Mula Risau Bila Anak Menulis Terbalik, Mak Ayah Bantulah Anak Segera!

Share

Kemasukkan awal persekolahan tahun hadapan pastinya membuka satu lembaran baru buat murid-murid Tahun 1. Adakah anak kita yang berada di tadika tahun ini sudah pandai membaca dan bersedia sepenuhnya untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar? Inilah yang membuatkan kita terus bimbang.

Cuti persekolahan yang panjang ini, apa kata mak ayah periksa keupayaan anak kita yang berada di tadika khususnya. Periksa samada mereka sudah pandai menulis dan membaca dengan lancar. Ahli terapi carakerja kanak-kanak dan pendidikan khas, Pn Mahfuzah Zainol berkongsi 10 tip mengenai penulisan anak-anak.

Satu perkara yang dikongsikan olehnya adalah mengenai menulis secara terbalik yang sering dikaitkan dengan masalah disleksia. Pun begitu 10 perkara mengenai penulisan ini mak ayah perlu tahu. Ransang sebaiknya anak untuk menulis dengan baik sebelum tiba waktu persekolahan tahun hadapan.


10 Info Menulis Secara Terbalik

Sedikit perkongsian saya berkaitan kemahiran tulisan tangan anak-anak. Tahun depan anak-anak 6 tahun akan masuk Tahun 1, sudah boleh menulis ke?

Pastikan mereka sudah boleh menulis huruf di atas garisan, masih belum terlambat nak buat latihan di rumah bersama ibu ayah.

1. Menulis huruf terbalik dan menulis huruf secara terbalik adalah 2 perkara berbeza.

2. Menulis huruf terbalik ialah hasil tulisan yang ditulis itu terbalik.

3. Menulis secara terbalik ialah menulis huruf dengan kaedah yang berbeza daripada sepatutnya. Contoh, tulis huruf a mula dengan separa bulatan dulu kemudian baru tiang dia. Tetapi dia tulis tiang dulu baru buat separa bulatan. Terbalik dari segi proses menulis.

4. Kanak-kanak disleksia lebih cenderung menulis huruf terbalik dan secara terbalik.

5. Menulis huruf terbalik ada kaitan dengan working memory deficit.

6. Menulis huruf terbalik boleh menyumbang kepada masalah pemprosesan visual dan fonologi kepada kanak-kanak.

7. Menulis huruf terbalik adalah perkara biasa bagi kanak-kanak yang baru mula boleh menulis, ia adalah tipikal sehingga umur 8 tahun.

8. Bukan semua kanak-kanak yang ada masalah menulis terbalik ini adalah kanak-kanak disleksia.

9. Intervensi terbaik untuk mereka ini adalah dengan beri bantuan visual dan verbal semasa menulis. Tunjuk model huruf (visual) dan sebut cara menulis atau cerita seperti dalam gambar (verbal).

10. Guna kertas bergaris 1, 2 atau 3 mengikut peringkat umur. Mula-mula guna garisan satu sahaja dulu untuk ajar mereka menulis di atas garisan. Kemudian guna kertas yang ada 2 garis (ibu ayah boleh lukis garisan sendiri) untuk ajar menulis dengan saiz yang betul. Dan seterusnya boleh mula latihan menulis guna kertas 3 garisan seperti latihan buku 3 garis untuk ajar perletakan dan ketinggian huruf.

Sekian, perkongsian saya sebagai ahli terapi carakerja kanak-kanak dan pendidikan khas.

Artikel berkaitan: Tahun 2021 Dijangka Ramai Pelajar Tahun 1 Tak Dapat Baca& Menulis Mak Ayah Kena Jadi Cikgu Sementara Kat Rumah!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

IKLAN