Mulai tahun 2019, tiada lagi peperiksaan untuk murid tahap 1 (tahun 1,2 dan 3) seperti yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Menurut beliau, pemansuhan peperiksaan ini akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif.
Selepas pengumuman yang dibuat oleh Dr Maszlee, rata-rata ibu bapa, pakar kanak-kanak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana beranggapan usia kanak-kanak tak perlu diberi tekanan dan harus belajar dalam keadaan yang seronok.
Ads
Bagaimanapun, ada juga dikalangan ibu bapa yang mencadangkan agar pembaharuan ini dikaji secara teliti agar dapat memberi manfaat pada semua kanak-kanak dan guru ke arah melahirkan generasi yang bijak pandai dan serba boleh.
Ads
Apa yang boleh dibuat oleh ibu bapa selepas ini, mereka boleh memfokuskan kepada pembentukan sahsiah diri untuk membina semangat jati diri yang cemerlang dan beradab apabila dewasa.
Tak perlu nak marah anak 3 kali sehari jika kita tahu teknik cool parenting yang sebenarnya. Sebagai ibu ayah, kita lebih suka keadaan yang mana satu?
1) marah 3 kali sehari, tapi anak buat dan buat dan buat lagi perkara yang kita tak suka ATAU marah sekali je seminggu, anak terus behave tak buat benda yang kita tak suka tu.
2) lagi kita marah anak, lagi nampak dia tunjukkan rasa tak puas hati dengan contoh tindakan baling barang ATAU bila kita marah, dia akur dan admit salah dia.
3) setiap kali keluar, anak mesti tantrum bila benda yang dia nak tak dapat ATAU anak okay dan cool je bila kita kata no pada barang yang dia minta kita beli
Ibu ayah biasa dengar kan : orang yang tenang sentiasa menang.
Berdasarkan perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian, tenang atau COOL PARENTING bagi zaty adalah SENJATA paling tajam dan paling BERKESAN untuk kita ibu ayah guna demi nak kawal anak-anak.
Cool parenting ialah bila kita “simpan” SENJATA MARAH kita pada waktu-waktu kritikal dan guna bila betul-betul PERLU sahaja.
Zaty dah buat kaedah ni kat fayyadh sejak dari bulan 8 dan Alhamdulillah. Result dia sangat best. 70% sangat berkesan pada fayyadh.
Salah satu buku yang zaty baca, dia cakap kalau nak disiplinkan anak, nak ajar anak tentang behaviour ialah pada SETIAP HARI. Kita panggil “NURTURE” atau terapkan didikan tentang good habit pada anak.
Benda ni mesti berlaku setiap hari, setiap masa.
Bukan bila anak buat perangai, anak mengamuk baru kita nak cakap dan nak nasihat. Sebab akhirnya nanti bukan setakat tak berkesan, malah kemarahan kita lagi memuncak dan kita akan cenderung nak naik tangan atau bagi hukuman pada anak.
Macam mana cara kita nak nurture sikap anak-anak?
Dengan cara, CAKAP dan peringatkan anak-anak setiap hari, setiap masa. Anak-anak nakal tu kan normal. Hari-hari dia buat nakal, buat perangai. Cuma akan ada hari yang dia OVER nakal.
So, takkan hari-hari, setiap masa kerja kita nak marah je. Nak tinggi suara, nak jerkah dan tengking anak. Aishh, lama-lama kita penat. Kita jadi makin stress, kita rasa anak dah tak makan saman.
Logik akal. Hari-hari kita buat macam tu kat anak. Dia pun akan immune. Telinga dia dah lali dengar suara tengkingan kita. Dia jadi tak kisah malah akan develop masalah degil dan tak dengar cakap.
Silap haribulan melawan lagi cakap kita dengan jeritan dia.
Garang dan tegas bukan bermakna kita marah setiap masa. Garang dan tegas tulah kita gunakan SENJATA MARAH tepat pada waktu dan ketikanya. Bila keadaan betul-betul jadi tak terkawal baru kita bertindak dengan serius.
So automatik anak akan faham. Ohh, suara ibu keras. Suara ibu tinggi. Ni mesti apa aku buat ni salah. Percayalah, terus diam dia. Nak tantrum pun tak berani. Sebab dia dah buat ibu marah.
Kebanyakan hari, bila fayyadh buat benda yang zaty tak berkenan, memang zaty cakap elok-elok pada dia. Cuba nak terang dan bagi dia faham benda yang dia buat tu tak okay. Kita dalam keadaan tenang, nak menerangkan kat dia pun lebih mudah untuk dia faham.
Zaty pun nak amalkan cara cakap elok-elok ni pun bukan senang. Hari-hari buat latihan. Hari-hari cuba pastikan rasional tu lagi tinggi dari emosional. Fuhh, nak ubah sikap sendiri paling payah. Tapi kalau tak ubah, sampai bila kita nak terus dengan cara yang negatif kan.
So, bila kadang fayyadh over buat perangai, tambah dengan kita pun letih seharian dengan kerja rumah, tinggi lah suara zaty jadinya. Setakat ni rasanya berjaya tinggikan suara dalam 2-3 kali seminggu. Tak macam dulu hari-hari.
Kadang sebut nama penuh je dia dah faham kita marah. Kira ok lah kan. Tak perlu sampai nak naik tangan, nak meleret-meleret marahnya. Akhirnya yang menang tu kita. Yess!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayangkan, dua beradik yang baru berusia 12 dan 9 tahun bukan sahaja bijak bermain Minecraft, tapi mampu ubah permainan itu jadi satu alat pembelajaran sebenar untuk ribuan pelajar Malaysia. Inilah kisah Parsa dan Rohan Parhizkar, murid SK Putrajaya Presint 8-1 yang berjaya mencipta plugin interaktif bernama Minedu AI.
Plugin ini menjadikan Minecraft sebagai platform pembelajaran STEM dengan bantuan AI. Ia bukan sekadar “gadget cool” – tapi direka berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan dan sudah pun diuji di sekolah! Lebih membanggakan, mereka telah menubuhkan syarikat sendiri dan mendapat pengiktirafan serta sokongan dari Google Malaysia. Hebat kan?
Kejayaan mereka di ITEX 2025 dengan anugerah Emas dan “Best Young Inventor (Primary Level)” bukan sekadar trofi – ia jadi bukti bahawa kanak-kanak kita mampu mencipta solusi sebenar kalau diberi galakan dan sokongan.
Buat ibu bapa yang membaca ini – kisah mereka adalah satu wake-up call. Minat anak dalam permainan bukan sesuatu yang perlu dibanteras, tapi diurus dan dimanfaatkan. Bila minat disalurkan dengan betul, ia boleh menjadi permulaan kepada sesuatu yang besar. Kadangkala, genius anak bukan dalam buku semata-mata – tapi dalam kreativiti dan teknologi yang mereka fahami lebih dari kita.
Dan buat anak-anak yang sedang membaca atau dengar cerita ini – kalau abang dan adik dari Putrajaya boleh cipta AI dalam game yang kamu main setiap hari, kamu pun boleh jadi luar biasa. Bermula dari impian, teruskan dengan tindakan.
Ini bukan sekadar cerita kejayaan. Ini bukti bahawa masa depan pendidikan mungkin bermula dari ruang tamu kita sendiri – dari skrin permainan yang selama ini kita sangka membuang masa.
Kerana di zaman ini, main pun boleh jadi minda jutawan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadangkala kreativiti ibu ayah yang DIY atau buat sendiri dapur mainan untuk anak perempuannya lebih bermakna dan paling penting membantu merangsang imaginasi anak.
Sememangnya sokongan dan penglibatan ibu dan ayah dalam setiap perkembangan anak termasuk bermain bersama-sama membantu si kecil menjadi lebih seronok dan belajar banyak perkara.
Lebih menyeronokkan sekiranya ibu dan ayah boleh merealisasikan impian anak mempunyai dapur mainan sendiri. Tak semua orang mampu membelikan anak dapur mainan yang lengkap kerana harganya boleh tahan mahal sehingga mencecah ratusan ringgit.
Kreativiti yang ditunjukkan oleh Puan Hafizah Nordin dan suaminya dalam menyediakan kelengkapan dapur mainan untuk anak-anak perempuan mereka boleh dicontohi oleh ibu bapa lain.
Pretend play di dapur mainan yang seolah-olah sama seperti dapur sebenar sudah tentu membantu anak-anaknya menjadi kreatif dan otak mereka berkembang dengan baik kerana dapat belajar sambil bermain.
DIY DAPUR MAINAN ANAK *MODAL RM50* murah janji anak seronok main BARANG BELI DARI KEDAI ECO RM2
1. WALLPAPER 5 ROLL 2. PERIUK KUALI KECIK2 3. BEKAS PLASTIK PINK 4. PAIP PLASTIK 5. SINKI PUN GUNA MANGKUK STAINLESS STEEL BELI KT ECO 6. BAKUL PLASTIK PUTIH BUAT MESIN BASUH 7. PENYANGKUT LEKAT DINDING 8. LAPIK KAKI ECO
*LAIN2 BARANG DAH MEMANG ADE KT RUMAH* – KOTAK BELI STOK LAMPIN ANAK ( KOTAK AP2-APA PUN BOLEH) – MAINAN MASAK2 ANAK kumpul balik semua yang bersepah – MASKING TAPE – GAM
Cara buat kotak kabinet mainan
Mesin basuh mainan
Kabinet dapur mainan
Peti sejuk mainan
Sinki & Oven mainan
Seronoknya anak-anak boleh main masak-masak dengan dapur mainan sendiri. Tak kacau dah dapur ibu kan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!