakap tentang perancangan, sudah tentu kena ada rangkanya. Untuk itu, Amyra mendedahkan bahawa dirinya dan Amar sudah mula menyimpan sedikit demi sedikit tabungan pendidikan buat anak sulung mereka.

IKLAN

“Anaqi dah ada tabungan sendiri. Syukur, sejak lahir, dia dah ada rezeki pendapatan sendiri daripada job yang kami terima untuknya. Hasil daripada pendapatan tu memang kami tak sentuh langsung. Kami rancang guna duit itu untuk perbelanjaan pendidikannya di masa depan. Itu yang paling utama.“

Tambah Amyra lagi, “Sekarang, Anaqi ada dua akaun bank. Satu akaun tu, setiap bulan kami masukkan sejumlah wang untuk simpanannya. Duit yang dia dapat selepas lahir pun kami masukkan ke situ. Satu lagi akaun pula khas untuk simpan pendapatan yang diperoleh. Yang itu memang tak dicampur dengan mana-mana duit sebab kami nak tengok sebanyak mana simpanan pendapatannya berkembang.”

IKLAN

Berbicara lanjut tentang perancangan prasekolah si comel ini, Amyra menyatakan dia dan Amar sering berbincang terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jua keputusan.  Demikian juga halnya dengan isu sama ada mahu menghantar Anaqi menjalani zaman prasekolah lebih awal ataupun sebaliknya.

“Cara Myra dan Amar senang. Selalunya Amar beri pendapat dan Myra yang buat keputusan. Dalam kebanyakan masa, Amar selalu percayakan keputusan Myra bila berkaitan dengan soal anak. Kalau boleh nak hantar awal anak ke prasekolah tapi isu yang berkaitan dengan cikgu yang kurang  bertanggungjawab dan lain-lain sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan.

IKLAN

Mula Rancang Pelan Pendidikan Anak Selepas Lahir. Anaqi Kini Ada Dua Akaun Simpanan KhasKita kena berani hantar anak awal ke prasekolah. Biar anak berkembang otaknya dan bercampur dengan orang walaupun pada masa yang sama kami dah beri pendidikan awal di rumah. Bagi Myra, cara mengajar oleh ibu bapa dan guru sama sekali lain. Tapi, kalau Anaqi tak masuk prasekolah pada umurnya empat ahun puntak mengapa kalau dia dah boleh membaca. Tak ada masalah kalau hantar lambat pun.”

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI